juadah minum petang semalam yang dah abes.... lama x buat onde2 ni, nnti lah menjelang bulan puasa mesti ade je kuih ni dalam list berbuka.... mudah disediakan dan sedap pulak tu, yang pasti sekeluarga menyukainya kan.... lembut jer kuih ni, instead yg sllu buat tu guna tepung pulut saja cer try yg ni...mmg lembut n x liat. resepinya kak rose dapat dari Yatiememories dan Nor SG.mekasih ya...
ONDE-ONDE KELEDEK
sumber: Yatie Memories
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan-Bahan
2 cawan keledek- yg telah direbus dan dilenyek
2 cawan tpg pulut
1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
pewarna kuning (kak rose x letak, kaler ori dari keledek tu jer)
1/2 cwn air atau secukupnya- utk diuli dgn adunan dan utk merebus onde2
Cara-cara
Lenyek keledek yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati
dgn tepung pulut. kemudian masukkan air sedikit2. Seterusnya masukkan
sedikit pewarna dan gaul rata hingga menjadi doh.
Kemudian buat
bebola kecil, masukkan potongan cula melaka ditengah2nyer tutup dgn
kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan
habis.
Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan bebola tadi
kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah
masak la tu..)
Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.
1 comment:
salam..
tak pernah makan lagi kuih ni..
Post a Comment