Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, January 13, 2017

Ayam goreng kunyit dengan bendi

wah!!! panjangnya nama menu ayam goreng ni... kita yang buat dia kan... dan masak pun dengan apa yang ada dalam fridge... terus sekali masuk dalam tu... sedap pulak meratah bendi tu, krup krap rapuh gitu. dan bila masak cam ni dah tak perlukan sayur lagi, cuma nak menu yang ada kuah la pulak... so kak rose yang rajin ni pun masak asam pedas ikan selayang juga campur dengan bendi.. dah jadi semua menu bendi pulak la jadinya.. tak kisah la kan... kita yang buat dan sendiri nak makan!

resepi ayam kunyit dari blog CMG... tapi kak rose memandai tambah situ sinun dan kak rose lebih suka goreng dulu ayam tu... hihi... jangan marah ya Mat sbb dah derhakakan resepi ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
 
500 gram dada ayam atau mana bahagian ayam yang anda suka
1/2 camca teh garam*
2 inci kunyit hidup*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*ditumbuk halus)
4 tangkai kacang panjang (kak rose gantikan dengan bendi)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 ulas, bawang putih, hiris
1 biji cili hijau, potong kasar
1 biji cili merah, potong kasar
Sos ikan secukup rasa
1/2 camca teh gula (optional)
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dada ayam dihiris memanjang, cuci dan toskan (che mat guna dada ayam tanpa tulang). Gaul dengan bahan2 bertanda (*), dan perap 30 minit, simpan dalam peti sejuk. Kacang panjang dikerat pendek, cuci dan toskan. Ketepikan/
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar). Tumis bawang putih hingga harum, masukkan ayam yang diperap tadi. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga isi ayam berubah warna.
  3. Masukkan bawang besar, cili hijau, cili merah dan kacang panjang. Kacau rata dan masak hingga semua lembut. Masukkan gula, jika suka dan perasakan dengan sos ikan secukupnya. Kacau rata dan masak sekejap. Boleh matikan api, hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.
 

4 comments:

adda syuhada said...

Sedap kak Rose,,,

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ogy said...

Sedap makan nasi lauk begini,rengkas,mudah.saya suka jika dicampur dgn kacang panjang.rangup rangup manis.terimakasih kak ros atas perkongsian resepi..semoga allah merahmati kehidupan kak ros...aminnn

Phong Hong said...

Sedap! PH suka kalau masak sayur dengan ayam sekali. Senang, two in one :)