Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 29, 2013

Puding roti cinnamon

buat puding roti ni untuk minum aka dinner petang semalam....memang dinner sangat jarang amik nasi, so kira minum petang punya menu jadilah dinner sbb makan pun dah after solat maghrib... amik light dinner tp kekadang tu ade supper pulak, aci tak? sendiri mau ingat la...


resepi puding roti ni kak rose amik dari Myr oleh  hana yang dah menyepi, bizi bebenor jadi cikgu sekarang ni ya...x pe la, asalkan blog masakan nya masih boleh jadi rujukkan kak rose yang cuma tau nak kopi resepi jer.... mekasih ya cikgu.

Bahan-bahan ( 6 biji acuan muffin yg besar )

  • 3-4 keping roti (kak rose guna 4 keping)
  • 200ml susu segar
  • 2 biji telur (size M)
  • 21/2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil cinnamon powder
  • 2 sudu besar kismis ( x de kak rose x letak lo...)
  • 1 sudu besar mentega/marjerin - cairkan
  • esen vanilla
  • chocolate syrup Hershey's -optional ( x de la)
  • (kak rose tambah chocolate rice )

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula sampai kembang. Masukkan marjerin/mentega n susu. Gaul rata.
  2. Masukkan cinnamon powder n esen vanilla.Kacau sebati.
  3. Carik2kan roti ke dalam adunan. Tenggelamkan roti2 tuh sampai basah semua.
  4. Masukkan kismis...gaul lagi.
  5. Panaskan oven.Tuang adunan roti td dlm acuan muffin yg dh dilengser ngan myk/marjerin.Klu dlm loyang pun bleh.Gune loyang kecik jer coz adunan nih tk byk. Nk byk or famili besar kene double kan ingredient.
  6. Bakar hingga masak/kekuningan lebih kurang 10-15min. Bergantung kepada oven n keluasan acuan.
  7. Dah sejuk...bleh curahkan chocolate syrup Hershey's (nih versi my kids yg suka letak)...Klu gune loyang,dh potong br la curahkan syrup. Klu tk nk pun tkpe.Jd la cam puding roti yg biasa2 tuh....

1 comment:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Lapor sudah tengok puding roti kak rose ptg hari ni ;)