Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, April 29, 2010

Murtabak mee segera maggi

huh akhirnya.... dapat jugak kak rose merasa nak makan murtabak maggi ni.... dah lah dapur masih x siap lagi.... dengan habuk segala.... x leh nak masaklah.... so petang ni bila dia orang dah balik barulah kak rose dapat mulakan projek nak buat murtabak ni.... kira ni untuk lunch dan dinner sekalilah.... tengok hana buat punyalah cun melecun tu yang teringin sangat nak makan tu.... tapi biasalah bila kak rose yang buat jadi sememeh semacam jer.... apa pun asalkan rasa nya ummmph ok la tu kan... kak rose ni tamak, buh telor sampai 4 biji tu yang daging dan segala condiments terus hilang tenggelam ....ramai dah buat ni dan izinkan kak rose nak copy resepi yang sedap ni.... terima kasih pd watie, mamfami juga hana

Bahan-bahan
  • 1 bungkus mee segera (hana & k.watie gune Maggi Kari)
  • 2 biji telur
  • 1 peket serbuk perisa mee segera
  • 2 atau 3 sudu besar daging cincang yg dh di goreng terlebih dahulu - hana goreng buh sos tiram n lada sulah sket
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu & kecil
  • 1 biji cili merah - dadukan halus
  • daun sup@daun bawang (kak rose gantikan denga batang celeri)

Cara-cara

  1. Rebuskan mee maggie sehingga kembang dan toskan airnya. Letak ketepi dahulu
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk bersama perisa maggie dan pukul hingga sebati. Masukkan inti karipap,cili merah,daun sup, daun bawang, mee maggie yg sudah direbus tadi dan gaul hingga sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak, tuang adunan dan gorengkan sehingga masak di dalam non-stick pan seperti membuat telur dadar.

4 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

Whoaaaaa! this murtabak is getting famous lor! Mintak cikitttt KakRose..:)

geraugebang said...

semua orang buat murtabak ni sekarang...macam musim murtabak lak...gerau belum sempat membuatnya...cam nerr ni..salam kenal dari gerau.

Kak Rose said...

yes famous dah murtabak ni, kalau Love yg buat di dapur baru yang tersangat cantik tu lagi lah tambah femes.....

Kak Rose said...

gerau gebang, salam kenal jugak....musim murtabak or musim kak rose malas nak masak.... he he he