Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, December 26, 2022

Nasi arab kabsah ayam

 Asalamualaikum dan salam penghujung December 2022...

dan ini lah entry pertama dibulan ni... dah nak sampai ke penghujung bulan ditahun 2022 dah... dan kerajinan untuk mengupdate dapo maya ni semakin hilang... seakan tersesat dan tak jumpa jalan pulang gitu lah agaknya.... apa kah ditahun baru nanti, dapo maya ni masih ada lagi, only time will tell...
tapi sebenarnya memang sayang nak tinggalkan begitu saja... dapo maya yang kak rose bina dari zero, dengan tersangat lah buta it, selalu menjengah dan menjelajah blog kawan2 yang aktif masa tu, menimba pengalaman dan mintak tunjuk ajar... kini semuanya dah macam tak berdaya nak bersaing dan aktif mengupdate lagi dah... memasing dah berpindah ke platform yang lain yang lebih hipster!
namun kak rose masih sayang dengan blog ni walaupun jarang mengupdate disini, masih jugak aktif di instagram yang lebih mudah nk update... yang kekadang tu banyak merapu meraban jer... kita punya account, suka lah nak bubuh apa pun kan..
untuk  entri terakhir sebelum menjelang tahun baru 2023, kak rose hidang nasi arab kabsah yang kak rose buat hari minggu ari tu.. sos harrah yang sedap dan resepi nasi arab tu boleh tengok kat sini ya.
salad sempoi untuk dayang nasik arab kabsah ayam
 

Saturday, November 12, 2022

Masak lemak pucuk ubi + udang


 

Bahan-bahan:
10-20 ekor udang
2 genggam pucuk ubi(dicelur)
1 inci kunyit hidup
1 kotak kecil santan
8 biji cili padi
2 batang serai diketuk
1 keping asam keping
Gula garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk kunyit hidup dan cili padi hingga halus.
  2. Satukan bahan tumbuk di dalam periuk dan masukkan santan, asam keping dan serai.
  3. Masak hingga mendidih, kacau selalu. Kemudian, masukkan udang dan pucuk ubi.
  4. Perasakan gula garam.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Thursday, November 10, 2022

Ikan siakap stim mudah


Bahan bahan:
1 ekor ikan Siakap - kelar
1 biji imau nipis - hiris hiasan (X de, kak rose guna limau kasturi)

Bahan Kuah:
1/2 biji bawang besar -hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2-3 tangkai cili padi - hiris
3 helai daun limau purut - carik
1 biji limau nipis - ambil jus
1-2 batang serai - potong serong
1 inci halia - hiris
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap
Garam 
Gula


Cara cara:
Masukkan sedikit dari bawang, halia dan serai untuk disumbat ke dalam perut ikan dan kukus selama 15-20 minit atau sehingga ikan masak. 

Tabur bahan bahan kuah ke atas ikan dan kukus beberapa minit lagi. 

Angkat dan hias dengan hirisan limau.

 

Wednesday, November 9, 2022

Sambal udang petai


RESEPI SAMBAL UDANG PETAI

BAHAN-BAHANNYA
20 ekor udang saiz besar, buang kulit dan tinggalkan ekornya, cuci dan toskan
4 papan petai, ambil isinya.
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 cawan jus asam jawa (atau ikut rasa)
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
sedikit sos tiram, sedikit ajinomoto kalau suka..

BAHAN KISAR HALUS
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara2:
1- tumis bahan kisar halus smpai naik bau
2- masukkan cili kering yang dah dikisar & air asam jawa
3- masukkan bawang besar yang dihiris-tunggu sampai layu sikit
4- then letak garam, gula, sos tiram & sedikit ajinomoto....
5- masukkan petai - biakan sekejap untuk rasa & bau petai masuk dalam sambal tapi jangan lama sangat nanti petai da tak rangup
6- masukkan udang. bila udang masak, angkat dan hidang bersama nasi panas..


 

Thursday, November 3, 2022

Ikan bawal tiga rasa


Bahan-bahan:-
1 ekor ikan bawal - bersihkan dan kelar. Lumur garam dan kunyit.

 
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air 


Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram


 Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan bawal tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula. masakkan juga bahan2 untuk kaler2 tadi
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi
 

Wednesday, November 2, 2022

Lemak pisang muda dengan ikan masin

 Bahan-bahan

  • Cara-cara

  • Pisang  disiat kulitnya dan dipotong serong. (Jika suka boleh masukkan kulit pisang sekali dalam masakan)
  • Masukkan semua bahan kisar bersama tulang ikan masin ke dalam periuk.
  • Seterusnya tuangkan santan dan masak hingga mendidih.
  • Selepas itu,masukkan pula pisang tadi dan serai yang telah diketuk ke dalamnya.
  • Taburkan daun kunyit hiris, biarkan mereneh.
  • ambahkan garam secukup rasa, dan biar kuah sedikit pekat. Sedia untuk dihidangkan.

Monday, October 31, 2022

Pajeri nenas berempah

Salam hujung october, sekejap jer rasanya dah nak sampai ke hujung tahun kan... dan dapo maya ni lamanya terbiar tak berupdate... bukan nya tak masak tapi entah lah... kerajinan tu memang dah hilang macam tak jumpa jalan pulang... kesian kan sudahnya hidup segan tapi tak mo mati lagi 😪😪
so moh ler kita bagi update pajeri nenas yang kak rose masak semalam tu.. bawak nenas dari kampung dah seminggu tak berusik dan terpikir nak buat pajeri ni... lepas masak ni kita g keluar makan nasi arab kat rawsha pulak. so pajeri ni duk dalam fridge lah sudahnya...resepi kakrose amik dari Sajian dapur bonda. terima kasih kak rose copy resepinya ya.

Bahan-bahannya:
1 biji nenas
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan
1 sudu kecil udang kering
1 cawan air
2 biji cili hijau (kak rose x de stok, so tak letak lah)
Gula (gula merah + gula putih), garam, dan perisa secukup rasa

Bahan-bahan untuk pes: (diblender semuanya)
2 sudu besar serbuk kari daging
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inci halia

Bahan-bahan untuk tumis:
2 biji bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
½ inci halia dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
Sedikit daun kari
3 sudu besar minyak untuk menumis

Penyediaannya:
1.       Potong nenas kepingan bulat, jangan nipis sangat.
2.       Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis.  Setelah kekuningan dan naik baunya, masukkan pes  dan udang kering, tumis hingga garing dan terbit minyak.
3.       Selepas itu masukkan santan, kerisik, garam, gula dan perisa,   Kalau pekat sangat, masukkan 1 cawan air.  Biarkan mendidih seketika.  Suaikan rasa, kalau kurang garam atau gula, tambah sehingga menepati citarasa.  Kebiasaannya pajeri nenas mesti terasa kemanisannya.. Kemudian masukkan nenas dan masak hingga nenas layu dan kuah pekat.
4.       Akhir sekali masukkan cili hijau  dan tutup api.