Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, April 2, 2014

Apam gula melaka

 apam gula melaka yang sempoi untuk permulaan dibulan April.... walaupun hari ni dah 2hb, cepatnya masa berlalu.... 1st quarter of 2014 dah pun berlalu dan dengan harapan bulan2 yang mendatang akan lebih baik buat kita semua.... dan kak rose berharap vit r akan sentiasa ade untuk nak mengupdate dapur masak2 ni walaupun dengan cerita yang merapu meraban....

 tapi hari ni nak kongsikan kuih apam sempoi yang kak rose buat petang semalam.... lama x buat apam yang cenggini, x sedar dah nak abes sepiring!. sedap dengan kelapa tua yang ade dalam stok... belasah jer dengan kehitam2annya! meh nak kongsikan resepinya...mekasih Nor SG dan Che'Iza Myr.

APAM GULA MELAKA

* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus ~ k.nor guna campuran nisan & gula merah
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam

Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

* gula pasir sebanyak 3 sudu dlm adunan tu K.Nor skip sbb dah cukup rasa manis dr nisan dan gula merah.

4 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya kak rose..
Bila puasa ni tengok apam ni pun boleh terliur kak rose hahahha :)

Kak Rose said...

bila lapo nampak apa pun sedap Yati.

HomeKreation said...

Aslmkm KakRose. Sedap ni buat tuk bekfes tapi nak peram tu yg malas sikit.

Cendana Kasih said...

salam kak rose, sedapnyer apam...meh pos sini dua tiga bijik..nk buat takbleh sbb sini takde air...huhuhu...