Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, January 12, 2017

Spiral pasta sup

 bila datang kemalasan nak masak tapi nak makan... ni la jadinya... lebur jer semua dalam tu dah siap satu menu complete buat orang macam kak rose yang punya baaaaanyak sangat vit m tu. cepat dimasak sedap dimakan... hihi. untuk kami berdua, sepeket spiral pasta ni boleh buat dua tiga kali masak gamaknya... kak rose suka less pasta tapi sayur2 yang lebih.... banyakkkk.

untuk sup ni kak rose tak de sukatan resepi yang exact... cuma main masuk jer semua, buh la apa pun asalkan sedap pada cita rasa sendiri kan...

kak rose kongsikan bahan2nya ya..

spiral pasta - direbus
fillet ayam - potong kecik2
sedikit sawi
carrot - potong munger2 bagi cantik
taugeh
cili merah
bawang merah dan putih
kuib ayam maggi
air secukupnya

Cara:

tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi
masukkan fillet ayam, tumiskan hingga ayam bertukar warna
tambahkan air dan masukkan carrot
biarkan mendidih, masukkan juga kiub ayam
perasakan garamnya jika perlu sbb kiub ayam tu dah masin
masukkan daun sawi dan cili merah tadi dan padamkan api
akhir sekali masukkan tauge.... dah siap!

bubuh pasta dalam pinggan dan curahkan kuah tadi diatasnya
boleh lah hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup---> kak rose x dak!
kalau nak umpphhh lagi, makan lah dengan sambal kicap
makan hangat2... bepoloh2 wa cakap luuuu!


4 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

teringat masa kecik2 dulu mak sy suka buat sup pasta macaroni

Adam said...

Tak lembik ke pasta tu direbus dulu?

Phong Hong said...

Sedap juga makan macam ni. Nenek PH dulu suka letak makaroni dengan sup ayam.