Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 15, 2010

Crunchy chocolate chips cookies

salam pagi isnin yang ceria hendaknya..... ari ni bangun pagi jer terus siapkan nak wat cookies ni..... punyalah bersemangat malam tadi sebelum tido dah g menyelongkar dapur kengkawan cari resepi ... jumpa resepi ni kat rumah Ummi..... secrunchy (eh ade ke perkataan ni?) namanya begitulah kejadiannya.... bak kata Ummi, bersarang2 bawahnya and really crunchy. mungkin gabungan cornflakes, badam n choc rice tu yg menambahkan kesedapannya.... macih ya Ummi kak rose nak kongsikan resepinya kat sini..... juga terima kasih pada tuan punya resepi Mamafami .... dan Selamat hari raya Aidiladha

Bahan A:-
125 gm butter
125 gm marjerin (*ummi guna sume butter)
1 sudu besar shortening
160 gm gula halus
1 biji kuning telor
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:-
230 gm tepung gandum ) ayak
20 gm serbuk koko ) bersama
100 gm chocolate chips (kak rose guna untuk hiasan jer)
50 gm white chocolate chips (boleh gantikan dengan chocolate rice) (kak rose guna choc rice)
50 gm badam cincang (roasted) (kak rose guna ground almond)
50 gm nestum (*ummi ganti dgn cornflakes..) (kak rose pun)

Cara Membuat:-
  • Pukul butter, marjerin, shortening dan gula sehingga sebati.
  • Masukkan kuning telor dan esen vanila. Gaul rata.
  • Masukkan bahan B perlahan-lahan dan kacau dengan senduk kayu/spatula.
  • Sudukan adunan kecil2 (besar guli) dalam loyang (adunan akan mengembang sedikit ketika membakar).
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.
walaupun rupamu buruk, tp sangat la sedap n soooo crunchy....

Saturday, November 13, 2010

Kerabu mangga

terkenang kerabu mangga "abang" yat maria..... kak rose pun teringin jugak nak merasa kerabu mangga.... tp yg jual ni bukanlah abang sebaliknya "mas dari Indon"... mahal buk mangganya, 2biji kecik2 satu hinggit!.... nak makan beli jugaklah kan.... masa pilih tu nampak a bit kuning tp bila kupas masih putik sangat....... dan tersaaaaaangatlah masam! kak rose dah lah x tahan masam jadi ubatnya kenalah taruk gula banyak2.... nasib baik boleh belen masam dan manis tuh.....
resepinya dah penah tepek dulu.... leh tengok sini jugak

+ 3 biji mangga muda
+ 1 cawan udang kering
+ 1 cawan kacang goreng
+ 3 labu bawang besar
+ 2 biji cili merah
+ 5 biji cili padi
+ 3 batang serai
+ 4-5 helai daun limau purut
+ 4-5 biji limau nipis (x letak dah masammmm)
+ 1 paket kerisek (x letak.... tukar dengan ikan bilis goreng)
+ gula dan garam secukup rasa

Mula-mula sekali, udang kering disanggai/sauté selama 5 minit.
Kemudian, masukkan udang kering tadi ke dalam batu lesung dan tumbuk sehingga lumat.
Tumbuk kacang dan biar hancur kasar
Potong buah mangga secara memanjang.
Bawang besar, serai, cili padi & daun limau purut dimayang. Cili merah dipotong memanjang
Masukkan kesemua bahan-bahan tadi, kerisek, air asam limau, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata sehingga sebati semua bahan-bahan tadi.
Dah siap....

udah abes buat lauk lunch tadi....

Puff inti daging

salam dan selamat berehat dihujung minggu....dan bekpes ke pagi ni? tentunya sedang bermalas2an bersama keluarga kan.... puff ni kak rose buat untuk minum petang aka dinner semalam.... yalah..... lunch tu dah makan sangat heavynya, jadi malam makan puff ni jer dengan nescafe panas2.....

ni sebenarnya nak kongsi kegembiraan dengan nor secubit garam yang berderet2 kuor menu puff dia..... kak rose pun x mo ketinggalan sementelah puff pastry pun dah sedia ada... daripada dia dok betapa dalam fridge baik buat sesuatu kan....intinya kak rose buat macam inti karipap daging tu dan sumbat dalam.... senangkan..... untuk puff nyer kak rose copy dari blog DTS yg banyak menunjuk ajar cara2 dia siap dengan step by step lagi..... macih ya mat.

UNTUK CURRY PUFF :-
Ambil sekeping pastry puff (mat guna yang berukuran 4 x 4 inci), potong dua, isikan inti pada satu bahagian puff, dan bahagian satu lagi dikelar tapi jangan putus.
Letak atas inti tadi dan tekan tepinya dengan garfu supaya melekat dengan pastry bahagian bawahnya.
Alihkan ke dalam loyang pembakar yang telah dilenser dengan sedikit mentega.
Buat hingga siap.
Sapu kuning telur pada permukaan pastry dan tabur sedikit lada hitam kisar.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit. Kalau oven ada fungsi kipas, boleh gunakan untuk membakar. Sejukkan atas jaringan. (oben kak rose x de kipas hu hu hu)

yang ni untuk Angah.... kebetulan masa kak rose nak mulakan projek ni, anak kawan ada tepon, mama rose wat kueh apa petang ni? aik macam terbau pulak kan... so buat puff ni sepeket... 10 keping jer pun.... dan 6 ketul bagi kat derang. kak rose ngan abang 2 ketul sorang. cukuplah kan .... x leh makan banyak2 nnti gumukzzzz. (makan ayam 1/4 ekor dengan segala mak nenek sampingan x pe? x takut gumukz pun....)

sebelum dan selepas kebakaran..... dan yang dah siap untuk dingap!

Friday, November 12, 2010

Rosemary chicken grilled

ni lah ayam yang kak rose nak makan dengan coleslaw tadi tu....sangat teruja nak mencuba masak resepi dari the naked chef dan juga dari nduk hana ni....macam kata hana, kak rose pun beli dried rosemary semata2 nak buat resepi nih. akhirnya jadi juga ayam rosemary ni.... masih dalam oben lagi bau dah semerbak menggoda.... so x rugi mencuba.... meh tengok resepinya yang kak rose kopi dari rumah hana.... macih ya nduk!



LEMON ROSEMARY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver) Diolah oleh Jeni.

Bahan-bahan
  • 1 kg ayam/1 ekor ayam (kak rose guna keping 2 whole leg beso2)
  • 1 biji lemon ( x letak... tu yg jadi rosemary chicken grilled je)
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar olive oil
  • Segenggam Rosemary Kering - 1/2 botol kecil
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 biji kentang dibelah 2 - letak lebih
  • 2 biji tomato atau lebih
  • Baby carrots - guna carrot besar yg dipotong2
  • 1 biji bawang besar dibelah 4
  • 2 sudu serbuk Paprika - ditambah
  • Kicap Pekat - ditambah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • hana tambah madu 2 sudu besar.
baru kuor dari oben.... panas..... panas.

Cara-cara
  • Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.(kak rose belasah buh sekali dalam loyang terus bako)
  • Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
  • Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
  • Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.(kak rose omit yg ni)
  • Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
  • Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
  • Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
  • Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan..bersama mashed potato dan salad. -hana tk wat mashed potato sbb dh byk sgt kentang! hihihi
dah siap untuk di ngap..... makan ngan coleslaw n fries

preparation....

dah abes dah..... Alhamdullilah kenyang.

Coleslaw

eh! diet ke? lunch tayang coleslaw jer? x de nak diet mendiet bagai kalau ayam 1/4 ekor makan sorang kan.... tamak sungguh tang makan2 ni.... nak yang bahagian yang beso2 dan banyak isi jer... barulah pueh ati makan kan. buat coleslaw ni nak makan dengan ayam yang masih dalam oben lagi tu..... lambatnya nak dapat makan kan.... tunggu tayangan seterusnya.....eh eh ada sapa2 nak tengok ke tayangan kak rose ni?

kali ni barulah dapat kobis yang kaler pepel tu.... cantik kan bila ada kaler2 gitu. oh!... sendiri tekan lif nih....

Thursday, November 11, 2010

Mee hoon goreng kunyit

selamat malam dan ini entry sebelum tido..... tu dia ... tadi kat Bangkok la ni dah mai Shah Alam ........ masak untuk dinner tadi, sbb dah terpandangkan keenakkan nya kat rumah ika bangkok tu teruslah kak rose pun teringin nak buat.... selalu kalau goreng mee hoon ni dengan kicap atau cili jer kan. kira ni first taim goreng mee hoon dengan kunyit.... dengan adanya lada hitam tu jadi rasa seakan mee hoon singapura cuma kaler kuning gitu.... itu yang kak rose rasa la kan....

apa pun tima kasih ika, Madiha n Ayu kerana resepinya dan kak rose nak panjangkan kat sini ya.....

MEE HOON GORENG KUNYIT

Bahan2
(kak rose buat 1/2 bungkus jer dengan bahan apa yang ada dalam fridge)


1 bungkus bihun (400g) - direndam dlm air biasa hingga lembut/semalaman -toskan
  • 1 keping dada ayam - dipotong kiub kecil (boleh gantikan dengan apa2 rencah yang disukai-spt sotong/ udang) - (kak rose guna udang ngan ayam je)
  • 2 bungkus fishball/ 4 keping fish cake - dihiris tebal (letak tahu)
  • 2 biji telur
  • 1/4 biji kobis - dihiris halus(sayuran boleh ganti dengan taugeh/sawi/carrot sagat)
  • 1 ketul brokoli -potong floret ( x de)
  • 2-3 biji cili hijau -dihiris (optional)
  • 6 ulas bwg merah - hiris
  • 3 ulas bwg putih - hiris/ketuk
  • 1 s/ kunyit serbuk
  • 1/2 kiub pati ayam (boleh gantidengan udang kering tumbuk)
  • garam & perasa
  • minyak utk menumis
  • 1 s/k lada sulah (jika suka)
  • 2 cawan air
Panaskan minyak masak lalu tumiskan bwg putih & bawang merah hingga wangi.
Masukkan ayam & kacau2 hingga ayam bertukar warna.
Masukkan fishball/fishcake.Kacau2 lagi hingga ayam masak.
Tolak sedikit bahan2 ketepi kuali lalu pecahkan telur & biarkan telur masak.

Kacau sikit telur biar jadi agak hancur(scramble) & berketul2.
Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata.
Masukkan semua sayuran & air sebentar.
Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah hingga bihun masak.(Sambil dikacau boleh potong bihun yang panjang2 dengan sudip agar bihun tak bergumpal semasa mengacau.

PERINGATAN:-Jangan sesekali rendam bihun dalam air panas utk membuat bihun goreng kerana bihun akan jadi lembik bila menggoreng.) Sedia untuk dihidangkan Boleh hiaskan dengan hirisan cili & juga hirisan telur dadar.


dinner kami yang sempoi.... entah kenapa vit m banyak sangat sepanjang ari nih.....

Puding cendol

salam dan selamat tengahari semua..... dah lunch ke? ari ni kak rose malas masak lagi..... dah siapkan ikan nak masak tetiba x de mood dan vit m tu tersangatlah banyaknya.....so g tapau jer. senang keja kan, x yah nak cuci pinggan mangkuk piuk koli bagai.... dan puding cendol ni buat petang semalam... teringin nak buat dah lama dah tapi asik ada tapi je kan.... so sementara cendol dah ada projek pun bermula..... tp kak rose rasa lapis gula merah tu a bit manis sbb campur 2 gula tu, ke kak rose yg salah ikut cara? baca balik mmg betul gitu... ke bahagi 2 baru masak dengan gula yg berlainan? konpius dah!

meh tengok resepinya yg kak rose kopi dari rumah Ummi. timakasih ya dan mintak izain nak tepek kat sini....

PUDING CENDOL CHEF HANIELIZA
Bahan-bahan:-
  • 1/2 paket agar2 [20 gm]
  • 3 gelas air (akak letak 3 1/2 mug)
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair (*akak guna Ideal Nestle)
  • 2 cawan cendul
  • 1 cawan gula merah

Cara-Cara:-

  1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. Tapiskan.
  3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
  4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah. Kacau rata dn biarkan mendidih dan tapis.
  5. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti adunan tidak melekat.
  6. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
  7. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
  8. Hidangkan.
taim panas2 gini sedap je masuk tekak puding nih....