Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, May 24, 2022

Cakkkk!!!

 Allahhuakbar.... dah sebulan rupanya tak berupdate dapo maya kak rose ni... agaknya is about time to stop ke camner ni? rasa sayang tu masih menebal nak tinggalkan tapi kan... banyak tapinya hingga macam dah terlupa kewujudan dapo maya ni..bermacam2 kisah dah berlalu, cuma tak daya nak mengabadikan semuanya kat sini... so meh ler kak rose sajikan buah yang sememangnya dah tinggal sejarah gambar jer ni. next post, entah lerrrr...









 


hngga bertemu lagi....
 

Monday, April 25, 2022

Iftar #22 ikan bawal tiga rasa

nak rasa lah jugak ikan bawal harga kayangan ni...  semalam dapat lah masak tiga rasa ikan bawal dan digandingkan dengan nasik hangat2 memang ngam sangat lah. tak perlu lauk lain selain sayur petola tu jer. baru lah dapat menikmati sepenuhnya lauk ni. Alhamdulillah. resepi ada kat sini, cuma tukar ikan tu saja.
ikan bawal kayangan nan seekor sebelum dimekapkan... cukup lah untuk kami berdua.
sayur petola goreng dengan ikna bilis pebret kami..
buah semalam...buah betik dan mangga thailand yang sangat manissss leting!
dan menu berbuka kami semalam... tempura 4 ketul, semangkuk homemeade cendol dan buah2.. air nescafe dan nescafe o untuk tuan tanah. lepas maghrib barulah makan nasi. dengan berbuka yang sempoi cenggini, baru lah boleh makan nasi sepuasnya... tu yang buatkan jarum penimbang tak nak gerak turun tu. adusssss!!! 😜😜
 

Friday, April 22, 2022

Iftar#19 kuih lopes pulut


ade sedikit kerajinan semalam untuk mengukus pulut dan buat kuih ni... sebenarnya dah buntu nak sediakan menu untuk berbuka, tapi camner pun kena lah buat jugak kan... untuk nak membeli di param tu rasanya tak kot. risau bila dengar kes2 yang tak sepatutnya berlaku dalam berjualan masa bulan puasa ni kan.. kesian pembeli, dan kak rose belum sanggup untuk terkena lagi... cukup lah dulu sebagai pengajaran kan. so kita buat lah apa yang mampu...
kuih lopes pulut ni mudah je nak buatnya, pernah kongsikan resepinya kat sini dulu... so sapa yang ingin nak cuba tu boleh lah jenguk kat situ ya...
lauk lejen permintaan en asben... timun jepun cicah sambal ikan bilis tumbuk. sapa suka lauk simple macam ni samalah dengan en asben kita. dan untuk kuahnya ada gulai kari ikan leftover pun jadi, katanya. mudah kerja tukang dapo semalam.

untuk tukang masak, gulai ikan leftover dengan telor dadar ala thai pun dah cukup dah. entah bila la agaknya jarum penimbang tu nak cecah angka lima kan?

buah2 yang sentiasa ada untuk berbuka puasa... tak kiralah buah apa pun, semua kak rose suka jer.

Thursday, April 21, 2022

Iftar #18 kuih getas getas

lama dah teringin nak buat dan makan kuih getas2 ni.. nak menyira dia tu yang jadi masaalah sungguh lah buat kak rose ni... sellau je fail bab menyira.. tapi semalam rajin kan diri jugak nak buat untuk menu berbuka... dan ini lah kejadiannya... boleh lah untuk puaskan hati sendiri, tapi kira masih fail jugak lah sbb gula tu tak betul2 berkerak kat kuih tu kan... kalau nak yang betul2 menjadi ikut lah step nya kat sini... mekasih yang kongsikan resepi ya.
buah untuk berbuka semalam... tembikai merah dan mangga yang sangat manissss!
lauk simple kak rose, udang goreng sambal yang tak pedas campur dengan kacan peas dan cauliflower. lauk tambahan gulai daging leftover untuk kuahnya. kalau kak rose cukup dengan lauk dan sayur je, tapi en asben memang nak lauk yang berkuah.. so gulai leftover boleh jadi penyelamat lah.
sayur baby pak choy goreng bodo2.. bahannya cuma sayur, bawang holland, bawang putih dan kiub pati ikan bilis. buh sedikit cili merah untuk kaler... sedap lah pada kami.
baby pak choy dah ready nak kena masuk kuali. nampak sangat fresh kan.
 

Wednesday, April 20, 2022

Iftar #17 Frittata daging

mencuba resepi baru yang tak baru pun sebenarnya... frittata ni guna inti macam karipap, so bila jumpa resepi ni nak lah cuba kan... kebetulan ada belen inti karipap daging dalam freezer tu, so kak rose guna lah untuk inti frittata ni.. sedap lah macam rasa murtabak tapi versi bakar gitu, dan makan dengan sos cili atau pun makan cenggitu jer pun dah sedap lah..
sedang berposing dalam oven.. almost done la tu. memang mengenyangkan. masa berbuka tu makan sebiji pun dah kenyang sangat. banyak makan buah dan minum air pun ya jugak lah. sudahnya ada 2 ketul lag tu entah bila nak makannya... harap tak membazir lah kan.
ready nak masuk dalam oben... kalau tak de paper cup cam ni masuk dalam loyang pun boleh gak
kak rose tambahkan bawang holland potong dadu dan jugak daun sup dalam tu.. kacau bagi sebati dan masukkan dalam paper cup.
inti karipap daging dalam telor yang telah dipukul sedikit dan tambahkan garam sket... terpulang lah kaklau inti tu dah masin so skip lah garam tu ya.. ikut lah tekak memasing.
 

Monday, April 18, 2022

Iftar #15 popia goreng

memula mesti lah makan buah dulu kan... eh, lepas minum air lah... air nescafe o kosong jer buat kak rose... minum suam2, ya Allah nikmatnya selepas seharian berpuasa kan..
dan lepas tu baru lah yang ni pulak.. inti sayur dan udang..
cicah dengan sos cili maggi thai... tapi rasanya kalau buat sos sendiri lagi lah sedap pada kak rose lah.
 
lauk semalam, ikan temenung masak sambal, leftover ikan jenahak masak asam dan sayur petola tumis pebret kak rose .. Alhamdulillah dengan perjalanan puasa kali ini, semua dipermudahkan...

Sunday, April 17, 2022

Iftar #14 tanpa nasi..

buah yang nak mesti kena ada...
kuih cara manis request by en asben... mampu makan 3 biji jer.
yang ni pun request by en asben... mee hoon goreng taruk udang banyak2 katanya...