Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, October 30, 2017

Jalan sorang, makan sorang2..

 Bila berjalan sorang2... makan makan pun sorang gak la...dah penat berjalan dan bila teras perut keroncong, singgah je la mana restoran yang berkenan dihati... tap perlu nak tanya pendapat perut... pasal dah lapo kan... ni minggu lepas kak rose makan kat Penang Nyonya, subang parade... balik dari ziarah kawan yang sakit kat subang, pas tu g shopping2... dah petang baru lunch..

 char kuey teow yang sedap dan ice kacang yang menggunung... tak terabes sudahnya. sangat rich dengan jagung creamnya.. tapi cendolnya keras, macam dried cedol yang direbus tak cukup empok? entah lah... tapi cukup menyepoilkan ice kacang kak rose tu... huhu

next day tu pergi sekali lagi ke subang parade, sambung cuci mata n poket yang terhenti semalam... kali ni makan jer mekdonal ni... berbaloikah pagi2 yang kak rose g ber brisk walk tu kalau macam ni lah lunch yang kak rose amik... sendiri mau ingat la kan!

Sunday, October 29, 2017

my keeping fit journey

 journey to keeping fit la sangat kan! memang cita cita tu sangat tinggi untuk sentiasa keep fit, sihat tubuh badan dan cergas sentiasa... dan yang paling penting untuk mengurangkan lemak2 degil yang suka sangat nak menepek kat badan yang sentiasa kembang dengan jaya ni...

 dan ini lenggang mak limah kak rose minggu lepas... nak jugak tepek kat sini untuk memotivasikan diri lah kononnya.... agak2 boleh ker?

 nak dapat 10k step/day to pun rasa tak daya...

tapi keluar jugak lah peloh, dan terbuag sedikit kalories tu... tapi yang pasti kalorise bertambah berganda2 lepas berlenggang mak limah tu... camner nak kira tu?

Saturday, October 28, 2017

Agar2 santan gula melaka

 salam sabtu buat kawan2 semua.... agar agar santan gula melaka yang kak rose buat untuk pot luck mengaji surah Al-Kahfi jumaat semalam... dah tak tahu nak buat kuih apa yang mudah2... so buat jer la agar agar ni... lagi pun dessert yang lembut2 ni memang laku jer, dan tiap hari jumaat kakak yang sorang ni memang selalu akan bawak agar2 ni tapi versi pandan tu... memang jadi rebutan, kalau tak de minggu tu memang tercari2 lah semuanya...hihi... so semalam memang ada dua versi lah agar2 ni...walaupun dua loyang tapi tetap habis... suka lah tukang buat ni..

 resepi ni kak rose amik dari blog Yati sinarkehidupanku... mekasih ya, mohon izizn nak kongsikan kat sini lak..

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm  
  • 1 liter air (4 cawan) 
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm) 
  • 1/4 cwn gula pasir 
  • 250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air) 
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 
  • Secubit garam  
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
Cara-cara:  
  1. Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)
  2. Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih.  
  3. Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  
  4. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.   
  5. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  
  6. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..
sendiri bawak, sendiri nak makan jugak agar2 kak rose ni bersama versi pandan... ada macam2 kuih lagi, piring kak rose dengan apa yang larat nak dimakan... walaupun ada banyak lagi kuih yang dibawak oleh kawan2... jugak menu utama oleh tuan rumah iaitu lontong dan mee goreng pedas berapi!

mekasih naz@cute Oven dan yatie kongsikan tips nak dapatkan lapisan agar yang cantik... walaupun kejadian agar2 kak rose tak berapa nak seimbang!

TIPS DAN NOTA NAZ:  
  • Ramai yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.  
  • Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

Friday, October 27, 2017

Salam Jumaat Barokah


Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua..

DOA HARI JUMAAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Ya Allah...
Di pagi yang mulia ini...
Kau ampuni dosa-dosa kami,
Dosa pasangan kami,
Dosa kedua ibu bapa kami,
Dosa anak-anak kami,
Dosa saudara-saudara kami,
Dosa jiran tetangga kami,
Dosa sahabat-sahabat kami,
Dosa guru-guru kami,

Ya Allah...
jadikanlah zuriat keturunan kami tergolong di dalam zuriat yang menjaga solat..
Sihatkanlah tubuh badan kami, jauhkanlah kami dari penyakit dan bala bencana..
Cukupkanlah rezeki dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat. InshaAllah..

آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن

Thursday, October 26, 2017

Makan makan...


Almaklumlah blog masak masak, maka tayangan pun asik makan makan jer kan... walaupun bukan masak sendiri... hihi.... entah apa yang disibukkan hingga terlupa akan anniversary blog kesayangan yang macam hidup segan mati tak mahu ni... dah jauh perjalanan Seripayaku ni, sayang pulak kalau tinggalkan gitu jer kan... masak masak pun dah tak berapa rajin nak mengambil gambar... apa lagi nak tepek buat entry kat sini... huhu... harap harap satu masa nanti akan datang balik kerajinan untuk nak meng update entry macam dulu dulu tu..., Insya Allah..

 sementara kemalasan yang melanda... tayangan amal kak rose dengan makan makan dan menambah lemak dengan jayanya... tapi asik kedai mari jer la... 4fingers yang not to my liking....

nasi ayam penyet yang sangat menjadi ingatan...

Wednesday, October 25, 2017

Monday, October 23, 2017

Akhirnya....

Asalamualaikum dan salam  isnin yang panas...
semuga kawan semuanya dalam keadaan ceria dan bahagia...

Syukur Alhamdulillah...nak jugak kongsikan kat sini buat tatapan nanti2... setiap bulan sejak bertahun2 lamanya  memang kak rose akan key in pay slip en asben ni dalam pc, for our own record lah dan jugak untuk senang refer bila lhdn cekik darah tu mintak bayarannya... huhu.  dan tahun ni ada pinjaman yang dah selesai bayarannya... rasa happy sangat bila dah clear potongan tu kan...  ya, akhirnya pay slip en asben bersih dari potongan untuk dua item ni... setelah tujuh tahun untuk pinjaman kereta dan bertahunnnnnn2 untuk bayaran pinjaman perumahan tu... boleh ker nak berjimba2 lepas ni kalau semua barang pun dah naik harga dan nilai ringgit pun semakin susut... beli yang perlu saja lah nampaknya!