Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, April 25, 2010

Kuih lapis cokelat

selamat malam semua..... ahhhhh dapur kak rose masih x siap lagi.....tapi oleh kerana teruja sangat nak merasa kuih lapis cokelat yang ditayang kat rumah azatie tu, kak rose pun curi2 masa buat ni..... konterktor tu siap cakap ....kakak, tak mau masak la....banyak abuk.... jadi masa diaorang berenti untuk lunch break, kak rose pun cepat2 bancuh dan kukus....nasib baik siap dalam masa 1 jam tu.... buat 1/2 adunan jer....jadi cepat jer siapnyer.... dapatlah kak rose merasa.... x lah ngences bila tengok kuih tu kat rumah atie.... kak rose guna cokelat emulco ....pucat je nampaknya.....mungkin kena letak banyak baru terserlah kaler dia....ishhhh tak pandai sungguh nak buatnya.... atie, tima kasih dan kak rose amik resepinyer ya....

Bahan-bahan:
1 1/2 cwn tepung gandum
2 sb rata tpng beras
2 sb rata tpng jagung
1 sk garam
1 cwn gula pasir}atie guna 3/4cwn je.
5 cwn santan
3 sb rata serbuk koko.}atie guna coklat emulco.
4 sb air suam utk bancuh koko.}


Cara-cara:
1. Satukan kesemua tepung didlm mangkuk.Masukkan garam dan gula pasir.
2. Masukkan pula santan dan gaul sebati.(saya masuk dlm blender kesemuanya)
3. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian biarkn warna asal dan satu lagi letak bancuhan koko.
4. Panaskan kukus dan balut penutupnya dngn kain.
5. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
6. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi.Masukkan adunan koko 1 senduk dan kukus selama 5 minit.
7. Setelah itu lapis pula adunan asal selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
8. Lapisan akhir sekali kukus selama 15 minit.
9. Bila dah siap, sejukkan selama 1 jam dan boleh di potong.

buat 1/2 adunan, dapatlah 2 mangkuk kecil ni....

2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.Rose..Alhamdllh xde la kempunan lg yer,okey la tue...nampak sedap!ha'ah klu buat laen kali blh tambah sikit lg coklat emulco..biar kaler dia 'meletop!'..hikhik

Kak Rose said...

ha.... dah x ngences lagi dah, tapi kaler tu kena tambah lagi bagi meletop x la pucat je kan...