Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 1, 2013

Gulai ayam dan pisang muda berempah

 Asalamualaikum dan selamat berjumpa lagi didapur alam maya ini, cepatnya masa berlalu kan, dan kini kita sudah berada dithird quarter of 2013...apa yang dah dicapai sepanjang tahun ni dan apa harapan dihari2 yang bakal mendatang... buat kak rose cuma berharap diberikan kesihatan yang baik dan sejahtera disepanjang menjalani kehidupan ini. terima kasih Allah yang masih memberikan kesempatan untuk berada disini lagi... dan masih diberikan kesempatan untuk masak2 buat hidangan keluarga dan mengupdate blog yang dah hampir menjelang empat tahun usianya...

 dan hari ni kak rose masak gulai ayam bersama pisang muda...sebenarnya nilah pokok pisang yang kak rose tanam depan rumah ni dah tumbang dengan buah pisang yang masih putik.... seharian x de kat rumah sbb menemankan busu kat hospital, dan en somi pulak g keja, bila balik tengok pokok pisang ni dah tersembam ketanah....nasib baik keta busu paking kat sepital, kalau tidak naya je kan.... is a blessing in disguise la kiranya kan, dan pisang muda ni pun dah jadi gulai....

 resepi kak rose copy dari rumah Yatie yang asal resepi dari rumah CMG. mekasih sharekan resepi ni...sedap meratah gulai pisang muda ni... meh kak rose tepek resepinya kat sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 sisir pisang sayur muda
  • 1/2 ekor ayam-potong kecil
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun kunyit, disiat
  • 300 ml pati santan
  • 1 liter santan cair
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam (jika perlu) dan gula secukup rasa
  • 1 camca besar penuh kerisik
  • 1 camca teh serbuk lada hitam kasar
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas (kak rose x letak...x de stok)
  • 1 inci kunyit hidup (yg ade kunyit serbuk jer)
  • 5 tangkai cili merah (guna 3 cili merah + 2 biji cili api)
  • 2 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
  • Secubit belacan (x letak tp lebihkan udang kering)
  • 3 biji buah keras
  • 1 camca besar ketumbar biji
  • 1 camca teh jintan kasar
  • 1 camca teh jintan halus
 tu dia.... seperiuk gulai pisang muda tengah melegak atas dapo!.
 actually cuma 6 biji jer pun, campur ayam dah jadi banyak lak!

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dikupas sedikit kulitnya, hiris sederhana tebal dan rendam dalam air yang di letak 1 keping asam gelugor. Cuci dan toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan pisang tadi dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk toskan.
  3. Sementara itu dlm periuk lain panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar. Masukkan serai yg dititik.Tumis sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan ayam yg dipotong kecil, santan cair dan masak hingga separuh masak.
  5. Masukkan pisang yg telah direbus tadi dan gaul rata.
  6. Masukkan asam keping, daun kunyit, kerisik, gula dan garam. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
  7. Perasakan, jika dah cukup rasa tutup api, angkat dan bolehlah dihidangkan bersama lauk kegemaran.
 
sedap meratah sampai kenyang....w/o nasik...petang nnti baru nak masak nasiknya...

4 comments:

D Yatie said...

Wa.. nampak sedap.. teringin lak rs nak buat..

As RieYa said...

Dh try resepi ni...sdap sgt...tq kongsi resepi..

Anonymous said...

UISH SEDAPLAH SANGAT..BUSUK

SAYHAH said...

GAMBAR MENARIK TERTARIK KAU MEMANG DEBOMMM!!