
terima kasih bebanyak. itulah ucapan yang kak rose ucapkan kepada kawan yang sudi datang bergader2 dirumah pada hari sabtu lepas.... walaupun memasing terlewat sampai kerana berbagai urusan tetapi sangat2 kak rose hargai pertemuan ini..... memang dah lama merancang nak adakan gader2 macam ni..... terimakasih sangat2 dengan adanya kemudahan fb yang berjaya menemukan semula kawan yang telah terpisah begitu lama... dan yang x dapat hadir pada gader2 kali ni, muga hubungan yang ada akan dapat menemukan kita satu hari nanti...
setelah bertahun terpisah, memula tengok gambar kat fb je.... tp bila dah jumpa yang sebenarnya memasing dah banyak berubah.... bertambah sihat sesuai dengan pertambahan usia.... (
ayat cover ni....) x gitu kawan2? (
ampunnnn..... matilah lepas ni derang mesti x nak jumpa kak rose lagik... mulut x de insurance!)
apa pun sekali terima kasih bebanyak pada balkiah, ana, apid, nor n kak pah.... jangan serik nak gader2 lagi..... pertemuan yang sooooo hilarious bile bercerita kisah2 lama semasa sesama keja kat bnm..... kepada semua, kak rose masih tersenyum sedirian masa menaip kisah ni.... how can I forget all those pecah perut moments.....
antara menu yang kak rose sediakan untuk gader2 ni.....
nasi minyak hujan panas
ayam masak merah
gulai kurma daging
jelatah perantauan
nasi untuk jamu kawan2 yang datang..... puding roti marble n air orange sunquick

dessert dan kuih muih..... puding roti marble yang sedap. karipap sayur, pengat pisang dan puding koktel disediakan oleh kak pah.
sayang sekali buah tangan yang dibawa oleh kawan2 x ingat nak amik gambo sbb leka bercerita dan gelak sakan...... 2 bucket ayam kfc dibawa oleh cik balkiah, apam cokelat yang sedap oleh nor dan puding sagu buah tangan apid... sori ya kengkawan.... x de gamba nak tepek kat sini buat kenangan gathering kita hari tu.