Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, August 8, 2014

Boikot mek d?... kita buat sendiri jer!

 bubur nasi ala ala mek d tanpa dayang dan pengiring untuk orang batuk!

 Asalamualaikum dan salam hari Jumaat penghulu segala hari....hari ini heboh pasal nak boikot mek d tu kan, tapi pada yang nak makan beger dan bubur masih banyak pilihan lain yang ade, yang rasanya lebih berkualiti dari mek d tu punya kan.kalau tidak tak kan chef tersohor Jamie Oliver boleh menang kes dengan mek donal ni!  tapi apa pun pilihan ditangan memasing2... tepuk dada tanya selera! masak sendiri pun lagi bagus.... terjamin segalanya, kebersihannya, kehalalannya dan kesedapannya!


buat kak rose yang masih melayan batuk dan selsema, memang nak makan yang lembut2 jer dan yang penting tidak berminyak2.... so buatlah bubur ala ala mek d sendiri. rasa pastilah ikut selera sendiri, yang penting tiada msg n memang nak makan plain cam ni jer... no accessories, no dayang2 no pelakun tambahan! tapi kalau nak buat yg complete yang boleh la tengok resepi kat bawah ni....

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan
  • * AKSESORI TAMBAHAN *
  • ikan bilis n kacang digoreng
  • lada jeruk
  
 dengan complete accsories
  • Cara-cara

  • Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  • Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  • Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  • Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau sambal kicap.
  •  

Thursday, August 7, 2014

Pulut serawa durian

 pulut serawa yang kak rose buat dua hari lepas untuk juadah minum petang keluarga kecil kami... walaupun tinggal gambar jer nak jugak tepek kat sini. baki durian yang kak rose bawa balik dari kampung masa bulan puasa tu masih ada satu tupperware besar keras kejung dalam freezer dan bila teringat nak makan pulut terus lah buat serawa ni... memandangkan batuk yang masih ade berbaki, so kak rose x de la nak buat juadah yang bergoreng berminyak2...


 resepi kak rose amik dari blog CMG, mekasih ya Mat. kak rose kongskikan kat sini pulak...

BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)
700 ml santan kelapa segar
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 1/2 camca besar tepung gandum (kak rose omit yg ni... dah pekat dgn durian yg banyak)
3 camca besar air
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT :-)
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul
 
  satu periuk kuah serawa durian..... dari dapur terus ke meja!
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci. Letak pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan. Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau selalu. Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK SERAWA PULUT DURIAN :- Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai. Tuang kuah serawa dan hidangkan. Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi...Selamat mencuba

Wednesday, August 6, 2014

WW: Raya zaman kini....

(gamba pinjam cik google)

macam nonsense, tapi ok jugak kan buat kak rose yang tak sihat sepanjang raya ni....


Monday, August 4, 2014

Raya dan demam....

Salam dan salam Syawal ke lapan dah hari ni... macam mana raya kawan2? meriah la kan pastinya. buat kak rose cuam dapat 2 hari beraya kat kampung tu dan bila balik shah alam macam2 dugaan datang... raya ketiga kak rose diserang sakit belakang yang kemudian di diagnosis as batu karang....separuh hari dihabiskan di sdmc. nasib baik selepas tu x de la lagi rasa sakit tu dan masa tu demam pun tak de...

tapi bila balik rumah, next petang tu diserang demam pulak... mengeletar menggigil seluruh badan dan akibatnya kena g doktor sekali lagi... tengok lah sebeban ubat yang dibagi...hingga kini demam dan kebah tapi batuk n runny nose tu tak berenti pulak... sakit hidung dah dibuatnya! makin makan ubat makin banyak lak selsema menjejeh! adoyaiiii laaaaa. bila la nak elok ni. memang x dapat nak beraya, jiran sebelah pun tak dapat jumpa lagi! berehat sambil nursing my batuk n runny nose je la dihari raya ni.

Friday, August 1, 2014

Musibah





Asalamualaikum dan salam august dipenhulu segala hari.... cepatnya masa berlalu dan hari ni kak rose nak kongsikan satu artikel tentang musibah yang kak rose copy dari sini...  semuga menjadi peringatan dan menambahkan keinsafan terutama buat diri sendiri....


Musibah adalah Teguran Sekaligus Bukti Kecintaan Allah pada Kita


Assalamu'alaikum Sahabat yang Dirahmati Allah.

“Cubalah fahami musibah sebagai bentuk teguran halus Allah SWT kpd kita.. Supaya kita jauh lebih dekat dan makin dekat lg dgn Yg Maha Kuasa" [Almarhum Ustadz Jefry Al-Bukhori]

Oleh ulama, musibah didefinisikan sebagai"segala apa yang dibenci yang terjadi pada manusia" (kullu makruuhinyahullu bi al-insan) (Ibrahim Anis, al-Mu’jam al-Wasith, h. 527).

Tiada seorang hamba pun yang ditimpa musibah, melainkan itu akibat dari dosa yang diperbuatnya. Maka sudah seharusnya, dia bertaubat nasuha kepada Allah SWT. Orang yang tak mau bertaubat setelah tertimpa musibah, adalah orang sombong dan sesat.

Allah SWT berfirman :
"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah isebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar(dari kesalahan-kesalahanmu)." (QS Asy Syuura : 30)

Sabda Nabi SAW "Setiap anak Adam memiliki kesalahan (dosa). Dan sebaik-baik orang yang bersalah, adalah orang yang bertaubat." (HR at-Tirmidzi).

Musibah juga merupakan bukti bahwa Allah mencintaimu,
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi hamba-Nya, niscaya Allah akan menyegerakan hukuman baginya di dunia dan jika Allah menghendaki keburukan pada hamba-Nya niscaya Allah akan mengakhirkan hukuman atas dosa-dosanya sehingga Allah akan menyempurnakan hukuman baginya di akhirat kelak.” (HR. Al-Imam At-Tirmidzi dari shahabat Anas ibn Malik radhiyallahu 'anhu).

“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung dengan besarnya ujian/musibah yang menimpamu.” (HR. Al-Imam At-Tirmidzi dari shahabat Anas radhiyallahu 'anhu)

Musibah juga merupakan tanda bahwa Allah subhanahu wa ta'ala akan mengampuni dosa-dosamu,
Rasulullah SAW Bersabda:
"Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah akan menghapus sebagian dosanya." (HR Bukhari dan Muslim)

Sahabat, Marilah Sama2 kita Mendekatkan Diri Kepada Allah, dengan cara Bertaubat KepadaNya, Menjalankan Segala PerintahNya dan Menjauhi Segala LaranganNYA. Semoga Bermanfaat.


Thursday, July 31, 2014

My syawal ke3 1435H

 Asalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri buat semua....

selepas berhari raya dikampung bersama keluarga, petang raya kedua kami balik ke Shah Alam memandangkan husband dan anak yang tidak dapat bercuti.... bermakna raya ketiga kena lah memulakan tugas. dan kak rose yang dirumah mula lah beroperasi dengan kain baju kotor yang bertimbun berbakul2.... masa pagi tu ok jer buat kerja memang x de rasa sakit pun....sambil vacuum karpet juga mesin kain tapi bila dah about 9.30 pagi tu rasa macam sakit kat belakang pinggang... ingatkan sbb buat kerja lebih kot, sapu yoko yoko, segala minyak panas dan makan pain killer, makin sakit lak... rasa tak daya nak berdiri dah! mula tu tahan jer tak nak bagi tau husband tentang sakit ni... menjelang tengahri tu mmg tak boleh tahan dah. kena lah bagi tau kan.... rushing balik... terus g klinik berdekatan..

tiga buah klinik kami pergi semuanya tutup berhari raya, last resort terus jer ke sdmc...redah je kat emergency tu sbb dah tak tahan sangat.... sakit ya amat2...hari raya, doktor pun x ramai dan yang ade pulak tengah attend to emergency case, so terpaksa tunggu, nurse bagi bed asked me to lie down n rest...tapi masih sakit yang amat sangat....asked for pin killer tapi nurse kata kena tunggu doctor. sabar je la. sampai kat emergency at 1pm, dapat jumpa doctor at 2.30pm...bayangkan sakit yang terpaksa kak rose tahan...bila kak rose bagi tau the type of pain, doc kata "macam batu karang jer" and asked me to go for scanning....and to take the urine for sample after the scanning. tapi nurse yang attended to me earlier tu asked me to go n amik urine sample first...kita pun ikut jer la sbb dia kata procedure dan lepas tu baru dia hantar ke imaging dept.

sampai kat imaging dept ni kena tunggu giliran pulak sambil tahan sakit. tapi bila sampai my turn dia tanya ade rasa nak buang air tak? so kata tak de la sbb baru jer amik sample tu, dia kata x boleh buat scanning bila bladder tak penuh....adoiiiiii kena minum air banyak2 dan tunggu sampai rasa nak buang air baru lah dia akan attend to me....Ya Allah permudahkan lah.... tunggu sampai tak tahan sakit dia pun bawak buat scanning, mmg tak boleh buat bila bladder tak penuh, so keluar semula n tunggu lagi....dan at last at 4.30 baru boleh buat scanning tu. tunggu result pun lambat gak...


at last at 5.30 baru doc datang n bagi tau mmg ade batu karang di saluran kencing menghampiri to bladder and baru lah bagi pain killer, tapi after half and hour pun tak kurang sakitnya dia bagi satu lagi jab pain killer yang power.... then only baru ade rasa kurang sakit...tapi ubat ni mmg sangat drowsy n dizzy.... neng nong rasa kepala!  masa ni lah rasa nak buang air berkali2 sbb tadi minum air yang banyak tu...terpaksalah berpimpin tangan berulang ketoilet!

nak amik ubat pun punyalah lambat... anak yang baru balik keja pun singgah kat sepital dan tolong amik ubat n mamanya masih lie down sambil tunggu... melayan dizzy n drowsy tu. and at last at 7.15pm baru lah boleh keluar...

the ubat untuk lawas buang air n pain killer...tp sebenarnya kak rose de pun masaalah dengan buang air tu... harap2 hari ni tak de lah berulang lagi sakit macam semalam tu... separuh hari habis kat sepital jer dengan kesakitan yang amat! doctor kata kalau the stone tu dah berada di bladder tak kan ade rasa sakit, tapi kalau masih sakit kena datang balik for next action...Ya Allah bagi lah kesihatan jasmani yang baik buat diri ini dan seluruh keluarga kami....Amin.


Friday, July 25, 2014

Ramadhan 1435 - moreh

sebelum Ramadhan mengundurkan diri, kak rose nak jugak tepekkan bubur kacang durian yang kak rose buat untuk moreh kat mesjid hari tu untuk tatapan masa akan datang. setiap kali Ramadhan memang ade giliran bawak moreh kemesjid, tapi masa giliran pada minggu pertama kak rose berada dikampung, mengambil peluang berbuka puasa bersama emak ayah tersayang. so memang tak dapat nak sediakan juadah untuk moreh...

 bila sekali lagi tiba giliran jalan rumah kak rose pada minggu ketiga, dan bubur kacang durian ni la juadahnya...seperiuk beso kak rose buat dengan guna durian yang kak rose bawak balik dari kampung. masa tengah perisikan tu memang emak yang pesan soh buat bubur kacang ngan durian ni untuk moreh tu, so dah tunaikan lah hajat mak tu.

 seperiuk besar bubur kacang durian untuk moreh...

isikan dalam cawan kecik2 cam ni siap dengan sudu plastik, biar senang nanti derang nak makan, tak yah nak kena sediakan bekas dan kena senduk bagai...

2 wheel barrow penuh kak rose perisikan dan bawak balik shah alam, dapatlah jiran2 kak rose merasa.... dan yang hari2 selebihnya mak bagi kat surau dan jugak bagi kat jiran2 yang memang selalu menunggu jer durian tepi jalan ni gugur.... buah banyak tapi mak n bapak pun tak makan sangat durian, so memang rezeki jiran2 mak kat kampung la kan... cuma yang gugur pada hujung minggu jer mak simpan untuk anak2 yang balik kampung. kak rose punya ada lagi satu tupperware besar duduk kejung dalam freezer....fikir menu apa lah nak buat lepas raya nanti ni? tempoyak? such a no no untuk kak rose dan keluarga. x pandai nak makan!