Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, October 10, 2013

Ikan siakap 3 rasa

 Asalamualaikum dan selamat tengahari kawan2 semua. dah bersedia nak masak apa hari ni.... meh kak rose kongsikan resepi ikan siakap masak tiga rasa ni untuk hidangan tengahari nanti. kalau x de ikan siakap, apa2 ikan pun boleh jugak, cuma kita buat kan kuah dia jer...pasti nanti bertambah2 nasik, itu kak rose ler...berebut2 dengan anak tang bahagian perut yang garing crispy tu...

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit.

 
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air

Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram

Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula.
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi.SIAP!

11 comments:

Gee® said...

Sedapnya siakap 3 rasa.... tapaw sikit!

Shamsiah Abdul Rahman said...

Subhanallah... banjir tu..

Norlia Mohd Yusoff said...

Terbaik la kak rose..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sama dgn saya, suka Sgt yg garing tu... Sedapnya tengok ikan kak rose tu ;)

Bbwana adienia said...

salam kak rose..

wah, seleranya saya tengok ikan 3 rasa tu..

Anonymous said...

x sedap

Reka Gemilang said...

Mane serai semua.. daun limau purut.. mcm tak complete je.. tepung jagung kalo lumur dgn ikan tu lagi best

Mohd Fakri said...

HAI...SAYA AMIK RESIPI TAU,TP TAK TRY LAGI..NAMPAK BEST..TQ2

Anonymous said...

nie 3 rasa versi koboi nie..haha

Anonymous said...

Dah try resipi....memang sedap. Terima kasih :)

Anonymous said...

Dh try byk kli rcepi ni,cik asben suka sgt. Sgt simple n.best..tq ea