Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, February 28, 2013

French toast

 french bread yang dibeli beberapa hari lalu dah terbiar keras kejung.... masa bli ari tu beria rasa nak makan, tp sudahnya terbiar keras dalam fridge jer.... so ari ni kita buat dia, makan dengan ice cream cokelat... gula icing nak tabur pun x dak.... so kak rose tabur dengan sedikit gula halus jer... ok la tu kan, kita yang buat dia, suka ati je la... kalau nak tengok camner cik hana kita tayang dengan cantiknya sila la g ke link yg kak rose bagi tu ya.....

resepi dari hana, kak rose kongsikan kat sini lak ya..

Bahan-bahan
  • 6-8 potong roti french
  • 2 biji telur
  • 11/2 cawan susu segar
  • 30g gula
For dusting @ cadangan hidangan
  • Gula aising atau tambahkan dgn sedikit serbuk cinnamon jika suka.
  • Sos kastad, madu, cream cheese, whipped cream, hot chocolate, buah2an, ice-cream or etc
Cara-cara
  • Satukan telur, susu segar dan gula. Kacau sebati. Kemudian tapiskan ke dalam bekas or loyang.
  • Susun roti yang telah di potong tadi ke dalam loyang. Biarkan terendam seketika sehingga meresap ke dalam roti. Kemudian terbalikkan.
  • Panaskan kuali dengan sedikit butter@minyak. Goreng hingga keperangan kedua2 belah.
  • Angkat dan hidangkan dengan menaburkan gula+cinnamon, atau gula aising sahaja atau ikut suka seperti cadangan di atas.

2 comments:

Lee said...

Hello Kak Rose, I suka ni French toast. Long time ta'makan....looks very sedap.
But first time tengok ada chocolate...
Very nice display and presentation.
Macham having breakfast at 4 Seasons.

You have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Kella said...

ouh.. cam gini rupanya french toast... hehe.. jakun lak.. bleh try pas ni.. =)