Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, September 1, 2016

Apam karamel tanpa telor

 Asalamualaikum dan salam pagi khamis diawal september... lajunya time flies kan dan kini kita dah berada pada suku terakhir tahun 2016... rasanya baru saja sambut tahun baru, tapi kini dalam masa 4 bulan jer lagi kita akan sekali lagi sambut tahun baru.... dan baru semalam kita sambut kemerdekaan yang ke 59 tahun malaysia... merdeka kah kita? terpulang pada kita punya interpretation lah kan... jom lah merdekakan diri dengan menikmati apam karamel tanpa telor ni.... bila tengok kali terakhir kak rose buat apam ni ialah hari merdeka tahun lepas... kira dah setahun tak menikmati apa ni... patut pun sedap jer makan... meh la tengok resepinya...

Bahan-bahan

1 cawan gula
¾ cawan air
*** masukkan gula dalam periuk, masak hingga jadi caramel (warna bertukar keperangan) lalu masukkan air. Kacau perlahan hingga sebati.
Tutup api dan sejukkan. (hati-hati semasa masukkan air. 

Gula caramel tadi akan terpercik semasa air dituang dalam periuk)

Bahan-bahan


1½ cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
½ sudu kecil soda bikarbonat*
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar minyak

Cara penyediannya


1 Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat (*) dalam bekas besar.
2 Masukkan gula, caramel yang dah disejukkan tadi, susu pekat manis kacau rata.
3 Kemudian masukkan minyak, kacau rata lagi hingga kesemua sebati
4 Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan dan kukus selama 15minit.
Sedia dihidangkan…

2 comments:

adda syuhada said...

nanti nak buat gakla..hehe

cahayahidupku.blogspot.my said...

Nak cubalah kak rose..
tak da telur tu..