Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, April 17, 2014

Apam kampung perisa ros

 sedar tak sedar kak rose memang sangat suka makan apam.... apa jenis apam pun semua boleh masuk sampai badan pun dah kembang jadi cam apam. baru ni buat apam kampung gula merah dan bila nampak yang perisa ros ni pun nak jugak mencuba. terima kasih Yatie yang mempelbagaikan perisa pada apam ni... selain cicah dengan kelapa, kak rose makan cicah dengan kaya pun sedap sbb adunan ni kurang manis pada kak rose ler.... atau kak rose yg kuat manis agaknya?

kak rose kongsikan resepinya kat sini lak, mekasih ya Yatie... tp kejadian apam kak rose mmg kurenggg kaler!

Bahan A

  • 2 sudu kecil rata yis mauripan
  • 1/4 cwn air suam
  • 1 sudu kecil gula halus
Bahan B
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1 1/4 cawan air
  • secubit garam 
  • 1 sudu kecil perisa ros/sirap
  • 1 sudu kecil pewarna merah
Cara-Cara
  1. Satukan bahan A, kacau rata dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Satukan bahan B dlm mangkuk besar dan gaul rata.
  3. Masukkan bahan A tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1/2 jam.
  4. Lenserkan loyang  9x9x3 inci dngn sedikit minyak, gaulkan lagi adunan tadi sebati dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 1/2 jam lagi. Kukus adunan selama 40 minit.
  5. Biarkan kuih  betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
  6. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.
 ##kak rose guna acuan lompang, kukus 15 minits dan ikut tips yang kat bawah ni.

**Selalunya saya gaul sebati adunan, kemudian perap 1/2 jam. Setelah setengah  jam, saya gaul rata lagi, barulah tuang dlm loyang yg telah di gris minyak. Saya perapkan lagi dlm 1/2 jam dan terus kukus dlm 40 minit. Saya buat mcm ni supaya apam ni naik cantik dan halus je texture nya. Kalau kita terus tuang kat loyang dan perap, kemudian kukus...apam naik tinggi tapi texture nya kasar. Terpulang pd selera masing2 ya.
** Jangan biarkan adunan apam terlebih naik, nnti apam rasa masam dan menurun bila di kukus. Kalau nak apam naik tinggi sikit, guna loyang 8 inci utk adunan ni. 

7 comments:

nasa mulia said...

Salam...apam rose yang buatnya pun nama rose, it's wonderful life with roses...hehehe gura2 jer kak rose jgn marah.

joceline lyn said...

Kak Rose, Thanks your good recipe. I try it before & like too much.
Thank you very much.


from, joceline

joceline lyn said...

Kak Rose, Thanks your good recipe. I try it before & like too much.
Thank you very much.


from, joceline

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

sekali sekala pekenan apam kampung ni memang sedap kak rose :)

Tina Othman said...

salam kak rose

saya pun peminat apam, tgk apam rose ni alahai terliur pulak

Zalinah Basir said...

sedapnya... dah lama tak buat apam

tun_telani said...

Salam kak ros.. sesapnyer... tun panggil apam gandum.. kalau tun, mmg letak kelapa byk2 la.