Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, April 21, 2014

Ayam bakar halia

 ayam bakar halia yang kak rose masak untuk pengantin ari tu.... walaupun dah lama dan cuma tinggal gambar jer nak jugak tepek kat sini buat kenangan... maklumlah pertama kali buat tugasan ni demi memenuhi permintaan kawan yang mintak tolong.... harap emma dapat terima seadanya. dengan hiasan dari keras tangan kak rose dan terima kasih pada penyumbang resepi ayam bakar halia yang sedap nih. mekasih Ummi, kak rose kongsikan kat sini resepinya ya.. kak rose buat 3 ekor ayam saiz besar....2.5kg each dan belah 2.... so pandai2 la nak gandakan bahan2 tu ya.


Bahan Utama:-

  • 1 ekor ayam (saiz sederhana) 
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) - kak rose terus jer bakar dalam oben
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
  5. Hidangkan bersama salad dan timun.

3 comments:

tun_telani said...

Salam kak rose... mmg sedap ayam bakar resepi nih, tun dh pernah try.

IeRA said...

salam..

sedapnya!!!

Lea IsNawi said...

wah. mcm sedap