Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, January 8, 2017

Unifi sekali lagi....

 Asalamualaikum dan selamat berhari minggu buat kawan2 semua... semuga semua dalam lindungan Allah jua hendaknya... dan Alhamdulillah jugak buat kak rose, slowly settled down ditempat baru... berkemas sikit2 mana yang terdaya... buat yang mana rasa nak diperlukan atau digunakan dulu... yang kurang penting tu biar jer dulu betapa dalam kotak.... since pindah ke shah alam pada hari jumaat dan pas tu hujung minggu bersambung pulak dengan cuti tahun baru, so segala urusan tertangguh lah jugak... macam nak pasang unifi ni... tiga hari lepas apply baru dapat allocation untuk pemasangan... kena tunggu jugaklah kan, sabo je. tapi yang jadi tak menyabo tu sbb katanya nak datang tengahari ie pukul 12.30 cam tu... tunggu punya tunggu... punya tunggu pukul 3 lebih baru depa sampai.... dan yang paling malangnya... contact no yang dibagi tu dah tak de dalam perkhidmatan! memanglah nak kena complaint kan.

 nasib baik lah dalam rumah ni semua infra dah tersedia ada... so derang ni tak perlu nak drill lubang dan tarik cable dari tiang dibelakang rumah tu... macam yang pertama kali install dulu memang amik masa yang lama. kira cepat jugaklah masa buat installation ni... lebih kurang satu jam dah siap dengan programkan sekali... tapi tengoklah punya cincai derang ni punya kerja... asalkan pasang dan biarkah jer semua peralatan tu berterabur depan tv cam tu!.... house keeping mmg tak de langsung.... so tukang bayolah yang kena buat sendiri...

yang ni nampak dah teratur sikit, kak rose dah betulkan mana yang boleh... nak susun elok2 dalam kabinet tu memang tidak lerrrr... kang ada tangan yang terbelit wayer dan keras kejung kat situ pulak!!! bila en asben balik kerja, barulah dia buat elok2 tersusun dalam kabinet. welcome to our household lah UniFi Advance Plan 30Mbps, masa kat Penang cuma dapat guna Streamyx 2Mbps jer sbb kawasan heritage dan jugak flood prone area katanya...  boleh bayangkan betapa siputtttt nya intenet masa tu tak? sebab sebelum tu dah guna UniFi VIP10, pas tu balik kepada streamyx yang siput tu.... kena banyak2 bersabarrr jer. dan kini bolehlah berintenet sampai muntah ijo lah gamaknya!

3 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Ohhhh kakrose pindah semula ke shah alam balik ye..
Boleh lah meneruskan aktiviti hari jumaat surah kahfi tu..

Kak Rose said...

Ya Yatie, happy dapat jumpa kawan2 di majlis tu Jumaat lepas...

Warisan Petani said...

Wah line lajulah lepas ni.