Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, April 29, 2020

Iftar #5 Alhamdulillah..

Insya Allah, hari ini dah puasa hari  ke 6 dah...
cepatnya masa berjalan kan..

 dan masak masak pun semakin buntu apa yang nak disediakan... maklumlah kalau hari tak puasa tu memang jarang2 masak, so bila nak sediakan menu hari2 macam ni, dok lah browse menu yang lama2 kat blog sendiri, cari idea nak masak.. hihi. nasib baik ada koleksi sendiri kan.. boleh lah jadikan idea apa yang nak sediakan dengan stok yang ada kat ruamh lah.. sebab masa pkp ni memang en asben jer yang g marketing..Alhamdulillah, selepas beberapa kali dah pergi tu, dapat lah apa yang tukang masak nak.. memula tu, tiga kali pergi dan tengok q panjang sangat dia balik semula dan dia rela g kedai runcit, so belilah apa yang ada kat kedai tu jer..

 untuk semalam, kak rose goreng rangup udang kecik2 ni.. memang suka buat macam ni, boleh ratah jer.. tapi kan masaalahnya jenuh nak menyiangnya kalau beli banyak2 kan...en asben kalau membeli memang tak nak sikit2...penuh freezer dengan stok!

 ikan kerisi masak asam, Alhamdulillah habis lah ikan kerisi ni.

 bila beli pisang banyak2 dan memang tak terhabiskan lah.. so sebelum tamat riwayatnya kita buat jer cekodok pisang untk menu berbuka.. sikit ni pun tak abes lah pulak.

 goreng pulak kuih boom frozen ni... adoiii la. bust bust meletop pulak lah dia... tapi sedap sangat dengan inti kelapa muda dan lembut jer kulitnya... tiga biji jer yang termakan... sorry lah yang sebiji tu ya.

yang ni pasti abes lah.. walaupun asik buah yang sama berulang ulang... kan dah kata en asben suka beli banyak2... so makan lah sampai habis kan.

Tuesday, April 28, 2020

Iftar #4, seadanya..

Asalamualaikumdan salam selasa, Ramadhan ke 5 dah hari ni
semuga terus istiqamah dalam menjalani ibadah puasa dan ibadah2 malamnya..

 menu berbuka hari ke empat kak rose... buah yang ada dalam stok, makan lah yang niselagi belum habis... dan nak pergi membeli bukannya mudah semasa pkp ni kan.. so abeskan stok yang ada dulu lah..

 dessert untuk berbuka, serawa sagu nangka.. buat pun cukup cukup untuk kami berdua jer.

 Alhamdulillah... buah yang selalu habes dulu... karipap tu mampu makan sebiji jer, nak sambung masa sahur tadi pun dah tak mampu bila dah makan toast n nescafe tu.

nasi goreng yang kak rose buat selepas sudah solat terawih. siapkan semua bahan sebelum maghrib dan pas tu terus jer gorengkan. masak nasik sikit pun tak terabeskan, so jadilah nasik goreng seadanya, tak lah membazir kan. dan sate tu leftover sebelum puasa ari tu, just panaskan dalam magic pan. dah siap boleh makan dengan nasik goreng seadanya tu. tak mo kuah, kata en asben. so gitu lah.. togel jer sate ayam tu. nasi pun togel jugak, dah tak rajin nak potong salad n daun sup, bawang goreng bagai...

Monday, April 27, 2020

Iftar #3

Asalamualaikum dan selamat berpuasa buat semua..
Alhamdulillah, selesai sudah hari ke tiga berpuasa dan terawih ke empat

 dan menu simple hari ketiga berbuka untuk kami berdua jer, sediakan yang mudah2 dan yang penting apa yang ada dalam stok semasa pkp ni... bukan mudah nak membeli.. apa lagi ketua keluarga yang memang tak berapa pandai nak membeli.. bertabahlah jer la kan. tapi ikan masin ni memang lauk paling sedap kalau digandingkan dengan masak lemak cili api..

dan untuk kami berdua, dua keping ikan tenggiri masak lemak cili api bersama kacang panjang ni cukuplah untuk sekali hidang... masa bersahur memang kami tak makan nasik dah.

 sayur pun pkp jugak lah... kobis, capsicum dan udang jer... banyak ni pun tak boleh nak habiskan.

 menu berbuka puasa kami... goreng keledek pepel cicah sambal kicap jawa.. dua potong pun dah kenyang bila dapat minum air teh o banyak2 tu.. dan yang paling banyak makan buah ni lah..

 kalau buah memang tak pernah lah tak abesnya.. jambu batu gaul dengan asam pakcu 916 dan mangga susu yang sangat manih letingg! Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi untuk Ramadhan dengan normal baharu ini...

Sunday, April 26, 2020

Iftar #2..

Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 3 dah hari ini, Insya Allah
semuga kita terus diberikan kesihatan yang baik sepanjang bulan puasa ini...

 menu sempoi2 untuk kami anak beranak berbuka.. Alhamdulillah dua hari berpuasa kami dapat berbuka bersama sama anak beranak... walaupun duduk berdekatan tapi disebabkan pkp, kami terpaksa berjauhan.. sama2 kita berkorban untuk kebaikkan semua dimasa depan dan semuga corona virus cepat berlalu pergi dan kita semua boleh menjalani kehidupan seperti semula... memang miss everything yang kita selalu buat dulu...berkorban bersama normal baharu dan meh la kak rose nak tepek menu berbuka semalam... buah2 mesti nak kena ada la kan.. pisang berangan, betik dan anggur hitam yang panjang2 tu..

 buat kuih cek mek molek ni pun last minit bertukar menu dalam list.. memula tu nak buat onde2 keledek, tapi dalam banyak2 tepung yang ada dalam stok, tepung pulut pulak yang tak de. dalam tipuware tu cuma cuma ada plastik dan sedikit jer tepung nya. adoilaaa... kelapa semua dah ready, kena lah tukar menu dan jadilah cek mek yang tak molek ni.. banyak ni untuk 4 orang makan pun tak boleh habis, l3pas terawih tadi 3 biji cik tong yang dapat... maaf sangat2 ya cmm! resepi kat sini.

 bila en asben belikan mee kuning ni, kena jugak lah masak sementelah anak2 ada untuk tolong makan.. kalau cuma kami berdua jer memang tak kan terhabeskan..ni pun membawak ke sahur lah anakanda berdua tu makan. Alhamdulillah tak lah membazir kan. mee goreng basah berposing dalam kuali.😆 kak rose guna resepi ni.

 menu berbuka kami bersama air teh o... lepas terawih baru sambung dengan nasik pulak..

 sayur sempoi..togeh, kacang panjang dan taruk udang banyak2..sayur macam ni memang habis lah sekali makan unruk 4 orang. Alhamdulillah senang nak mengemas kalau tak de leftover, kan


kari ayam yang berposing dalam piyok jer. yang ni memang tak boleh habis lah dan Alhamdulillah anak tapau bawak balik rumah dia pagi tadi... so selamat lah jugak tak de leftover. hari ini boleh fikir maenu yang lain pulak, Insya Allah..

Saturday, April 25, 2020

Iftar #1 1441 hijrah

Asalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua kengkawan..
Alhamdulillah, sempurna sudah puasa hari pertama dengan normal baharu...

 walaupun berpuasa dengan keadaan normal baharu yang kita kena lalui pada kali ini, tapi pada kak rose sama saja rutin  berpuasa seperti yang dulu dulu... memang kak rose tidak bergantung sangat dengan keberadaan bazar ramadhan... memang lebih selesa untuk menyediakan sendiri semua juadah berbuka. itu yang lebih memenuhi selera keluarga kecil kami... masak seadanya jer.. yang penting kali ini tidak perlu bergegas ke mesjid untuk solat terawih, dan semuga istiqamah mendirikannya dirumah bersama keluarga sendiri...
 dan nak jugak tepek kat sini juadah simple kami petang semalam... kurma safawi pemberian anak. terima kasih anak2, belikan untuk mama yang tak dapat nak keluar rumah ni... segala keperluan memasak dibeli oleh en suami dengan bantuan list yang panjang.. dan dah kali ketiga dia pergi ke pasaraya, patah balik sebab queue terlalu panjang. tak sanggup nak berbaris yang cuma akan menambahkan risiko jangkitan katanya... lebih rela dia g ke kedai runcit yang harga memang lebih mencekik leher la kan...cuma nya tak perlu berbaris terlalu panjang kat kedai tu walaupun masih kena jugak ikuti semua SOP di kedai2... social distancing  tu kan... so berhati2 jer la kan..

 dan hari pertama kak rose buat apam balik atas permintaan anak yang nak berbuka dengan apam ni.. resepi boleh tengok kat sini untuk yang nak mencuba ya.. buah2an tempatan semuanya, Alhamdulillah, en asben tak pernah lupa beli buah kalau g kedai.. makan jer apa yang ketua keluarga belikan.

 dan since jagung manis ada banyak lebihan buat apam balik tu, kak rose buat puding jagung ni.. buat separuh jer dari adunan resepi ni... itu pun masih berbaki separuh lagi, harap2 tak lah sampai membazir annti kan.
 sayur lemak petola campur dengan carrot, soon dan udang kering jer... sedap meratah.

 ikan siakap bakar dalam magic pan jer... paste ikan tu kak rose guna sambal tumis yang memang kak rose dah sediakan awal2 sebelum puasa hari tu... kalau rajin nak buat pes ikan bakar yang memang terbuti sedapanya boleh tengok kat sini resepinya ya.

2 kilo fillet ayam untuk stok bulan puasa ni... senang bila beli yang dah siap siang cenggini. memudahkan tukang masak nak masak yang simple2 dengan isi ayam ni. yang ni kak rose goreng dengan tepung bistari jer.. Alhamdulillah, selesai sudah puasa hari pertama dan semuga dipermudahkan untuk hari2 seterusnya.. Aamiin

Friday, April 24, 2020

Salam Ramadhan 1441

Normal baharu Ramadhan 1441 Hijrah
Salam Jumaat dan Salam Ramadhan buat semua..

Selamat berpuasa dibulan Ramadhan dan terus stay at home untuk putuskan rantaian covid 19

ya, kita semua perlu bersedia dengan keadaan normal baharu untuk menghadapi bulan puasa kali ni... sepanjang kehidupan tak pernah mengalami perkara sebegini dan ini lah yang dikatakan normal baharu yang kita hadapi dek covid 19 yang sedang mengancam seluruh dunia... dan puasa kali ni dengan normal baharu.

bulan Ramadhan yang kita semua mesti mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan.
bulan Ramadhan yang kita mesti #stay at home untuk putuskan rantaian covid 19
bulan Ramadhan yang tidak dibolehkan bersolat terawih berjemaah dimesjid
bulan Ramadhan yang tidak dibolehkan bertadarus ramai2 dimesjid
bulan Ramadhan yang tidak ada bazar ramadhan
dan
raya nanti kita tak dibolehkan balik kampung

segalan normal baharu yang kita kena hadapi.... insya Allah kita akur dengan semuanya untuk kebaikkan kita semua dimasa akan datang... Aamiin

Thursday, April 23, 2020

Sup cendawan tiram

Masak dan makan makan time PKP...

  terima kasih Azie Kitchen, kak rose copy resepinya ya..

Bahan bahan:
2 paket cendawan - carik 
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Fish ball atau ikan bilis atau udang
Garam
Sedikit lada putih - tumbuk
Sedikit cili merah hiris
Daun sup - tak letak
Bawang goreng -kak rose lupa nak tabur dah!

 
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih yang dihiris. Setelah kekuningan masukkan ikan bilis atau udang atau apa apa yang disukai. Kemudian tuangkan air secukupnya untuk dijadikan kuah.

Setelah mendidih, masukkan cendawan, garam dan serbuk lada putih. Taburkan cili merah dan daun bawang. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Akhir sekali, tabur bawang goreng.