Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, April 11, 2014

Kuih lapis seri wangi

 Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari....baru balik dari aktiviti hari jumaat kak rose, bacaan surah Al-Khafi kat rumah jiran setaman, terus terrr rajin nak mengupdate rumah ni. kuih lapis seri wangi yang kak rose buat untuk buah tangan majlis tadi... ternampak kecantikan kuih ni berposing kat blog DjDayang Jack dan Yatiememories teruslah terasa nak mencubanya.... dan Alhamdullilah menjadi dan sedap lak tu.... cuma kejadiannya x lah secantik sifu2 masak tu punya.... tapi tetap cantik dimata kak rose yg sangat amatur nih!

 terima kasih pada anda berdua kerana kongsi resepinya dan izinkan kak rose tepek kat sini lak ya...

Bahan-bahan (loyang 8 inci)

Bahan A

  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tpng jagung
  • 1 sk garam
  • 2 cwn santan pekat
Bahan B
  • 1 1/4 cwn gula pasir
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 2 helai daun pandan-di simpul
Bahan C
  • 3 sb rata serbuk koko*
  • 4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je)
  • pewarna hijau, perisa pandan
Cara-cara.
  1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
  2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
  3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
  5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
  6. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
  7. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
  8. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
  9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
  10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
  11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya. Selamat Mencuba.

10 comments:

nasa mulia said...

Kak, ini macam lapis merah putih jgak kan cuma tukar perasa dia ye.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Yeahhh blh try nnt
Just flavors jer tukaq
Sedappp

Kak Rose said...

nasa mulia, x pasti la pulak...tapi apa salahnya mencuba kan?

Kak Rose said...

L@dy @yu selamat mencuba ya.

Bbwana adienia said...

salam kak rose..

sedapnya..lama x buat kuih lapis ni..

Yatie said...

dah kira cantik sangatlah ni K.Rose kuihnya...kemas je potongannya...

IeRA said...

salam..

sedapnya

Kak Rose said...

BBwana, sesekali buat kuih talam sedap gak.

Kak Rose said...

Yatie, mmg puas hati sangat buat tukang masak amatur cam kak rose ni. he he he

Kak Rose said...

IeRa, mmg sedap n x muak.