Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, September 4, 2016

Bunga kubis goreng

 sayur yang kak rose masak hari jumaat lepas... maklumlah masak seminggu sekali jer... tu yang holland peas tu pun dah bertukar kaler dek lama terperap dalam fridge. soping hari minggu dan next friday baru nak masak.... merajuk lah dia pun kan. nasib baik jer masih rangup krup krap walaupun kalernya dah tak hijau gitu. memang kena beli sayur2 yang boleh tahan lama macam cauliflower dan carrot... kena fikir banyak kali kalau nak beli sayur yang berdaun.... barulah tak membazir kan!

dan untuk tak nak membazir, kenalah abeskan apa yang ada dalan fridge, masuk suma dalam sayur ni biar meriah gitu!

kalau nak ikut resepi sebagai panduan, meh kak rose kongsikan....

Bahan Bahan
1/2 kg kobis bunga (kak rose cuma guna 3 floret je)
1 batang lobak merah
1 batang daun bawang
1 batang daun sup
1 batang cili merah 
segenggam holland peas - yg ni kak rose tambah

Bahan Tumis
1/2 cawan hirisan ayam (kak rose gantikan dengan udang)                                                                      3-4 biji bawang merah (dimayang)
1-2 ulas bawang putih (dimayang)
2-3 sudu besar sos lada hitam
2-3 sudu besar sos tiram
1-2 cawan air
sedikit garam dan lada hitam
2-3 sudu besar minyak masak

Cara-cara
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih hingga terbit bau. masukkan udang, goreng sebentar.
2. Masukan sos lada hitam, sos tiram dan sedikit air.
3. Masukan garam dan lada hitam, renih sebentar hingga hampir mendidih.
4. Masukan lobak merah, kobis bunga dan cili merah tambahkan air jika perlu, renih dan kacau hingga lobak merah dan kobis bunga hampir lembut dan masukan daun sup dan daun bawang, renih selama 1-2 saat sebelum menutup api.. hidangkan sewaktu masih panas.



2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Meriah K Rose.. ratah begitu jer habis semangkuk ( kalau sy laaa)

nursarah puteri said...

sedapnyaaaaa