Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, January 24, 2017

Kerabu daun selom

 kerabu daun selom yang dipetik fresh from the garden di depan rumah mak dikampung.  jarang dapat makan kerabu dengan daun yang sangat fresh baru dipetik... bukan jarang but almost tak pernah kot! tapi kali ni memang dapat merasa ulam2 yang sangat fresh ni... dicampur pulak dengan tauge dan kelapa fresh yang disangai tu memang umphhhh sangat.

 
 daun selom yang baru kak rose kutip dari kebun mak, even cili api pun baru petik dari pokok disekliling kawasan yang sama... tangan mak memang menjadi kalau tanam apa pun.. so dapatlah merasa hasilnya yang fresh..

 so ni lah hasilnya... kerabu daun selom campur tauge yang dimasak oleh adik dikampung...

daun selom - hiris halus 
10 sen taugeh- buang ekornya (kak rose suka banyak2 tauge)
1/2 cawan kelapa putih- disangrai sedikit hingga kering dan wangi. (jangan sampai perang)
1 tangkai cili merah dihiris 
**5 biji cili padi (kak rose bubuh dua biji jer pun dah pedas!)
**1 batang serai
** 3-4 ulas bawang merah
**segenggam ikan bilis dibersihkan (kak rose ganti dengan udang kering)
***kisar / tumbuk halus semua bahan bertanda **
1 biji limau nipis saiz besar-diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Perahkan jus limau nipis. Boleh tambah kalau suka lebih masam. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.
2. Sedia dihidang.
*** taugeh boleh juga diganti dengan bunga kantan atau ditambah kacang panjang yang dihiris halus... sedap juga...

4 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer...

Gee® said...

Sedapnya daun selom..tanam tp tak hidup... selera makan nasi berulam daun selom sama sambal belacan...nyum2x

Phong Hong said...

Oh sedapnya! PH sangat2 suka kerabu daun selom. Dulu selalu makan kat gerai nasi campur.

Ogy said...

Cantik dan segar sayur selomnya...rangup2 taugeh,mmmmm..saya kalau nak makan selom kena beli le.tanam tak mau hidup.walau tinggal dikampung