Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, April 20, 2010

Terung sambal bilis kicap

Selamat tengahari semua nya.... dah lunch ke belum? ari ni kak rose duk rumah sorang2 je....jadi masak pun sangatlah simplenya....maklumlah untuk tekak kak rose sorang....dan masa g blogwalking terpandang resepi ni... terus je berkenan dan kebetulan semua bahan pun ada... dan tara.... ni dia sambal terung kak rose yang terlebih buh kicap kut.... tu yang jadi itam semacam jer....apa pun sedap sangat tapi buat pun sikit je....kak rose makan sekali ngadap je....ratah2 gitu....resepi amik kat teratak dayang jack yang pandai masak segala macam tu....tima kasih ya dan kak rose minta halal nak kopi resepinyer kat sini....

Bahan-bahan : hidangan utk 1-2 org.
  • 1 biji terung panjang (dipotong ikut suka)
  • segenggam ikan bilis *
  • 3 biji cili padi *
  • 3 biji bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 biji cili merah*
  • 1-2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
Cara-cara :
  1. Tumbuk atau kisar kasar bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk/kisar tadi hingga garing. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Biarkan ia mendidih.
  3. Masukkan terung dan kicap manis. Gaul2kan sehingga rata atau hingga terung lembik. (Boleh tambah garam jika perlu).
  4. Setelah masak, hidangkan panas2

2 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Salam Kak Ros....Watie suka juga dengan terung tapi Hubby tak suka sebab angin...kalau sambal tumis...anything dia belasah...dan stok ikan bilis memang tengah banyak ni...terasa nak buat sambal ikan bilis lah pulak!

Kak Rose said...

Tu la kalau kita nak masak kena fikir kesukaan sekeluarga jugak....tapi sesekali x salah kan...