cuaca panas cam ni memang tekak nak makan yang sejuk2 jer kan... walaupun kak rose memang tak boleh nak minum air sejuk sangat tapi nak jugak sesekali makan sejuk2 cam ni... kalau minum air sejuk jer mesti esok pagi batuk2, berkahak lak tu... so nak elak menda2 cam tu kena lah sendiri mau ingat... sebab itu lah dalam fridge memang tak simpan air sejuk... minum jer air masak tu, lagi elok kan... tapi bubur som som yang sedap dinikmati sejuk2 dihari yang panas membahang ni memang lah heaven kan... so tak boleh nak tolak la..
resepi dari kak Fida @Myr, mekasih ya... berkali2 buat guna resepi ni...
BUBUR SOM-SOM
by : Kak Fida
Rujukan : My Resepi
100 g tepung beras
100 g tepung jagung
1,600 ml santan - 500 ml KARA+ air (kak rose guna santan fresh, sedap)
100 ml air pandan atau 100 ml air + pandan pes
1 sk garam atau secukup rasa
sedikit pewarna hijau - opt
SIRAP GULA MELAKA
500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - disimpul
Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
Satukan kesemua bahan-bahan untuk som-som dalam periuk dan gaul rata.
Masak hingga pekat dan kilat, hingga adunan meletup-letup.
Tutup api.
Sediakan loyang atau acuan.
Oleskan dengan sedikit minyak
Tuangkan som-som dalam acuan atau loyang
Sejukan hingga keras
Siap di hidangkan dengan sirap gula Melaka
Lanai Kijang
Sunday, March 13, 2016
Saturday, March 12, 2016
Nasi goreng udang geragau
buat nasi goreng dari tukang masak yang sangat malas... tapi sebab nak makan kena lah buat jugak kan... lagi pun ada baki nasi sejuk tu, tak baik kalau membazir... nak kopek udang fresh yang kejung tu pun sangatlah malas, so paling senang guna jer udang geragau, cuma nak basuk kan jer boleh terus dam dalam nasi tu kan.. sayur pun kak rose cuma buh sawi je.... walaupun carrot n kubis pun ada, tapi tak rajin nak memotongnya! kalau nak buat yang cantik2 cam CMG ni boleh la ikut resepi ni ya..
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dikareh
6 biji cili padi, dititik
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 batang lobak merah, didadu
1 batang saleri, didadu
1 biji telur, dipukul sedikit
1 1/2 camca besar udang kering, tumbuk hancur (kak rose guna udang geragau)
Sos ikan secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan
CARA MEMUATNYA :-)

- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, udang kering dan cili padi titik hingga harum, masukkan lobak merah dan saleri, kacau rata. Tolak ketepi kuali dan masukkan telur, bila telur mengeras, kacau hancur. Gaul rata dan tambah sos ikan dalam 2 camca besar, kacau rata.
- Tambah nasi dan besarkan sedikit api, kacau hingga mesra. Masak hingga nasi kelihatan kering, rasa dan jika kurang masin, renjiskan sedikit lagi sos ikan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan...
Friday, March 11, 2016
Apam lenggang
apam lenggang yang tak berapa nak menjadi cantik2.... guna kuali biasa, cam tu pulak jadinya... ada kala sedikit melekat, mungkin sbb adunan apam ni yang manis jadi cepat hangus dan melekat pada kuali... nak guna yang non stick tu semua kuali leper je yang ado... nanti tak dapek la gelembung tembam ditengah2 apam tu kan..
walaupun tidaklah gelembung sangat tengahnya sbb kuali pun bukanlah lengkung sangat... asalkan ade bentuk tu pun dah kira ok buat kak rose... ayat nak sedapkan hari sendiri la tu kan...
resepinya dari Myr oleh Sofinar, sedap dan puas hati dapat makan... walaupun rupanya yang hazab tu! cicah pulak dengan akri ayam, memang heaven la dinner kami malam tu!
walaupun tidaklah gelembung sangat tengahnya sbb kuali pun bukanlah lengkung sangat... asalkan ade bentuk tu pun dah kira ok buat kak rose...
resepinya dari Myr oleh Sofinar, sedap dan puas hati dapat makan... walaupun rupanya yang hazab tu! cicah pulak dengan akri ayam, memang heaven la dinner kami malam tu!
Bahan-bahan
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 sudu kecil yis
- 7-8 sudu besar gula
- 1 cawan air
- 1 cawan santan
- 1 biji telur - untuk mengelakkan melekat pada kuali, jika non stick pan takyah masukpun tak apa
Cara-cara
- campurkan semua bahan kecuali santan, gaul rata dan perap selama 2-3 jam (kak rose perap 1 jam jer)
- masukkan santan dan gaul lagi
- panaskan kuali dan griskan minyak pada kuali, ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap
- jika memakai non stick pan tak perlula gris minyak,
- tutup apam lenggang dgn tudung periuk, bakar dengan api perlahan lebih kurang 2- 3 minit, bila dah kekuningan bolehla di keluarkan dari kuali dan di lipat dua
Thursday, March 10, 2016
Sup cendawan berkrim
Sup cendawan yang sangat mendapat tempat kat keluarga kecil kami. berulang2 buat, untuk breakfast dan jugak kadang2 untuk dinner... makan dengan toast jer, kalau rajin kadang2 tu buat jugak garlic spread, tapi kalau tak rajin just sapu butter jer. memang mengenyangkan dan buat sendiri ni memang berbaloi2... boleh makan menambah2 dan berulang2 tak berhengat!
meh kak rose kongsikan sekali lagi resepi nya kat sini.... tak rugi mencubanya...
Sup Cendawan Berkrim
100 gram cendawan butang jenis segar
600 ml air
1 tin susu sejat
1 kiub ayam
1 biji bawang besar - didadu kasar
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 camca besar mentega
50 gram tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada putih Garam secukup rasa dan sedikit lada hitam
Sedikit cincangan daun parsley - untuk hiasan (kak rose gantikan dengan daun pudina) sekeping dada ayam - cincang halus sedikit dried oregano - yg ni kak rose tambah
cendawan yang kak rose guna... tak de yang fresh, guna jer cendawan dalam tin... kita yang buat dia kan... dan sekeping dada ayam yang didadu halus...
Cara Membuatnya :
Cendawan dibasuh. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan. Dalam kuali panaskan mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. masukkan ayam cincang, tumis hingga masak baru Masukkan tepung dan kacau rata. Gunakan api kecil. **Masukkan ayam cincang dan tumiskan hingga bertukar warna baru masukkan tepung.
Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula. (kak rose omit yg ni, suka yang ade ketul2 dalam sup tu)
Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada putih dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan taburan serbuk lada hitam serta roti bawang putih jika suka.

(kak rose masukkan dried oregano)
Wednesday, March 9, 2016
Gerhana matahari 2016
Nak jugak tepek kat sini buat kenangan masa akan datang tentang gerhana matahari separa yang terjadi pada hari ini... ya lah bukan selalu boleh lihat gerhana cam ni kan... dan tadi ade terdengar gerhana macam ni akan berlaku lagi dalam masa tiga tahun akan datang... dan semasa gerhana kita disunatkan mengerjakan solat sunat gerhana... kak rose kongsikan kat sini cara2 nak solat gerhana yang banyak dikongsikan kawan2 di fb...
terima kasih pada kawan2 yang kongsikan ilmu ini, semuga bermanafaat buat semua...
dan perkara2 sunah-sunah lain yang baik untuk dilakukan ketika gerhana...
terima kasih pada kawan2 yang kongsikan ilmu ini, semuga bermanafaat buat semua...
dan perkara2 sunah-sunah lain yang baik untuk dilakukan ketika gerhana...
Muffin pisang lagiiii
muffin pisang yang dah berulang kali buat... mekasih pada AlongRoz yang kongsikan resepi muffin yang katanya best ever ni... makan masa baru keluor dari oben tu lagi la bestnyaaa... lembut n moist gitu.... resepinya...
By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
170g Mashed Ripe Bananas
3/4 cup Sugar
1 Egg - slightly beaten
1/3 cup Melted Butter
1 tsp Baking Powder*
1 tsp Bic Soda*
1/2 tsp Salt*
1 1/2 cup Flour* (* sift together)
METHOD:
1. Place bananas & sugar in a bowl & mix until combined.
Add in egg & butter gradually while mixing.
Fold in dry ingredients gradually until well mixed.
2. Spoon into muffin cups/tin.
Bake 20 minutes at 180C.

Tuesday, March 8, 2016
Terung goreng cili n udang kering
lauk simple yang sedap pada kak rose... tapi buat ni kak rose sorang jer yang makan... anak n bapaknya tok se nak make terung.... sudahnya kak rose meratah jer... kalau suka sambalnya tu gaul dengan nasi panas2 pun sodap... kalau ada yang ingin nak mencuba, meh kak rose kongsikan resepi dari AlongRoz ni...mekasih ya.
Bahan2:
2-3 terung panjang (kak rose guna 1 jer tp mmg pannnnjang)
2 biji cili merah*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 tsb udang kering* (*dikisar)
garam
Cara:
1 Gorengkan terung dalam minyak yg sedikit hingga kekuningan.
Angkat dan letak dalam serving plate
2 Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumiskan bahan kisar tadi hingga wangi
curahkan atas terung yang telah digoreng tadi. dah siap.

Subscribe to:
Posts (Atom)