Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, April 1, 2014

Siew pak choy dalam sos tiram

 lama sungguh tak makan sayur ni... camner nak masak sayur kalau nasik pun malas nak  masak kan... tapi semalam tersangatlah merajinkan diri memasak walaupun air tak ade....sudahnya menyusahkan diri sendiri jer bila nak basuh pinggan pun terpaksa amik air dari bilik air! tapi yang bestnya dapat makan nasi, siap bertambah2 lagi tu!

 resepi sayur ni kak rose amik dari dapur hana, dan kak rose kongsikan kat sini lak ya....mudah sangat nak buatnya... celur n curah kuah tu. dah siap dan boleh lah dingap!

Bahan-bahan
  • seikat sayur siew pak choy (k rose guna 4 pokok)
  • 4-5 sudu mkn sos tiram
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • seinci halia - cincang
  • air sedikit
  • serbuk perisa@gula - jika suka
  • tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah
  • bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan
Cara-cara

  • sayur jgn potong dulu... panaskan air. celur ngan btg2 skali. (kak rose potong dulu baru celur)
  • angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
  • panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
  • masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.
  • didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
  • hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap! (tak dak stok!)

4 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Emmmm sedapnya kak rose :)

Bicara Kak Noor said...

amboi kak rose siap berbunga2 lagi pak choii tu sayang je nak makan ..

diana said...

hiasan nya macam lauk pengantin..heheh

Norma NML said...

Kalau sayur pun potong dulu b4 celur takut nti basuh x bersih :)