Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, October 23, 2013

Kueh kaswi berlesung pipit!


 ya, nak jugak tepek kat sini kuih kaswi yang dah lama jadi bahan kumbahan ni... mmg suka sangat kuih kaswi yang goyang2 cenggini. selalu buat terus saja kukus dalam loyang, tp kali ni kak rose buat dalam acuan kecik2, terus jadi pulak macam lompang, berlesung pipit manis gitu! apa lagi laju je la masuk molot bila dah bergaul dengan kelapa yang x berapa muda tu...


 kak rose tepek kat sini resepi mudah yang kak rose amik dari mesra.net.. dengan bahan2 yang pasti semua ada kat setiap dapo, meh buat kuih ni untuk minum petang nnti....

Bahan2

2 caw tepung gandum
1 caw tepung ubi
3/4 caw gula
1 caw gula merah
sedikit garam,
air kapur
5 caw air

cara

masak gula merah dan putih dengan sedikit air (part of 5 caw tadi), sejukkan.
satukan semua tepung, masukkan sedikit garam, air kapur, air gula dan juga baki air tadi...
kalau suka boleh bubuh sedikit kicap manis (untuk lebih hitam) kacau sebati dan tapiskan. kukuskan lebih kurang 45 minit dah siap....
salut dengan kelapa putih yang d campur sedikit garam...

12 comments:

Kakcik said...

pagi ni kakcik makan kuih kaswi free... :)

JaSSNaNi said...

Assalam kak rose.
lawa lesung pipit akak..
Kuih kaswi nmg sedap, nani pun suka sangat.

azieazah said...

Alamakkkk... terlior sangat dah ni....!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya kak rose... cantik lesung pipit tu ;)

fazianbatrisyia said...

sedapnya...sy suka sgt kuih ni.

Cendana Kasih said...

cantiknyer...

Kak Rose said...

Untung Kakcik, x yah nak bersilat kat dapo!

Kak Rose said...

Nani, teperanjat lak kaswi ada lesung pipit!

Kak Rose said...

Azie, suka kuih2 orang lama cenggini, buat pun mudah jer

Kak Rose said...

Yati, kalau buat lompang jarang lak nak jadinya lesung pipit tu....

Kak Rose said...

faziyan, kak rose pun suka kuih lama2 ni...

Kak Rose said...

Noorma, terjadi cantik lak!