Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 18, 2010

Kek pisang marble cokelat

satu lagi juadah hari raya semalam.... tengok pisang yang banyak dan too ripe x de sapa nak makan eloklah jadikan something untuk raya.... dan kek pisang marble cokelat ni kira lain sikit dari kek pisang yang kak rose dok buat tu.... yg ni ada guna ovelette dalam adunan, so cuba buat n turn out very moist n sedap..... belang marble cokelat menampakkan kelainan dan ada rasa cekelat dalam kek pisang ni. tima kasih hana, kak rose amik resepi nya dan letak sini ya.....

Bahan-bahan
  • 150g pisang emas - dilecek - hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang
  • 180g tpg gandum- hana campur ngan tpg mixpancake (tpg gandum 90g, tpg mixpancake 100g)
  • 180g gula halus - hana kurangkan 150g je
  • 3 biji telor (kak rose guna dua biji gred A)
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 2 sudu besar susu segar- yg nih hana tambah
  • 1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes
Cara-cara
  • Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
  • Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
  • Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.

hmmm.... dah abes pun untuk jamuan semalam.

Nasi minyak asas

salam dan selamat petang semua..... dah kembali bekerja ari ni? nasi minyak asas ni kak rose masak untuk juadah raya semalam tp baru ni berkesempatan nak update kat sini.....yalah namanya pun asas... jadi bahan pun yang asas jer kan....tp yang penting tetap sedap gitu. Malam raya kak rose menyelongkar dapur Ummi yang telah bersih berkilat untuk dapatkan resepi nasi minyak asas ni.... mekacih ya Ummi kak rose dah kemaskan dan lap balik kilat2 tau..... mintak izin nak tepek resepinya kat sini ya.....

Bagi yg baru nak belajar masak nasik minyak macam kak rose, resepi ni sangat berguna kerana diberi pilihan minyak yg nak d gunakan.... jom! kita tengok.....

Bahan Utama:- (sukatan utk 5 orang)
3 cawan beras - basuh dan toskan.
3 cawan air
(kak rose guna beras basnathi dan doublekan)
Campuran Minyak:-
Cara A:
1/2 cawan minyak jagung
3 sudu besar marjerin
Cara B:
3/4 cawan minyak jagung
Cara C:
1/2 cawan minyak masak biasa
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak sapi
Cara D:
1/2 cawan minyak masak biasa
3 sudu besar minyak sapi
(kak rose guna combination yg ni tp bila doublekan jd mcm terlebih minyak pulak! -
for my own reference - next time kena kurangkan sikit minyak)
Cara E:
Setengah cawan minyak jagung
3 sudu besar minyak sapi

Bahan Tambahan:-
1 labu bawang besar (dihiris/dimayang)
3 ulas bawang putih (dihiris)
4 cm halia (tumbuk/hiris)
Daun pandan
sedikit kulit kayu manis
buah pelaga
bunga cengkih
bunga lawang
3 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
1 cawan susu cair

Cara Memasak:-
Panaskan kuali, tumis semua bahan dengan minyak pilihan hingga garing. Tuangkan tumisan ke dalam periuk elektrik yang telah diisi sukatan air. Masukkan gula dan garam dan biarkan mendidih. Masukkan susu dan rasa airnya. (Jangan dibiarkan air mendidih lama sangat). Kemudian masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau rata dan tutup periuk. Biarkan nasi tanak seperti biasa. Bila nasi sudah mengering, taburlah kismis/kacang gajus goreng. Boleh juga ditaburkan daun sup/daun ketumbar.

Nota: Kalu boleh, nasi ini jangan dikacau banyak kali, cukup 2 kali sahaja - pertama semasa beras baru dituang ke dalam airnya dan kedua ketika nasi baru mengering dan tempat tekanan periuk elektrik sudah naik ke atas.

Salam Aidil Adha

salam semua..... dikesempatan ini kak rose ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua kawan2 di alam cyber ni. dan kepada para jemaah haji yang sedang menjadi tetamu Allah, semuga segala perjalanan haji dipermudahkan dan kembali dengan haji yang mabrur, Insyaallah.

Wednesday, November 17, 2010

Juadah Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam..... semuga segala usaha dan pengorbanan kita selama ini mendapat restu dah rahmat dari Allah yang maha berkuasa .... Amin. dan sempena menyambut hari mulia ini kak rose menyediakan sedikit juadah untuk hidangan tetamu yang datang tengahari tadi..... Alhamdullilah, berselera mereka makan...... nilah juadah yang kak rose sediakan, antaranya.....

nasi minyak asas......(kak rose selongkar rumah Ummi amik resepi, nnti kak rose tepek ya)

2 ekor ayam masak merah....

gulai kurma daging

jelatah...... resepi leh tengok sini....

kek pisang marble cokelat (malam raya godeh dapur hana curik resepi ni he he he)

dan antara tamu yang hadir tadi .... anak buah yang menyambut 5th birthday anaknya.... siap potong kek kat rumah nenek ya Danish..... muga Danish menjadi anak yang soleh kesayangan babah n mama dan jangan nakal2 ya....

Happy 5th birthday to Danish cayang.... hmmm.... muah muah.

Tuesday, November 16, 2010

Ayam kandar

salam dan selamat tengahari...... sibuk membuat persiapan hari raya esok ke?.... kak rose baru je abes lunch dengan lauk ayam kandar ni..... mmg sedap, terasa macam makan di Line Clear, Penang nun.... wah, sekarang nak makan lauk kandar ni x yah nak g penang dah! leh masak sendirik jer. timakasih pada nduk hana yang share resepi ni, bak katanya x rugi mencuba! meh kita tengok resepinya yang kak rose kopi jer dari rumah hana ni.. resepi asal ialah daging kandar!

Bahan-bahan
  • 1/2kg ayam
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa
  • air
  • (kak rose tambah 1tsb cili blend, kasi pedas sikit)
Cara-cara
  1. Ayam dpotong dan dbersihkan. ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. Masukkan ayam dan air. masak hingga ayam empuk.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.

close-up sikit.... ada rupa line clear punya tak?

Monday, November 15, 2010

Crunchy chocolate chips cookies

salam pagi isnin yang ceria hendaknya..... ari ni bangun pagi jer terus siapkan nak wat cookies ni..... punyalah bersemangat malam tadi sebelum tido dah g menyelongkar dapur kengkawan cari resepi ... jumpa resepi ni kat rumah Ummi..... secrunchy (eh ade ke perkataan ni?) namanya begitulah kejadiannya.... bak kata Ummi, bersarang2 bawahnya and really crunchy. mungkin gabungan cornflakes, badam n choc rice tu yg menambahkan kesedapannya.... macih ya Ummi kak rose nak kongsikan resepinya kat sini..... juga terima kasih pada tuan punya resepi Mamafami .... dan Selamat hari raya Aidiladha

Bahan A:-
125 gm butter
125 gm marjerin (*ummi guna sume butter)
1 sudu besar shortening
160 gm gula halus
1 biji kuning telor
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:-
230 gm tepung gandum ) ayak
20 gm serbuk koko ) bersama
100 gm chocolate chips (kak rose guna untuk hiasan jer)
50 gm white chocolate chips (boleh gantikan dengan chocolate rice) (kak rose guna choc rice)
50 gm badam cincang (roasted) (kak rose guna ground almond)
50 gm nestum (*ummi ganti dgn cornflakes..) (kak rose pun)

Cara Membuat:-
  • Pukul butter, marjerin, shortening dan gula sehingga sebati.
  • Masukkan kuning telor dan esen vanila. Gaul rata.
  • Masukkan bahan B perlahan-lahan dan kacau dengan senduk kayu/spatula.
  • Sudukan adunan kecil2 (besar guli) dalam loyang (adunan akan mengembang sedikit ketika membakar).
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.
walaupun rupamu buruk, tp sangat la sedap n soooo crunchy....

Saturday, November 13, 2010

Kerabu mangga

terkenang kerabu mangga "abang" yat maria..... kak rose pun teringin jugak nak merasa kerabu mangga.... tp yg jual ni bukanlah abang sebaliknya "mas dari Indon"... mahal buk mangganya, 2biji kecik2 satu hinggit!.... nak makan beli jugaklah kan.... masa pilih tu nampak a bit kuning tp bila kupas masih putik sangat....... dan tersaaaaaangatlah masam! kak rose dah lah x tahan masam jadi ubatnya kenalah taruk gula banyak2.... nasib baik boleh belen masam dan manis tuh.....
resepinya dah penah tepek dulu.... leh tengok sini jugak

+ 3 biji mangga muda
+ 1 cawan udang kering
+ 1 cawan kacang goreng
+ 3 labu bawang besar
+ 2 biji cili merah
+ 5 biji cili padi
+ 3 batang serai
+ 4-5 helai daun limau purut
+ 4-5 biji limau nipis (x letak dah masammmm)
+ 1 paket kerisek (x letak.... tukar dengan ikan bilis goreng)
+ gula dan garam secukup rasa

Mula-mula sekali, udang kering disanggai/sauté selama 5 minit.
Kemudian, masukkan udang kering tadi ke dalam batu lesung dan tumbuk sehingga lumat.
Tumbuk kacang dan biar hancur kasar
Potong buah mangga secara memanjang.
Bawang besar, serai, cili padi & daun limau purut dimayang. Cili merah dipotong memanjang
Masukkan kesemua bahan-bahan tadi, kerisek, air asam limau, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata sehingga sebati semua bahan-bahan tadi.
Dah siap....

udah abes buat lauk lunch tadi....