Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, November 5, 2010

Apam lenggang

salam dan selamat petang..... menu minum petang ari ni.... since today is deepavali day so menu pun ada ala2 datang dari india gitu.... coincident? memang pening pala nak mike hari2 nak masak apa kan? so merempit kat rumah hana dan selongkar gobok kuih dia cari apa yang ada.... maka terpandang lah kuih yang berasal dari india nih.... kekonon deepavali lah kan.... dan kak rose buat x gulung, ikut versi yang ni.... tingat masa kat pasar malam langkawi dulu penah jugak bli kuih ni... tp tepi dia geseng banyak, garing dan tebal ditengah2..... meh tengok resepi ikut hana nyer..... timakasih ya.

Bahan-bahan
  • 300g tepung beras
  • 270 ml santan pekat
  • 1 sudu kecil yis kering
  • 60g gula
  • 1/2 cawan nasi
  • secubit garam
Cara-cara
  1. Kisar semua bahan kecuali garam hingga sebati.
  2. Tuang kedalam mangkuk dan masukkan secubit garam. Kacau sebati. Boleh tambah sedikit air jika adunan kelihatan agak pekat.
  3. Rehatkan selama 1 jam.
  4. Panaskan kuali non - stik dan masukkan 1 1/2 senduk besar ke dalamnya.
  5. Lenggangkan merata didalam kuali.
  6. Tutup kuali tersebut dan biarkan 2 hingga 3 minit.
  7. Angkat apom dan terus gulung. Ulang langkah tadi hingga habis.

rasa ok sangat... cuma x reti nak lenggang masa dalam koli tu, nak kasi tepi dia nipis dan garing dan tebal ditengah2 tu..... since apam ni dah manis, jadi makan x de cicah apa2 pun.

Ikan bawal masak merah

salam semua..... happy deepavali pada kawan2 yang menyambutnya. kita yang x raya ni buatlah masak2 dan makan sendirik ya.... dan untuk lunch ni kak rose buat ikan bawal masak merah... ari tu buat goreng cicah dengan sambal kicap jawa tu jer....ya la ikan bawal ni pun boleh dipelbagaikan masaknya... terpulang pada kita tukang masak nih.... ada 2 eko beso2 lagi.... nak masak apa ya?
resepi ni kak rose copy dari rumah Ha Sue.... terima kasih ya share resepi ni
dan kak rose mintak izin nak tepek kat sini.....

Bahan2:
  • 1-2 ekor ikan bawal saiz M (kalo yang besar seekor dah cukup)
  • Garam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 1 labu bawang besar*-separuh untuk dikisar,separuh dipotong wedges
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai-diketuk (kak rose x letak)
  • sedikit cili giling
  • Sedikit halia
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • Rempah tumis 4 sekawan-1 setiap 1 jenis
  • Garam dan perasa
  • Sedikit air
Cara2:
  1. Ikan bawal yang sudah disiang dibersihkan dan dilumur garam serta serbuk kunyit. Goreng sehingga 3/4 masak.
  2. Bahan2 bertanda * dikisar
  3. Ambil baki gorengan ikan tadi untuk menumis..Panaskan minyak dan tumis rempah tumis diikuti bahan2 berkisar sehingga wangi dan garing. Masukkan serai yang sudah diketuk
  4. Apabila bahan itu sudah garing masukkan sos cili dan sos tomato..kacau sedikit dan masukkan sedikit air
  5. Masukkan garam dan perasa. Kacau lagi dan masak hingga pecah minyak
  6. Masukkan ikan bawal dan bawang besar yang dipotong tadi(bawang besar nih leh tambah lebih jika suka) dan gaul sebati.
  7. Sebatikan rasa dan kuah. Sedia untuk dihidangkan
ikan bawal masak merah. x rasa lagi sbb tunggu derang balik semayang jumaat baru makan....

Thursday, November 4, 2010

Chocolate chip muffin

salam semua..... hari ni rasa x sihat jer... sakit kepala dari petang semalam membawa ke hari ni.... jadi malas nak buat apa pun.... tp bila dah petang mula la tercari2 apa nak wat tuk minum petang..... selepas menyelongkar dapur sifu2 diluar sana tersinggah kat rumah nor secubit garam tu.... dan jadilah cokelat chip muffin ni..... tp bila dah masak jer muffin ni, abang ajak keluar pulak n g beli kasut futsal busu..... terus tinggal dan malam ni baru lah dapat merasa....hmmm rasa cokelat sangat hingga kurang rasa manisnye pulak! mungkin ikut nor nyer resepi yang memang x suka manis2 atau kak rose yg kuat manis?..... apa pun terimakasih kerana resepi yang senang ni.... dan kak rose mintak izin nak mengopi resepinya kat sini.....

COKLAT CHIP MUFFIN
  • 250gm tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 175gm gula
  • 150gm coklat cip
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak
  • 1 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  1. gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
  2. gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
  3. letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka (jun x isi ni). bakar selama 20min.
mari kita layan cokelat chip muffin dengan teh panas2.....

Wednesday, November 3, 2010

Roast chicken.... again

salam semua.... dah makan tengahari? aik, tanya macam nak ajak makan jer? oh... no problem punya..... ari ni buat lagi sekali roast chicken ni sbb yang buat ari tu anakanda belum balik dari kolej.... so dia cuma tengok dlm blog mama jer. kali ni buat sebelum anak balik semuala ke KMPK pada ahad ni.... makan dengan mash potato dan coleslow.... tp hampeh sekali lagi, pagi ni g tesco cari kubis yang kaler pepel tu masih x de, x koser nak cari tempat lain..... jadi lah coleslow tu pucat lagi..... hu hu hu.... mash potato tu kak rose cuba resepi dari sini.... masih ya wana kak rose copy resepinya....

Resepi Kentang Putar ( Mashed Potato)

6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
sedikit daun bawang (di potong2)
sedikit lada sulah dan garam

Cara membuatnnya

1. Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
2. Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.
3. Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan.


tamak meal.... roasted chicken, mash potato, coleslow n salad tomato n zucchini (camner la x gumuks kan?)

hidangan tengahari kami 3 beranak..... budget nyer! x sampai pun 20 hinggit. kalau makan kat luar maunya baru dapat sepinggan.... huh! kedekeut kan? x lah.... itu namanya berjimat!

extra salad untuk munchy2 cam kamben!

Tuesday, November 2, 2010

Lunch semalam....

salam semua.... entry tertunggak sebab kemalasan tahap gaban.... dah amik gambo suma tp malas nak wat entry... mengcrop dan resize suma gambo tu.... walaupun masak yg besa2 je... (actually hari2 pun masak yang besa2 jer) tapi nak jugak tepek kat sini. udang goreng celup tepung resepi amik dirumah hana dan penah kak rose tepek resepinya..... leh tengok sini ya.....

ikan bawal goreng .... permintaan abang nak makan dengan sambal kicap jawa tu.... penah ke orang buat cenggini? apa kisah, asalkan sedap ditekak kita udah ler...... ok gak makan dengan nasi panas2.....

sayur goreng sempoi, pelengkap menu untuk lunch semalam....

Monday, November 1, 2010

Terima kasih kawan2

terima kasih bebanyak. itulah ucapan yang kak rose ucapkan kepada kawan yang sudi datang bergader2 dirumah pada hari sabtu lepas.... walaupun memasing terlewat sampai kerana berbagai urusan tetapi sangat2 kak rose hargai pertemuan ini..... memang dah lama merancang nak adakan gader2 macam ni..... terimakasih sangat2 dengan adanya kemudahan fb yang berjaya menemukan semula kawan yang telah terpisah begitu lama... dan yang x dapat hadir pada gader2 kali ni, muga hubungan yang ada akan dapat menemukan kita satu hari nanti...

setelah bertahun terpisah, memula tengok gambar kat fb je.... tp bila dah jumpa yang sebenarnya memasing dah banyak berubah.... bertambah sihat sesuai dengan pertambahan usia.... (ayat cover ni....) x gitu kawan2? (ampunnnn..... matilah lepas ni derang mesti x nak jumpa kak rose lagik... mulut x de insurance!)

apa pun sekali terima kasih bebanyak pada balkiah, ana, apid, nor n kak pah.... jangan serik nak gader2 lagi..... pertemuan yang sooooo hilarious bile bercerita kisah2 lama semasa sesama keja kat bnm..... kepada semua, kak rose masih tersenyum sedirian masa menaip kisah ni.... how can I forget all those pecah perut moments.....

antara menu yang kak rose sediakan untuk gader2 ni.....

nasi minyak hujan panas

ayam masak merah

gulai kurma daging

jelatah perantauan

nasi untuk jamu kawan2 yang datang..... puding roti marble n air orange sunquick

dessert dan kuih muih..... puding roti marble yang sedap. karipap sayur, pengat pisang dan puding koktel disediakan oleh kak pah.

sayang sekali buah tangan yang dibawa oleh kawan2 x ingat nak amik gambo sbb leka bercerita dan gelak sakan...... 2 bucket ayam kfc dibawa oleh cik balkiah, apam cokelat yang sedap oleh nor dan puding sagu buah tangan apid... sori ya kengkawan.... x de gamba nak tepek kat sini buat kenangan gathering kita hari tu.

Pancake

salam semua..... ari ni pepagi dah sangat rajin wat bekpes. cewaaah... rajin la tu sebab dah kehabisan roti yang terlupa nak beli semalam.... so pagi ni kenalah pk nak makan apa.... so pepagi lagi dah ngadap pc cari resepi pancake senang ni.... walaupun tak de pan macam kak lieza tu punya, tetap lah sedap pancake ku itew.... makan dengan madu n nescafe panas2..... anak dengan hubby pulak suka makan dengan strawberry jam. mai kita tengok resepinya yang kak rose amik dari rumah kak Liza, dan kak rose penah tepek dulu kat sini.....

PANCAKE

Bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1/2 sk garam
1 biji telur A atau B
1 cawan susu segar
3 sudu besar minyak

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukul gunakan whisker. [Boleh gunakan blender]
2. Tapiskan.
3. Sendukkan dalam Artnova Pot. [Jika gunakan non-stik pan titiskan sedikit minyak]
4. Tutup pot atau non-stik pan. Masakkan 3-4 minit.
5. Hidangkan dengan madu atau aiskerim atau coklat cair.

P/s: kak rose ikut nor nyer cara guna 2 pan untuk pancake ni. cepat siap! tq nor for the idea...