Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, April 30, 2010

Angkara siapakah ini?

Selamat petang dan salam semua..... eee ari ni geram sungguh nengok pokok yang kak rose siram setiap hari dan baja tetiba jer jadi cenggini....pagi tadi semasa abang reverse kereta pokok ni masih subur tegak berdiri dan seperti biasa setiap pagi akan kak rose siram .... untuk pastikan tidak akan kekurangan air.....tetiba lebih kurang jam 4 petang tadi punyalah terperanjat tengok keadaan pokok cili ini.... dah terkulai layu....tapi tak de cacat celanya kat pokok tu.... mungkinkah kerana kencing kucing seperti kata jiran sebelah rumah kak rose tu....

pokok daun sup yang subur ni pun pernah jadi mangsa kucing tu....selama ni ak rose biarkan je dia lepak2 bawah kereta, menumpang teduh...tapi tengoklah apa dia dah buat pada pokok kesayangan kak rose ni.....

selepas beberapa lama dan kak rose dah bela semula, adalah sedikit tumbuh sikit tapi jauh dari keadaan asal
pokok serai dan halia serta kunyit pun pernah mengalami keadaan yang sama. pokok serai yang kak rose tanam ni dah kali yang ke 4, siap pagar semua barulah nampak tumbuh elok....kalaulah jiran kak rose tahu yang kak rose marahkan kucing dia....entahlah....

No comments: