Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, February 14, 2016

Nasi ayam penyet

 Nasi ayam penyet sempoi yang kak rose buat beberapa hari lepas... dengan clear sup jer sbb daun sup pun lupa bli, bawang goreng pulak lupa nak taboq... betul2 jadi sup jalang! apa ade kisah, asalkan sedap dan mengenyangkan sudah cukup buat kami sekeluarga... resepi pernah kak rose tepek dari Ijan... terima kasih kerana kongsikan ya..

Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Untuk Ayam Penyet
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  3. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  4. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  5. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.(uwaaaa... kak rose udah lupa sama step yg ini... togel je jadinya ayam tu!
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan (kak rose x bubuh, tp ttp umphhh!!!)
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • (kak rose buat separuh je dari bahan2 ni dan 2 biji je cili api!)
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.(kak rose skip yg ni...)
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
 
pelakun tambahan tempe dan tauhu... tempe ni kak rose cuma goreng dengan garam dan kunyit  dan tauhu tu pulak cuma dengan garam je... tak abes makan dengan nasi, kak rose meratah cicah dengan sambal kicap jawa pulak... jawa dan tempe memang tak dapat dipisahkan... hehehe

Saturday, February 13, 2016

Kalau dah suka tu...

Creamy chicken soup, kalau dah suka tu memang akan buat berulang2... sup ayam berkerim yang mudah nak disediakan dan makan pun tak jemu... ni kak rose buat untuk dinner, sbb memang jarang sangat amik nasi masa dinner... konon la tak nak makan yang berat2 untuk dinner, tapi kalau dapat sup n toast ni sampai dua mangkuk tu tak ke sama jer macam makan nasik kan... sendiri pikiaq la kan..

 bahan2 pun mudah jer... pastinya semua tu memang ada kat dapo kita kan... dan dried oregano tu pun beli untuk buat sup ni... sebotol boleh guna banyak kali...

Bahan2:

  • 50 g butter/margerine
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano
  • garam
 
Cara2:

  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..

Friday, February 12, 2016

Ikan siakap tiga rasa

 lama rasanya tak masak ikan cenggini... ya lah bila tinggal berdua dan masak2 pun yang simple dan cepat dapat ngapnya... bila sekarang ni anak dah ade akt rumah, mama pun macam marathon memasak... office kecik sentiasa beroperasi dan mama pun dah stat pening kepala nak sediakan hidangan seharian... so masak je apa yang ade dan menu yang berulang2 pun tak per asalkan ada yang nak makan kan... dan ikan siakap tiga rasa ni antara yang jadi pebret kami sekeluarga... kak rose kongsikan resepinya ya..

bahan untuk nak tabur kat atas ikan tu...  tambah menyelerakan bila ada kaler2 atas ikan tu... dan makan nasi pun bertambah2 jugak!

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit.

 
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air 

sedikit tomato n capsicum hijau, di dadu dan jagung-> yg ni kak rose tambah

Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram


Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula. masakkan juga bahan2 untuk kaler2 tadi
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi

Doa pagi Jumaat

 Asalamualaikum dan salam pagi Jumaat penghulu segala hari....

 
Aamiin Ya Robbal Alamin....

Thursday, February 11, 2016

MBOR ke?

 MBOR? actually kak rose punya book of record jer... kira first time dapat merekodkan sebanyak ini steps ....  pencapaian yang untuk dibanggakan oleh diri sendiri... sangat teruja sebenarnya dengan this count... tapi memang jenuh berjalan dan abes diluar sambung pulak dalam rumah berjalan kedepan dan kedapo... part of exercises jugak kan... exercises kaki dan juga mulut... hihi.. actually after morning briskwalk tu baru 10k++ steps dan pas tu g meronda kat 1st Avenue pulak dan sambung pulak dirumah... kira separuh hari jugak attach phone tu kat badan... kalau satu hari suntuk agaknya boleh sejauh keliling pulau pinang agaknya kan...

dan reward setelah memecahkan book of record tu ialah toast, susu omega dan jugak pisang emas dari dusun di rope walk.... tapi pas tu lunch p beli nasi bungkus pulak... berbaloikah  calories that burned tadi tu?

 jauh perjalanan kak rose semalam tu... dengan steps yang banyak tu cuma 887 jer calories yang burned... dan pas tu nasi bungkus untuk lunch, chocolate muffin for tea time dan mee goreng basah for dinner at 9pm... adoiiiiii... back to square one la jawapnya...

Baby kailan ikan masin

 suka sangat sayur cam ni... mudah dimasak cepat dimakan... penyediaan yang cukup simple denagn bahan yang sangat minima, tapi bila dapat makan.... berebut dengan anak pulak... cuma ada sepeket jer about 250 gm cam tu... masa cucu n kerat2 tu nampak macam banyak... tapi bila dah goreng, kecut la jadinya... tapi sbb sedap sangat tu yang rasa macam tak cukup buak kami 3 beranak... nampak na pelahap dengan sayur ni kan..

resepi kak rose copy dari blog Paty's kitchen, mekasih kongsikan resepinya ya..

Bahan:-
200 g baby kailan (lebih kurang 3 buku..basuh dan potong kecil) 2 potong tenggiri asin ( goreng dan potong ddu) 5 ulas bawang putih 1 sdb sos tiram 2 sdb minyak masak Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu


200 g baby kailan (lebih kurang 3 buku..basuh dan potong kecil)
2 potong tenggiri asin ( goreng dan potong ddu)(kak rose guna ikan kurau masin)
5 ulas bawang putih
1 sdb sos tiram
2 sdb minyak masak
 


200 g baby kailan (lebih kurang 3 buku..basuh dan potong kecil) 2 potong tenggiri asin ( goreng dan potong ddu) 5 ulas bawang putih 1 sdb sos tiram 2 sdb minyak masak Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu




Cara menyediakkannya:-
 
Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
Masukkan sos tiram dan sedikit air
Masukkan sayur dan akhir sekali masukkn ikan masin.
Jangan terlalu lama. Sayur ini sedap digoreng ranggup

Wednesday, February 10, 2016

Natural home made face mask

 Jumpa ni kat fb, so lebih baik kita kongsikan kat sini... mana tau ade kerajinan nak mencubanya nanti... cara penggunaan nya semua sama. Mix The Ingredients and Apply It on Your Face. Leave it on for 20 - 30 Minutes, Then Rinse The Face With Lukewarm Water. boleh jugak tengok kat sini..https://www.facebook.com/GyanOra/?fref=photo.

**** tapi bila baca all the comments... kulit kita berbeza2, so the out come pun vary... ada yg memang work wonder dan juga sebaliknya. so pepandai lah kalau nak mencuba ya...

 

 only regular coffee to be used ya..






  kulit muka tak kan jadi kuning sbb dah campur dengan coconut oil tu, katanya... tp takut pulak nak mencubanya... kang dibuatnya seminggu tak hilang kuning tu, maunya dimasak lomak cili api nanti!


 Mix The Ingredients and Apply It on Your Face. Leave it on for 20 - 30 Minutes, Then Rinse The Face With Lukewarm Water (blend the tomato)
Mix The Ingredients and Apply It on Your Face. Leave it on for 20 - 30 Minutes, Then Rinse The Face With Lukewarm Water