Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 8, 2013

Spaghetti lagi...

 bila nak makan spaghetti, resepi mudah ni je yang kak rose ingat....yang penting bahan2 pun sedia ada. nak buat yang lain mmg x pandai dan bahan pun sllu x cukup, x pe lah asal dapat isi perut kira ok la tu kan...sendiri masak dan sendiri jugak kata sedap! apa ade kisah, janji kenyang perut! resepi asal dari CMG dan kak rose tepek kan kat sini lagi. mekasih ya Mat.

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti angel hari, rebus hingga lembut, gaul dengan minyak zaitun
1 genggam, udang kecik, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar pes tomyam (kak rose guna 1 kiub maggi tomyam)
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
1 biji tomato, cincang halus
2 helai daun limau purut
8 biji cili padi, cincang halus (guna 2 biji jer... pun dah pedas!)
Sos ikan secukup rasa (x suka...gantikan dengan garam jer)
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan ( x dak la)
Hirisan cili padi untuk hiasan
Belahan limau kasturi untuk hiasan (x de la pulak!)
 Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang merah dan tomato hingga layu dan tomato lembut. Masukkan cili padi cincang dan pes tomyam, kacau rata dan masak hingga rempah garing.
  2. Masukkan udang dan sedikit air. Bila udang berubah warna, masukkan spaghetti, gaul rata dan tambah sos ikan secukup rasa dan secubit gula. Gaul hingga mesra. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili padi. Perah jus limau kasturi sebelum dimakan, jika suka....

4 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Petang hari kak rose tayang spageti... udah lapor la teman tengok...

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum K.Rose,
Mcm ni punya tayang2.. berkali-kali pun Sham sudi..

P/s;
Dugaan betul mata yg memandang..

Shamsiah Abdul Rahman said...
This comment has been removed by the author.
Shamsiah Abdul Rahman said...
This comment has been removed by the author.