Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, October 4, 2023

Tuesday, October 3, 2023

bubur kacang


BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1 cawan gula pasir*
2 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
1 liter santan segar
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 camca teh garam
Air secukupnya
Gula (tambah jika perlu)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kacang hijau hingga kembang (kalau guna periuk tekanan tak perlu rendam, cuma perlu rebus 5 - 7 minit atau ikut buku panduan periuk tekanan masing2). Masukkan daun pandan dan air gula tadi. Kacau dan masak hingga mendidih. Tambah air jika perlu.
  2. Tuang santan. Masukkan garam. kacau dan masak hingga mendidih, jika anda suka bubur kacang yang cair, boleh tambah sedikit lagi air dan biar mendidih. Rasa dan jika anda rasa kurang manis, anda bole tambah gula pasir. Masak sekejap lagi dan boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama roti atau biskut...sedap juga dimakan sejuk...hmmmm..

 

Monday, October 2, 2023

Sarapan pagi...

Bila ada sedikit rajin dan ada tukang makan, maka toast kena tunggu dulu lah.. meh le anak beranak makan nasi impit dengan kuah lodeh dan sambal tumis ni. cukup lah dengan dua dayang untuk nasi impit ni..
buah betik sebagai dayang jugak kan..
seperiuk kuah lodeh untuk kami anak beranak. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan.
 

Sunday, October 1, 2023

Masak lemak ciliapi daging salai+pucuk ubi

Selamat datang Oktober, muga vitamin r kak rose sentiasa ada untuk mengupdate dapo maya ni.. semakin lama semakin hilang dan payah sungguh unruk mencari jalan pulang... kerajinan yang dulu dah hilang ditelan laut dalam agaknya kan... meh kak rose kongsikan lauk lunch semalam eh, bulan lepas lah.. cepatnya masa berlalu kan... dan 2023 semakin hampir ke penghujungnya. semuga kita semua akan baik baik saja. Aamiin.

Bahan-bahan;
- Daging salai +- 250
- Serai 2 batang, diketuk sedikit 
- Cili api secukup pedas
- Kunyit hidup
- Santan kotak 200ml
- Sedikit air
- Pucuk ubi 
- Asam keping

Cara-cara penyediaan;
1- Daging salai dibilas lalu dihiris nipis.
2- Tumbuk cili api dan kunyit hidup
3- Masukkan santan, asam keping dan serai (dan ditambah sedikit air jika perlu).
4- Masakkan kuah dan kacau selalu untuk mengelakkan kuah meruap.
5- Apabila kuah telah mendidih, masukkan daging yang telah dihiris dan dikacau perlahan (selalu).
6- Masukkan pucuk ubi yang telah disiang serta dibilas bersih.
7- Perasakan dengan garam.
8- Apabila kuah dah masak dan daging dah lembut, boleh matikan api.

 

dan kak rose paling suka makan gulai lemak cili api yang tak pedas ni digandingkan dengan ikan masin. bertambah2 makan nasi!
 

Friday, September 29, 2023

Kaswi pandan gedik

buat lagi dan lagi... sedap dan mudah nak buatnya lagi pun bahan yang mudah semua ada didapo kan..

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi kayu
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu besar air kapur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau


Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan di atas. Kemudian, sapukan acuan dengan sedikit minyak.

2. Isi adunan sehingga penuh acuan dan kukus selama 15 minit.

3. Bila dah masak, biarkan kuih sehingga sejuk sebelum keluarkan daripada acuan.

4. Kukus kelapa parut untuk tahan lama dan tak mudah basi.

Sukatan di atas boleh dapat lebih kurang 24 biji kuih.

 

Thursday, September 28, 2023

Masak lemak cili api pucuk paku campur udang

fuhhh... panjang nya nama gulai lemak ni kan.. apa lah ada pada namakan, yang penting sodap gitu! lama sangat dah nak cari pucuk paku yang segar cenggini, so jom la kita masak lemak campur dengan udang.. lepas tu goreng ikan masin, walllahhhh sedapnya gandingan ni buat kak rose lah.. kak rose masak ni tak de lah nak sukat exact bahan2 tu, so ikut lah citarasa sendiri jer..


Rendam pucuk paku yang dah disiang dengan air garam. Bilas dan tapis. Tumbuk cili api dan kunyit hidup bersama garam. Dah siap tumbuk, masukkan dalam periuk dengan santan serta air secukupnya. 

Kak rose guna santan kotak.

Kemudian buka api dapur, didihkan santan baru masukkan udang. Bubuh sekeping asam keping dan akhir sekali masukkan pucuk paku. Tak payah lama sangat nanti sayur pucuk paku kurang rangup.
 
dah siappp... makan dengan nasi hangat2 lawankan dengan ikan masin goreng. sedap!

 

Wednesday, September 27, 2023

Sarapan di kampung

Sarapan kami semasa dikampung. nasi lemak seadanya... timun pun tak ade, tapi makan bertambah jugak!
bersama dayang pengiring yang ada... telo mata, bilis goreng, udang kecik salut tepung goreng garing dan sambal tumis leftover...
bertambah sedapnya bila ada dua kecik ni bersama kami di kampung... walaupun penat tapi hati sangat bahagia rasanya melihat keletah abang adik ni..
si abang posing dengan baju tido lagi nak g kebun nih!