Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, July 4, 2014

Bubur som som munger munger

 Asalamualaikum dan salam hari Jumaat penghulu hari.  pagi2 hari kak rose nak buat tayangan amal manisan juadah bukak puasa semalam..bubur som som pandan kegemaran. mana tau nanti ade kawan2 yang teringin nak buat jugak kan.....tiap kali puasa menu ni mesti ade dalam list, tapi kak rose suka kuah sirap gula tu jangan manis sangat.... so boleh la makan dengan rasa tak bersalah sangat! alasan ape kah?

 selalu kalau buat manisan ni x de la rajinnya nak guna acuan munger2 bagai.... tapi bila tengok kat blog ita masam manis tu berposing tersangatlah cantiknya, keras tangan kak rose ni pun nak jugak buat macam tu.... x kisah la kalau x cantik macam ita punya, asalkan puas hati dah jadi! meh tengok resepinya...

BUBUR SOM-SOM
by : Kak Fida
Rujukan : My Resepi

100 g tepung beras
100 g tepung jagung
1,600 ml santan - 500 ml KARA+ air
100 ml air pandan atau 100 ml air + pandan pes
1 sk garam atau secukup rasa
sedikit pewarna hijau - opt

 yang ni pun sama jugak, ikut gaya ita, gigih mencari alat untuk membuang mempulur apple tu semata2 nak kan bentuk ni....


SIRAP GULA MELAKA 
500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
Satukan kesemua bahan-bahan untuk som-som dalam periuk dan gaul rata.
Masak hingga pekat dan kilat, hingga adunan meletup-letup.
Tutup api.
Sediakan loyang atau acuan.
Oleskan dengan sedikit minyak
Tuangkan som-som dalam acuan atau loyang
Sejukan hingga keras
Siap di hidangkan dengan sirap gula Melaka

4 comments:

Rizziela said...

sedapnya

Gee® said...

Cantek....

suri solehah said...

Hihi...tq kak rose...bahan dah ada dah...bulih cuba sungguh ni

diarihatiku said...

sangat cute la kak rose... law org mkn ta nmpk tukang buat mesti org da terbayang si pembuat tuh sgt ayu hihi LIKE! kak rose mintak jelaskn sikit bahagian sukatan santan tuh kak rose kte ta bape clear la... huhuu