Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, July 19, 2014

Udang tiga rasa

Asalamualaikum dan selamat pagi buat semua... selamat berhujung minggu jugak ya. sedar tak sedar kita dah berada diminggu terakhir bulan ramadhan dan seminggu jer lagi dah nak raya... cepat sungguh masa berjalan kan. bagaimana dengan persiapan hari raya kawan2? kak rose ni macam x de rasa nak raya pulak.... satu cookies pun tak buat lagi! bila tengok kawan2 post cookies, ade rasa nak buat jugak tapi vitamin r belum mari,dan entah bila nak datang nya! cuma masak untuk berbuka yang hari2 kak rose buat... belum sekali pun jengah pasar ramadhan, takut pulak dengan param yang ade berbagai2 kes... lebih selamat masak sendiri jer kan!

 udang masak tiga rasa ni kak rose buat tiga hari lepas tapi nak jugak post kat sini... bulan puasa ni punyalah mahal harga ikan, udang dan yang sewaktu dengannya... dapat yang ni @rm33/kg, ade separuh lagi kejung dalam freezer.... nak masak apa pulak ya...rasanya goreng jer dengan tepung kepci, ok kot....kalau rajin boleh buat petang nnti kan... ok, kak rose kongsikan resepi udang tiga rasa ni, resepi asal dari CMG  .boleh la kawan2 mencuba masak untuk juadah petang nanti. mekasih ya mat tapi kak rose x de la pulaj capsicum traffic light tu!

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 - 20 udang sederhana besar (mat guna udang kaki merah)
1/2 biji capsicum merah, potong berbaji (kak rose x de ni)
1/2 biji capsicum hijau, potong berbaji
1/2 biji capsicum kuning, potong berbaji (yg ni pun x de!)
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 ulas bawang putih, dihiris
1 camca besar cili kisar
1/2 cawan cili sos (mat guna sos cili thai)*
1 camca besar sos tiram*
2 camca besar sos tomato*
1 camca besar kicap cair*
Garam dan gula (jika perlu)
1/3 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, cuci, tos dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga udang bertukar kemerahan, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3 camca besar minyak.
  2. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili kisar hingga harum, masukkan semua jenis sos (*) dan gaul rata. Masukkan capsicum merah, kuning dan hijau serta air. Gaul rata.
  3. Masukkan udang, kacau hingga semua rata dan tambah garam dan sedikit gula jika perlu. Masak untuk 1 - 2 minit hingga pekat. Angkat dan hidangkan....