Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, October 21, 2013

Bingka kelapa pandan

 lama x buat kuih mudah disediakan dan cepat dimakan ni.... kalau yang senang2 cenggini mmg sllu lah akan buat, yang penting sedap lak tu. lemak2 manis untuk menambahkan lemak yang mmg sedia dah banyak sangat kat badan ni... buat dalam acuan kecik2 macam ni lagi lah cepat dapat menikmatinya...(acuan tart yang x pernah terbuatnya!) makan masa hangat2 tu mmg best, lembut jer.

 baru keluar oben, lembut jer dan bertambah laju le nak ngapnya.... resepi asal dari Kak Wan, mekasih sudi kongsi resepi kuih bakar simple n sedap nih...

Bahan-bahan
  • 200gm kelapa parut putih
  • 80gm gula pasir
  • 150gm tepung pulut
  • 1 biji telur A - di pukul ringan
  • 4 sudu besar air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka
Cara-cara:
  1. Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata. Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
  2. Leser acuan baulu / cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.
  3. Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.

1 comment:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedap tengok tu kak rose.. boleh cuba resepi mudah jer tu ;)