Salam Jumaat penghulu segala hari buat kawan2 semua... nampak kuih serimuka batik ni kat blog Yatie dan rasa nak sangat mencuba tp kemalasan nak merebus pulut hitam tu sangatlah menebalnya....jadi bila semalam ade sedikit vitamin r sekembalinya dari siri jumpa doktor tu teruslah rendam pulut hitam dam masak guna pressure cooker hingga lembut...asingkan sedikit dan selebihnya jadilah bubur pulut hitam buat manisan petang semalam....
sebenarnya x rajin nak buat kalau x de yang nak makan kan... so yang ni buat untuk buah tangan majlis bacaan surah Al-Khafi pagi tadi.... tinggalkan 4 potong untuk minum petang kami berdua nanti....resepinya kak rose cnp dari blog Yatie@Sinar Kehidupanku, tapi biasalah kejadiannya tidaklah secantik tuan punya resepi....asalkan rasa ttp umphhhh gitu! mekasih pada yang sudi kongsi resepi ni ya.
Bahan2 Lapisan Bawah:-
- 400 gm beras pulut
- 100 gm pulut hitam
- 300 ml santan pekat
- 250 ml air
- 1 sudu besar gula
- 1sudu kecil garam halus
- Rendam beras pulut sekurang2nya 3 jam. Saya guna pulut susu, tak rendam pun takpe.
- Sementara itu, rendam juga pulut hitam dlm bekas berasingan selama 3 jam. Cuci bersih dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk, lalukan di air paip dan tapiskan. Ketepikan dulu.
- Sementara itu, masukkan pulut putih bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
- Kukus pulut putih selama 30 minit.
- Apabila pulut putih dah masak, masukkan pulut hitam yg di rebus tadi dan gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2".Sementara itu buat utk adunan lapisan atas.
Bahan2 Lapisan Atas:-
Bahan A
- 250 gm gula castor
- 100 gm tepung kastard
- 400 ml santan pekat
- 400 ml air (10 helai daun pandan- diblender dengan air.-tapis ketepikan)
- 4 biji telur
- 1/2 sudu kecil garam halus
- 1/2 sudu kecil pandan essence
- pewarna hijau- secukupnya
- Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
- Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje dlm 3 minit.
- Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30 minit.
- Bila dah masak angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong guna pisau plastik.
5 comments:
Terliur sudah saya tengok kuih serimuka batik ni kak rose :)
Salam perkenalan. Sedapnya tengok serimuka ni. Mmg favourite saya pun. Jemputlah melawat blog saya ye http://alamwelless.blogspot.com
sedapnya....
cantik serimuka batik Kak Rose ni....kemas je potongannya..mekasih sudi mencuba dan kena dngn selera...
huwaa..first time tengok mcm ni!akan saya try.:-)
Post a Comment