Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, January 13, 2010

Chicken in Plain Sauce

Salam dan selamat pagi semua yang datang singgah kat sini.... kak rose ucapkan ribuan terima kasih .... dan jemput datang lagi ya.... nak makan lauk ni dah abes lak..... sebab ni adalah entry tertunda.... maklumlah bz selalu lagipun 2, 3 ari lepas intenet slow macam siput, tu yang malas sangat nak wat entry ni.....resepi ni kak rose amik dari rumah AlongRoz yang semua masakannyer sedap2 belaka.....mintak izin kak rose kopipes kat sini ya Along dan terima kasih kerana share resepi ni.... simple yet very nice, x muak......

INGREDIENTS: Some chicken parts
½ tsp Turmeric Powder
½ Big Onion* 2 cloves Garlic*
1 Red Chilli*
1 inch Ginger* (*sliced thinly)
1 tbsp Oyster Sauce
½ tbsp Cornflour
- mix with water to form thin paste

Salt
Cooking Oil
(kak rose tambah ngan tomato slices)

METHOD: 1. Rub chicken with turmeric powder & salt.
Deep fry until cook.
2. Heat up two tablespoon oil.
Fry all sliced ingredients until fragrant. Add in chicken, oyster sauce, ½ cup of water, cornflour paste & salt. Boil & dish up.


ni pulak gulai udang dengan kacang ibu Sharifah bagi..... sekali lagi terima kasih bu....

Tuesday, January 12, 2010

Siakap tiga rasa

Salam semuanya..... hari ni masak ikan siakap tiga rasa ni untuk lunch..... sayur tu mana yang ada je.... nenas, capsicum, carrot dan tomato..... sedap gak resepi amik dari sini dan kak rose nak C&P kat sini...

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit.

Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis
garam
gula
1/2 cawan air (kak rose tambah sedikit tepung jagung)
(kak rose tambah sayuran - nenas, capsicum, carrot dan tomato - dipotong dadu)

Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram

Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula. (masukkan sayuran tadi.....)
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi.SIAP!

Bahan hiasan :-
Sedikit daun ketumbar atau taburan bawang goreng.
(kak rose x letak)

masak jugak sayur lemak sawi cina dengan carrot.....

Monday, January 11, 2010

Frozen karipap

baru kuarkan dari freezer untuk simpan dalam zipper plastic

Ari ni merajinkan diri buat frozen karipap ..... tapi x goreng lagi sebab tak de orang di rumah..... jadi kak rose frozenkan..... bila2 nanti bolehlah goreng.... inti ayam dan kentang versi kak rose sendiri..... janji sedap dan anak suka makan kira ok la tu kan..... kulit karipap amik dari rumah ros cdbt .....dah siap uli masuk dalam plastik dan simpan jap dalam fridge..... kuarkan, ramas2 jap untuk dapatkan texture yang lembut dan halus dan bolehlah terus mencanai..... tima kasih ros kongsi petua ni..... dan kak rose nak kopipes dan tepek kat sini ya untuk rujukan kemudian nanti......(psssstttt... jari keras tangan ni x pandai mengelim yang cantik macam ros buat tu.....)


Pastry rangup
3 cawan tepung gandum
1/3 ( suku) cawan minyak masak ( dipanaskan)
2 sudu besar marjerin
air sejuk berais ( ni ikut lembut doh)
1 sudu kecil garam

Caranya
1. Curah minyak yang dipanaskan ke dalam tepung dan gaul dengan sudu, bila dah sebati baru masukkan marjerin, gaul tepung sehingga tepung seakan serbuk roti, kemudian masukkan garam dan air sejuk , uli hingga doh tidak melekat pada tangan.

2. Selepas itu masukkan dalam plastic bersih dan ramas lebih kuran 5 hinnga 8 minit, keluarkan dan uli sekejap, akhir sekali masukkan dalam plastic bersih dan perap dalam peti ais lebih kurang 30 minit hingga satu jam, langkah ini penting untuk menghasilkan doh yang rangup dan elok terksturnya. setelah diperap bulehah diterap dan mulakan proses mengelim, tulah cara yang selalu ros buat, cara ni ros belajar masa kat sekolah memasak dulu...

dah siap masuk dalam zipper plastic..... pack sikit2 nnti senang nak goreng.....

Puding roti marble


Puding ni wat ari tu..... saja buat untuk nak bagi kat jiran2 baru kak rose kat sini.....banyak kali dah buat ni dan banyak kali juga dah tepek resepinya kat sini..... kali ni nak tepek lagi.... amik dari rumah hana dan ramai juga yang telah buat puding ni.... sedap sangat.... tima kasih hana kerana share resepi yang sedap n sempoi ni.....


Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Streamyx siput


Salam pagi isnin yang x berapa indah..... bukan apalah... sejak pindah ni bermacam masaalah dengan straemyx ni.... lembab mengalahkan siput babi..... siput ke yang salah atau service ni yang x menyenangkan hati..... nak up-date blog pun dah rasa malas..... ingatkan bila dah duduk kat town ni service ok le.... tapi hampeh.... dah 3 hari intenet tersangatlah lembabnya.... grrrrrr.... geram sangat2... oh streamyx ku..... nak upload satu pic ni pun jenuh menunggu......

Pagi2 abang da g outstation, busu pulak g Genting Highland ngan Afiq, anak buah yang baru datang dari JB dan belajar d Tylor College. Lepas jogging pagi tadi tu bersihkan pokok bunga yang terbiar didepan rumah tu.... dan bunga tu kak rose amik sebelum cantas semua pokok, ingat nak re-do.... kalau rajin lah......

Friday, January 8, 2010

Kasut Busu

Petang tadi lepas lunch kami g Subang Parade..... jalan-jalan cuci mata dan cuci poket sikit.... busu g beli kasut nih.... katanyer nak bagi nampak duit gaji yang dia keja di Langkawi ari tu.... keja cuma lima hari je sebelum pindah ke sini..... dapatlah beli sepasang kasut ni dan sehelai t-shirt (RM159 + 45.90) tu pun kena tambah sikit duit sendiri..... actually dia nak kan kasut jenama Converse tapi x de pulak outletnya d Subang Parade tu.... jadi jumpa kasut ni... pun ok jugaklah.... bentuk sama, jenama je berbeza....

tapi tu dia, nak ikat tali pun amik masa punyalah lama..... esok nak mula g belajar memandu, kena lah bersiap awal.... dan selamat belajar ya....

Motor baru

Motor baru abang.... YamahaFZ150i..... yang lama tu dah jual kepada kawan.... sebab berat katanya.... kat KL ni mana nak g keja naik keta... kan jalan jem selalu.... jadi kenalah beli yang baru.... dan inilah dia....

dah sedia nak g keja.... dengan moto baru.... ari ni first taim g keja naik moto ni.... sebelum ni g naik ketapi..... pukul 6.45 dah kena kuor rumah.... uuuhhhh awalnya.... macam nak g motong getah je..... he he he jangan marah ya.....