Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, April 27, 2014

Ziarah rumah jagaan Al-Ikhlas

 Asalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat kawan2 semua.... fuh! fuh! fuh!!! tiup abuk2 dan sapu sawang kat rumah maya kak rose ni dulu... tak tau kenapa vitamin m tu banyak sangat nak mengupdate kannya. sayang jugak nak biar dan tinggalkan begitu jer kan, so hari ni kak rose merajinkan diri membuat entri ni.... untuk kenangan dan tatapan dihari kemudian jugak sempena ziarah kami ke rumah jagaan dan rawatan orang tua al-ikhlas sambil memberi sumbangan seadanya.... dan semasa kami sampai ade ramai lagi penyumbang yang sampai, sama ade orang persaorangan dan ade juga group... 2 buah bas dari Unikl, mereka datang dengan barang2 keperluan untuk memebersihkan kawasan luar dan dalam rumah ni... terima kasih pada adik2 ni.

baru sampai... sempat bergambar didepan rumah jagaan ni!

 awal pagi kami mulakan perjalanan dan mengambil masa about an hour nak sampai kat sini... nasib baik ade encik gps yang boleh tunjuk jalan, sebuah mesjid lama yang dijadikan rumah jagaan ni. dan kami mendapat tau kisah rumah ni pun dari whatsApp kawan, yang memerlukan sumbangan orang ramai terutamanya keperluan untuk menguruskan keadaan orang2 tua yang uzur... rasanya tak appropriate nak tepek gambar emak2 dan bapak2 yang ade dalam tu....maklumlah keadaan orang tua, ramai yang sakit n bedridden yang sangat fully dependent to the caretaker....

  kawan2 sekerja en asben yang initiate kan ziarah ni...

 dengan sejumlah 55 orang tua pesakit lelaki dan perempuan, dan ade 13 caretaker yang menguruskan keadaan disini, memang tak menang tangan lah dibuatnya.... tapi memang salute dengan kesabaran caretaker ni yang diketuai oleh Puan Muji sebagai pengetuanya... maklumlah orang sakit memang cepat terasa hati dan bukan mudah untuk nak menguruskannya....kena betul2 kuat dan banyak sabar dengan karenah mereka....

 emak ni mintak tolong betulkan mejanya yang goyang, katanya!

 emak ni dah empat tahun menghuni dirumah ni, seronok katanya duduk kat sini.... kawan ramai. kat bahagian ni ditempatkan warga tua yang masih independent dan masih boleh urus diri sendiri.... cuma perlukan sedikit perhatian.... tapi disebelah belakang bilik ni pulak, lebih ramai yang mmg fully dependent to the caretaker dari semua segi... kak rose sempat layan emak ni, Siti Saleha namanya, sudah kurang pendengarannya, jalan pun x boleh dah tapi pandai bergurau...."umur dah 78 tapi mak cik belum kawin" katanya sambil ketawa... walaupun tiada sesapa melawatnya kat sini, tp dia gembira sbb ramai kawan yang boleh diajak bersembang....

 antara barang yang di bawa oleh kawan2.....ucapan terima kasih dari Puan Muji, menurutnya barang keperluan asas seperti beras dan pampers memang dah ade banyak dan sekarang ni yang sangat diperlukan adelah kabinet kecik2 yang diletak antara katil pesakit dan juga meja makan yang macam kat sepital tu - (macam yang kat atas tu).... yang boleh ditolak ke katil untuk memudahkan warga tua makan....so kalau kengkawan nak pergi ziarah, mungkin boleh tanyakan dulu apa barang2 yang masih diperlukan....

ni yang kak rose bawak tadi bersama sedikit sumbangan... muga dapat membantu meringankan keperluan warga tua kat sini, Insya Allah..

bergambar bersama Puan Muji, pengurus rumah jagaan ni. semuga sumbangan yang sedikit ni akan dapat membantu Puan Muji menguruskan rumah ni dengan sebaiknya..... Amin

2 comments:

Rizziela said...

Alhamdullilah

tiasugarmilk said...
This comment has been removed by the author.