Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, November 16, 2018

Nasi ayam butter.

 sesekali bila datang kerajinan dan teringin nak makan makan berdilat lah kat dapo menyediakannya... walaupun dengan bahan apa yang ada kat dapo, maka jadilah nasi ayam butter yang sedap pada kami anak beranak ni... dah banyak kali buat dengan resepi ni. mekasih pada sifu masak2 yang kongsikan resepi asalnya ya.. jom kita masak...

Bahan-bahan
Untuk nasi

  • 3 cawan beras - basuh dan toskan
  • 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu serbuk pati ayam
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 sudu besar butter
  • garam
>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa

 Untuk ayam goreng madu yang sedap pada tekak kak rose

  • Ayam rebusan tadi
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 inci halia - parut
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • blackpepper - optional
  • bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih.  Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun
Untuk sup

  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

Untuk sos kicap
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )
Campurkan semua. siap untuk diguna.
 dan untuk salad, yang ada dalam fridge cuma timun dan tomato jer... so nasi ayam dengan dayang yang tak kecukupan..

Alhamdulillah dengan rezeki nasi ayam yang sedap ni.... kenyang kami 3 beranak makan ni.

No comments: