Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, October 17, 2010

Sagu gula melaka

salam berhari minggu semua.... dah malam baru kak rose dapat nag mengupdate rumah ni... dah siap download gambar2 semua.... tengah buat editing ada pulak kawan datang ..... kebetulan buat sagu gula melaka ni, dapat lah kawan kak rose tu merasa dessert sedap nih....makan pulak sejuk2.... enak banget dapat makan benda sejuk2 dimusim panas ni..... sambil pot pet sambil makan... sedar2 dah nak senja. resepinya kak rose amik dari Myr oleh rossitamz.... macih ya dan kak rose nak mintak izin nak kopy kat sini....

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Bahan A :
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air
  • Bahan B :
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir (kak rose omit this one)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Bahan C :
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  10. Siap untuk dimakan!!!
note to my self:
rendam sagu sekejap. bila dah masak dan padam api, jangan terus tuang dalam acuan tp biarkan sebentar dalam periuk dan tutup. biar sagu tanak barulah diisi dalam acuan yang disukai.

kawan tadi suggest makan dengan cendol.... ya kak rose buat cendol gak ari ni.... rasa macam makan cendol ngan sagu pulak... something different!

makan sejuk2 sangatlah nyaman dimusim panas ni......

Saturday, October 16, 2010

Roast chicken

salam dan selamat petang..... kejap je dah petang kan.... x dan nak rehat lagi.... ni pun baru balik dari kenduri doa selamat jiran setaman yang akan menunaikan ibadah haji..... banyaknya menu yang disediakan.... soto ayam, nasi dengan lauk2 style kampung, sate, laksa, tapai pulut, kuih muih dan juga puding..... air sirap dan cendol tersangatlah laris dimusim panas2 gini..... tp kak rose cuma makan kuih bakar berlauk dan sate je sbb dah kenyang makan tengahari yang heavy.... buat roast chicken ni pun atas permintaan abang yang nak makan tp kak rose le yang terlebih makan! resepinya?..... kak rose belasah apa yang ada jer....

bahan2
3 keping whole leg
garam
kicap pekat (lagi best kalau sos black pepper)
serbuk lada hitam
madu
1 biji bawang besar diparut
2 biji bawang putih*
sedikit halia*
sos tiram

Cara

bersihkan ayam dan cucuk2kan untuk serap bahan perap
Tumbuk lumat bahan*, masukkan bawang parut tadi, segala kicap, madu dan serbuk lada hitam
sebatikan dan lumur rata pada ayam dan perapkan. kak rose perap 2 jam
masuk dalam loyang dan tutup denga kertas foil. panggang +- 1 jam

sebelum dipanggang

potato sarada

sediakan salad..... potato sarada.... sedap dimakan bersama ayam panggang ni.... tima kasih pada ros jintan manis kerana resepinya, atau boleh juga tengok kat sini....

ready untuk di ngap

hu la la ... siap dah roast chiken kak rose ni..... makan dengan potato sarada dan nasi goreng cina bersama dengan sos black pepper. alhamdullilah kenyang.

Friday, October 15, 2010

Cendol

salam semua..... dan selamat petang..... panas sungguh kan cuaca sekarang ni..... kena la minum air masak banyak2.... tp sllu saja nak yang sejuk2 gitukan....so jom kita basahkan tekak dengan homemade cendol ni..... x yah g ke gerai mamak tepi jalan tu, kita wat sendirik je... cantik ke idak lain kiralahkan. asal sedap ditekak kita dan dapat minum tanpa perlu keluar rumah .... uhhhh nyaman sekali....cuma x de air yang sagat tu. guna je ais ketul tu yang x sama macam mamak nyer.... ada sapa2 ada idea camner nak buat ais yang mesin macam mamak punya tu? ehhh hana ada mesin ais tu kan? yang dia buat kakigoori tu... comie je stitch tu dia dok putaq kasi kuor ais..... kat sini ada jual ke? kat mana ye?

cendol buatan sendirik je... kalau nak resepinya penah tepek dulu, leh tengok kat sini

Bingka roti

salam dan selamat pagi Jumaat yang mulia ni..... syukur alhamdullilah, masih diberi kesempatan untuk menhirup udara segar dipagi jumaat ini....berbalik pada kuih bingka roti i kak rose buat semalam lagi.... pernah buat bingka roti ni tp x letak tepung.... ke itu puding roti ke? kan dah kompius kak rose ni... so try resepi dari rumah izahdaut ni.... sedap lemak manis tapi macam padat gitu... ke memang gitu kejadian bingka ni? tengok gambo izah nyer macam gebussss jer.... tp bila tengok mas nyer pun macam padat jugak!

apa pun kak rose nak mintak izin nak kopi resepinya kat sini ya.... macih pada anda semua yang sudi share resepi ni.... ada jugak juadah kak rose nak hidang pada kawan yang datang semalam....

Bingka Roti
Bahan :
  • 5 keping roti gardenia
  • 2 biji telur - pukul sikit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 /2 sudu kecil garam
  • 400ml santan
  • 100 ml susu segar / susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya :
  1. Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
  2. Satukan susu segar / susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis.
  3. Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila dan gula pasir. Kacau sebati.
  4. Jika ada bekas bingka, tuang kedalam bekas bingka yang telah dilengser dan bakar atas api perlahan selama 1 jam.
  5. Mas guna bekas bekas kek chiffon, Mas sapukan marjerin dan taburkan sedikit tepung gandum pada bekas kek chiffon tu dan tuang adunan bingka dan bakar dalam oven yang dipanaskan 170 c bergantung pada saiz oven, selama 45 minit dengan api atas bawah.
  6. Jika atas bingka dah cantik keperangan / kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja. Bergantung pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..

buah tangan yang dibawa untuk kak rose n abang.... kain batik halus asli terengganu dari noor arfa batik dan kain pelikat mangga indonesia..... ada juga nata de coco.... ole2 dari London dan Moscow nyer x de ke?.... isshhh kak rose ni kan orang dah kasi betis nak peha pulak kan!..... kawan sesama keja kat BNM yang laaaaama sangat x jumpa.... yalah bila masing2 dan berenti keja langsung putus hubungan... nasib baik ada fb... banyak menemukan semula kengkawan yang telah terpisah bertahun.... insyaallah akan buat gader2 pd 30th nnti.....

Puan Balkiah dan doters.... berborak sakan hingga terlupa langsung nak snap satu gambo pun..... ini pun cilok dari fb her doter.... jangan marah ya Bal, amik gambo dan tepek kat sini...... terima kasih sudi datang rumah walaupun sesat barat mencari sbb tukang bagi info jalan x expert! hishhhh!!!

Thursday, October 14, 2010

Megi ala mamak CMG

salam dan selamat pagi ya..... tengok tajuk tu.... ala mamak CMG? tu le pepagi cik mat dah tayang megi ni... kan dah kecur air liur dibuatnya..... dan dengan segeranya terus turun kedapur.... tung tang gedebak gedebuk maka terjadilah megi ala mamak ni yang dicipta resepinya oleh CMG.... bukan mamak CMG ya puan2.....jangan mare ya mat kak rose saje je tambah nama resepi tu... kasi tambah glamer nama cik mat .... pepepun sangat sedap wpun x letak fishcake dan ayam.... malas nak potong ayam yang keras kedengkung dalam freezer tuh!... dan kak rose mintak izin nak kopy resepinya dan tepek akt sini ya.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus mee maggi perencah kari, asingkan
2 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tomato
1 biji telur
Sedikit kicap cair (jika perlu)
2 pelepah sawi, dicuci dan siang
1 kelopak kecil kobis bulat, potong kecil
1/2 batang kek ikan, potong kecil (kak rose ganti ngan crab filamen)
1/2 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan
1/2 cawan daging ayam (x letak)
5 ekor udang, dibersihkan
Sedikit air
Hirisan timun, sebagai hiasan
Hirisan cili merah, sebagai hiasan
Belahan limau kasturi, sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Mee maggi dicelur dalam air mendidih hingga lembut, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dancili kisar hingga garing. Tambah sos tomato dan 1/2 paket perencah kari mee maggi tadi, kacau rata dan tuang sedikit air.
  2. Masukkan fish cake, tauhu, batang sawi, udang dan daging ayam. Masak sekejap. Tolak ketepi kuali dan pecahkan telur, biar telur mengeras dan kacau hancur. Masukkan mee maggi tadi dan gaul rata.
  3. Tambah daun sawi dan kobis, kacau hingga mesra dan biar hingga kobis lembut. Rasa dan jika perlu renjis sedikit kicap cair. Bila semua ok, boleh matikan api. Hias dengan hirisan cili merah, hirisan timun dan belahan limau kasturi sebelum dihidangkan..
sarapan pagi ni..... dengan air kosong je.... pasal konon nak diet tp sbb terpandangkan megi mamak ni.... hancus rancangan nak berdiet tu. lain kali je lah kan. dan ni tengah pk nak wat kuih apa untuk hidang kawan nak datang petang ni? poning palo den mike nyer.

Wednesday, October 13, 2010

Banana muffin lagi.....

salam dan selamat petang ya..... panas betul ari ni kan..... cuaca terik diluar tu membuatkan rasa yang sangat malas nak menupdate blog ni..... g blogwalking jer... nak tinggal jejak pun rasa x terdaya.... apa punya malas kan.... anyway muffin pisang ni buat semalam lagi cuma x tersangat malas nak letak kat sini sbb baru buat jer ari tu pun.... kira ni kali kedua buat muffin yang senang dan sedap nih..... dan buat yang ni pun untuk nak pulang pinggan jiran yang bagi nasi kerabu ari tu.... x elok lak kan k pulang pinggan kosong je, separuh lagi bagi kat jiran sebelah rumah.... rezeki derang la tu kan, harap anak2 derang suka....resepinya leh tengok kat sini yang kak rose amik dari rumah izahdaut... macih ya.

siap, sepiring untuk Cik Da dan satu lagi untuk Sal.

Tuesday, October 12, 2010

Lauk sempoi hari ni

ayam masak kicap sempoi

Salam dan selamat sejahtera semuanya..... Alhamdullilah dah kenyang lepas makan tengahari tadi.... masak pun dah lewat sebab pot pet dengan kawan sampai x ingat donia dan tehgahari.... dan dapat makan pun lewat jugalah.... nak g keluar makan mak ai..... panas terik sungguh hari ni, rasa x larat nak redah hari yang sangat panas ni..... so... tung tang tung tang kat dapur x sampai sejam siap jugak lauk sempoi untuk ari ni..... memula goreng ayam wat masak kicap je.... buh cili biar ada pedas sikit.....hmm dah siap!

siew pak choy in oyster sauce

pas tu celur sayur siew pak choy ni..... toskan, susun dalam pinggan n buat kuah dia.... curah je atas sayur tu... tabur bawang goreng. siap dah sayur sempoi ni.... nak resepi leh tengok kat sini ya.... tima kasih pada hana jepun tu....

pecal... emergency nyer! bahan mana yg ada jer....

last sekali celur kangkong, potong timun dan sengkuang, susun dalam pinggan, panaskan kuah pecal ready made yg beli kat pasar tani ari tu....tuang dalam mangkuk. siap....wah dinner impossible pun leh kalah ni... boleh siap 3 menu dalam masa x sampai sejam. Alhamdullilah kenyang... . petang ni ada jemputan jamuan raya lagi..... raya? raya terlewat pun x pe lah... kena g jugak lah... memenuhi jemputan jiran2....