Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, April 15, 2011

Roti jala kaler maler lagi

salam hari jumaat semua..... lunch td masak nasik ngan gulai kari ayam. lama sangat rasanya x masak kari ni n saja buat lebih sikit sbb ada ati nak buat roti jala.... since dah ada botol mayo yg 3 muncung tu, maka roti jala pun jadilah yang kaler maler.... biar pun x secantik sifu2 diluar sana menjala, tp nak jugak buat.....

resepinya kak rose dah penah tepek dulu kat sini, tp x pe sekali lagi kak rose sharekan kat sini ya.....resepi nya kak rose cnp dari rumah nor secubit garam dan resepi asal dari Ummi. terima kasih ya.

ROTI JALA by Ummi

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning (kak rose tambah warna pepel dan biru)

Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

kaler pepel + kuning..... tp bila dah kehabisan yg kuning, jadilah roti jala kale pepel je...

meh jemput makan roti jala kaler maler ni dengan kari ayam. heyyyyy kenapalah streamyx ni lembab sangat dua tiga hari ni.... bayaran nak kena tepat tapi service macam siput vavi! gerrrrrrammmm!

Thursday, April 14, 2011

Blended orange cake

sebab sangat teruja dengan rasa keorenan kek yang di tayang oleh Hasue tu, maka kak rose dengan rajinnya telah menukarkan oren menjadi kek... mmg betu kata Hasue tu.... sangat terasa ke'oren'an nya.... tp kek kak rose x gebus sangat sbb dah kurangkan baking powder tu, tp mmg best n moist jer... mungkin kak rose mem blend (ade ke perkataan ni?) terlalu halus hingga x nampak dot dot kulit oren tu!

dan ada kisah sob sob disebalik nak membuat kek ni.... bila kak rose dah siap bancuh adunan, carilah berus nak sapu butter pada acuan silikon munge2 yg konon nak cuba guna buat pertama kalinya itew! tp alangkan sedihnya.... berus itu telah menghilangkan diri, x dapat dicari, hingga x dapat nak guna acuan silikon yg baru dibeli! hu hu hu.... x jadilah nak pecah dara, lipat dan simpan balik dalam drawer, x tau la pulak bila nak guna!

Sue, kak rose cnp resepinya dan mintak izin nak sharekan kat sini pulak ya.... mekasih banyak2.


Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

* 1 bji buah limau
* 1 cawan minyak
* 2 cawan gula halus > hasue guna 1 cawan aje
* 3 biji telur
* 2 cawan tepung gandum*
* 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
hasue tambah sedikit pewarna oren

Cara-cara

1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2 Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

loyang jugak la yg jadi mangsa.... x pe la kan... mungkin belum ada rezeki nak guna acuan silikon tu, yg peting kek oren ni menjadi dan sangat sedap.

Sotong bersiram

Asalamualaikum dan salam semuanya.... lauk lunch ari ni.... sepanjang pagi menyelak menu sotong diMyr.... punyalah banyak resepi, tp x de yang berkenan ditekak. x tau kenapa.... last2 balik ke dapur sendiri dan ingat kat dapur kawan2 pasti ada resepi sotong yg sedap2.... terus bukak secubit garam..... ha tu dia! sudah kuor menu sotong bersiram dengan gaya posing yang sangat menyelerakan.... pe lagi terus kedapur dan bersilat kejap.... dah siap. terima kasih pada nor secubit garam yang share resepi ni yang asalnya dari SajiOnline. kak rose mintak izin nak tepek kat sini lak ya...

SOTONG BERSIRAM
sumber : SajiOnline
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
500 gm sotong saiz sederhana
3 ulas bawang merah - ditumbuk halus
6 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 cm halia - ditumbuk halus
1 cm kunyit hidup - ditumbuk halus
1 sudu besar jus limau nipis (kak rose guna limau kasturi)
2 sudu besar sos cili Thai ~ K.Nor lebihkan 1 sudu lagi
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Garam dan gula secukup rasa
1 batang serai - dimayang
6 tangkai cili padi - dimayang
2 helai limau purut

Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan goreng sotong hingga masak. Tuskan.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tumbuk. Kacau sehingga naik bau dan masukkan serai dan cili padi yang dimayang. Kacau sehingga rata.
3. Masukkan sos cili Thai, sotong goreng, daun limau purut, jus limau nipis, garam dan gula. Kacau sehingga rata dan angkat.

** air sotong K.Nor tak buang, sebaliknya masukkan sedikit ke dalam tumisan supaya tumisan tu pecah minyak dan tak terlalu pekat.

meh lunch dengan sotong bersiram ni.... tp kak rose kurangkan cili sbb x tahan pedas. kang kalau pedas sangat segala air kuor, air mata, air idung..... issshhh!

Wednesday, April 13, 2011

Terung goreng cili n udang kering

selamat tengahari semua.... mesti dah lunch kan. sayur kak rose ygang simple mimple ari ni. goreng terung dengan cili dan udang kering.... tiap kali beli terung mesti resepi ni jer yang terbayang dikepala otak.... sedap dan simple sangat. x payah nak kuah2 bagai. goreng2 dah siap kan. dah banyak kali buat tp sebab sedap kak rose buat lagi dan lagi dan lagi..... resepi asalnya amik dari rumah AlongRoz yang tengah bercuti sekarang nih (melancong g mana agaknya ya? jangan lupa ole2 nya!)...mekasih ya Along. kak rose tepek sekali lagi resepinya kat sini...

Bahan2:

2-3 terung panjang (kak rose guna 1 jer tp mmg pannnnjang)
2 biji cili merah*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 tsb udang kering* (*dikisar)
garam

Cara:

1 Gorengkan terung dalam minyak yg sedikit hingga kekuningan.
Angkat dan letak dalam serving plate
2 Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumiskan bahan kisar tadi hingga wangi
curahkan atas terung yang telah digoreng tadi.
3 siap.
makan dengan nasik panas2 dan ikan jenahak dalam sos daun limau purut....hmmm. habislah kak rose punya 279 kalori yg burnt ari ni.... jalan pun x sampai 10k steps dan cuma 5.7km jer...malas ke? entahlah.... tp mmg bepoloh2. ponek!

Tuesday, April 12, 2011

Minum petang dengan keledek kaler pepel

salam semua.... memalam kak rose nak postkan entry minum petang td.... keledek kaler pepel ni kak rose bli punyalah mahal rm6/kg... bli 2 biji je pun dan sekilo lebih...tp sayang sungguh yg sebiji lagi tu dah buruk, banyak hitam2 bertompok2.... maklumlah bli kat pasar malam, x de la tengok sangat keadaan keledek tu.... bila balik rumah.... ishhhh.... x de rezeki la tu kan. nasib baik yg sebiji ni ok jer.... lembut sangat, rasa terubat jugak lah hati bila dapat makan keledek goreng yg lembut ni....

makan cicah dengan sambal kicap.... stail orang jawa johor, kalau makan gorengan cam ni mesti ada sambal kicap. barulah ada ummmpphh! dan x lupa nescafe kosong panas2....

Gantung kad dari Mas & Nieza

doves in the meeting.... harap satu hari nnti kita semua dapat jumpa spt dove ni kan....

salam dan selamat petang semua..... hari menggantung kad dari kawan2 yang menyambut 1st anniversary blog. terima kasih pada Mas Duniaku dan juga Nieza Our Journey Begins yang menyambut bloggersary pada hari yg hampir sama kerana member kad ini.... tahniah, sekejapan je dah setahun kan, semuga persahabatan yang terjalin dialam maya ini kan terus berkekalan selama-lamanya. Insyaallah. tidak seperti burung diatas tu yang sedang menghadiri perjumpaan, kita punya meeting cuma dialam cyber saja, namun kita seperti berada dalam kelompok yang sama... masak2, pot pet dan bertukar2 pendapat....

kad yg cantik dari Mas Duniaku. tahniah Mas

kad yg terbang dari jauh, Finland. tahniah dan terimakasih Nieza.

untuk Mas dan Nieza, semuga dengan 1st anniversary ni akan ada nnti 2nd, 3rd anni dan seterusnya...hingga bila2. teruskan berblogging dan sharekan apa saja yang dapat kita kongsikan disini.... tahniah sekali lagi.

Monday, April 11, 2011

Crispy onion rings

salam semua... sungguh x de mood nak masak ari ni.... pagi tadi pergi keupacara pengebumian anak kawan yang meninggal dunia semalam dan balik pun dah tengahari, so x de la masak2 ari ni.... lunch g tapau jer terus balik rumah dan ngap. senangkan.... dan petang td selepas menyelongkar Myr terjumpalah snek yang enak ni.... senang je buatnya tp kak rose x pandai nak goreng sampai garing sangat.... jadi sekejap je dia dah jadi lemau, x rangup dah! hilanglah nama crispy nya.... ada x petua camner nak bagi rangup tu x hilang walaupun dah sejuk?.... resepinya kak rose copy dari Myr oleh kak fida, terimakasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini pulak.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 2 biji bawang besar
  • 7 sb tepung gandum
  • 2 sb tepung jagung
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk gula halus
  • garam secukup rasa
  • serbuk lada sulah/hitam secukup rasa
  • 1/4 sk serbuk cili
  • 1 biji telur
  • 125 ml susu segar
  • minyak masak secukupnya untuk goreng terendam

Cara-cara

  1. Bawang besar dikupas kulit dan hiris bulat setebal 1 cm. dan leraikan menjadi gegelang.Gunakan Bawang besar seperti dlm gmbr....biase dipanggil bawang jepun..
  2. Satukan kesemua bahan2 kering di dalam mangkuk dan kacau rata.
  3. Satukan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit.
  4. Tuangkan campuran susu ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali.Celupkan bawang kedalam adunan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.Jangan goreng terlalu banyak bawang supaya mudah untuk dibalik2kan.
  6. Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak.Hidangkan ketika panas2 lagi.

walaupun dah hilang kerangupannya, tp tetap sedap makan dengan cili sos + mayonis.