Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, April 9, 2014

Brokoli bawang putih

 sayur pebret yang simple dimple ni untuk hidangan meja tetamu pengantin hari ahad lepas....konon nak la berhias macam orang buat hidangan pengantin yang cantik2 tu, tapi keras tangan kak rose ni sajala yang boleh buat... apa pun harap emma suka dengan hiasan yang simple cam ni... buat untuk lima hidangan bersama dengan ayam panggang halia, udang n ikan siakap 3 rasa....berpoloh2 kak rose nak siapkan!


 resepi brokoli bawang putih kak rose cnp dari sini....mekasih share ya.

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam


Cara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan.
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang. 

2 comments:

nasa mulia said...

salam, ok tu nanti cantik sangat orang sayang dan tak makan...dah rugi makan sayur yang banyak khasiat.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Saya masak brokoli stiew hari ahad itu hari kak rose..
Dah cantiklah kak rose hiasan tu :)