Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, September 6, 2016

Tom yam paste

 pes tom yam yang kak rose buat beberapa hari lepas.... bila teringat nak makan tomyam mula lah teringat kan paste yang pernah buat dulu, sedap lah ditekak kak rose instead of yang beli tu super duper pedasnya... makan sambil menjejeh air mata dan air hidung jugak dek kepedasan... jadi yang terbaik adalah yang kita buat sendiri, ikut citarasa tekak sendiri barulah ngam nak buat juadah apapun dengan menggunakan paste ni... jom tengok bahan2 dan resepinya..

Bahan-bahannya:

2 biji bawang besar
4 biji cili merah
10 biji cili kering
2 inci lengkuas
4 batang serai
2 sudu udang kering
6 helai daun limau purut
2 inci belacan (dibakar) (kak rose gantikan dengan 2 kiub pati ikan bilis)
air asam jawa, gula & garam


bahan dah ready untuk diblend...
 
Cara-caranya:

1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.

2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.

3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak n menjadi pes.

4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan.  

 
dah siap pun sebotol paste tomyam yang sedap nih... nanti kak rose kongsikan resepi spiral pasta goreng menggunakan paste ni... sedap!