Buat kek ni semalam lagi tp baru ni nak post kat sini.... saja la nak jugak tepek kat sini resepi kek oren moist ni untuk rujukan dimasa2 akan datang kalau nak buat lagi.... mmg gebus n sangat lembut yg kak rose buh dalam paper cup tu... tp yang bubuh dalam loyang tu kejadiannya x berapa nak molek sbb oven antik kak rose tu dah buat hal pulak... kepanasan dia x rata, jadi hangus sebelah lah kek yg gebus tu!
resepi kak rose amik kat sini, dan terima kasih pada Sri Nurdiana sharekan resepi kek oren ni. kak rose nak pastekan kat sii lak ya...
Bahan-bahannya :
1 bar butter
1 cawan gula castor/halus
4 biji telur
1 cawan susu segar
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanilla
2 sudu pati oren (jenama double lion)
sedikit parutan kulit oren (1 biji oren sunkist)
Cara-cara membuatnya:
1. pukul butter dan gula menggunakan mixer.
2. masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
3. masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kaup
menggunakan senduk kayu sahaja.(jgn gunakan mixer).
4. masukkan esen vanilla, pati oren dan parutan kulit oren dan kaup.
5. masukkan susu segar dan kaup lagi.
6. setelah adunan sebati, masukkan adunan ke dalam loyang yg telah disapu dengan butter.
7. bakar adunan dengan suhu 180c selama 40 minit.
4 comments:
gebusnya kak
gebus dan moist..
http://my-mintroom.blogspot.com/
hmmmm..sedapnya.. i love oren cake..bila blh buat ni.
- www.esihat.com
Sedapkan kan kak ros kek ni...tiap2 tahun masa raya ni adalah kek wajib requested by my MIL
Post a Comment