Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, July 8, 2021

Nasi goreng daging

buntu nak sediakan hidangan untuk keluarga? jom buat nasi goreng sedap nih... semua sekali taruh dalam tu, tak perlu nak risau kan lauk dan sayur mayur.. all in one gitu kekdahnya...

Bahan-bahan

  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - kak rose buh minced meat
  • Segenggam mix vege - kak rose gantikan dengan carrot n kubis sagat halus
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah

Cara-cara

  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan sayuran
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.


 

Wednesday, July 7, 2021

Tuesday, July 6, 2021

Mee sup ayam mudah

tak de daun sup, no problemooo... zaman pkpd ni masak dengan apa yang ad jer lah...dan sayur pun suka suki tambah dalam tu, carrot dan cauliflower. kita yang buat dia kan, yang penting habis dimakan, tak lah membazir kan...

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil
1 sudu besar rempah sup
1 pokok sawi - potong ikut suka
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
3 sudu besar minyak
1.5 liter air
garam / kiub ayam / perasa pilihan

Bahan hiris:
2 cm halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar

Bahan lain:
mee kuning secukupnya - celur - toskan
hirisan daun sup
bawang goreng
sambal kicap


 

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng bahan hiris hingga layu kekuningan. 
2. Masukkan rempah sup, lada putih dan ayam. Kacau rata hingga keluar air ayam, dan biarkan sehingga ayam layu.
3. Tuangkan air dan biarkan masak mendidih sehingga daging ayam empuk.
4. Masukkan sayur sawi / garam / kiub ayam / perasa pilihan.
5. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.

Monday, July 5, 2021

Mangga crunchy

ya, mangga ni sangat crunchy... krup krap bila makan. kata penjual tu ni mangga lemak manis, katanya. memang tak masam pun tapi sangat cerunchy.. dan masa beli ni pun agaknya baru amik dari pokok, getah dia meleleh kat kulit buah tu. masa2 pkpd kita beli jer pada orang yang jual naik moto keliling taman ni... sambil tu boleh jugak tolong lariskan jaulan dia kan. beli jugak bauh mangga cokanan yang sangat manis tu..
dan bila dah potong kak rose taburkan asam pakcu 916 ni, jadi bertambah lah sedapnya. tak de rasa masam langsung... memang rasa dia lemak manis gitu!
3 biji beso2 ni saploh hengget... tapi semua memang keras cenggini... agaknya kalau nak tunggu masak lembut tu boleh ker? takut buruk saja sudahnya pulak kan..
 

Sunday, July 4, 2021

Sambal bilis petai

salam hari minggu buat semua dan salam pkpd pada yang termasuk dalam list berkurung ni... dah penat rasanya berkurung. hari dah menjangkau hari yang ke 474 sejak pkp dimulakan pada bulan Mac 2020.. dan sejak itu juga lah kehidupan kita tak sebebas semacam dulu.. dan selama itu lah juga sempadan negara ditutup dan selama itu lah juga tak dapat balik menjenguk keluarga nun diseberang sana. semuga MIL dan family disana sihat2 saja.. vc jer yang dapat melerai kerinduan. Allahhuakbar!
buat samabl nilis petai ni atas permintaan en suami, dia sorang jer yang makan petai dalam rumah ni, so kak rose buat sikit jer la... ni pun tak terhabis makan, bertambah lah bekas leftover dalam fridge.
beli petai yang dah siap kopek cam ni... mata dia sangat lah besar besar jadi untuk nak masuk dalam sambal tu kak rose hiris kecik2, sepadan lah dengan ikan bilis kecik2 dari sabah tu. yang dalam piring ni en asben makan raw cam tu jer, cicah dengan sambal belacan beli dikedai... tukang masak tak pandai nak buat sambal belacan dan memang tak pernah ada belacan dirumah pun. so beli jer lah, mudah kerja kan..
 

Saturday, July 3, 2021

Sources of vitamin C

sejak ada covid ni ramai yang suggestkan amik vitamin tambahan untuk ketahanan diri, so adalah jugak amik tablet vitamin c tu, tapi  yang bagusnya adalah yang ori dari buah2an ni kan... dan jambu batu adalah buah yang paling kaya dengan vitamin c, tu yang kak rose baca lah... kalau salah mohon betulkan ya..

 

vitamin c dari shaklee yang kak rose amik... tp macam terlebih dose pulaknya... ada sesapa yang boleh bagi advice tak sebabnya hari2 memang kak rose makan buah adakah masih jugak perlu amik vitamin c tambahan ni... 

suka jambu batu yang fresh n crunchy macam ni... krup krap krup krap!
tapi dah tentunya not healthy lah kan sebab jambu ni dah kak rose tabur dengan asam pakchu yang sangat sedap nih!
gaulkan macam ni, kalau biarkan lama sket, biar dia mesra dengan asam tu lagi lah sedapnya la haiiiii
 


Thursday, July 1, 2021

Lempeng pisang lagiiii

dek kerana en asben suka sangat beli pisang banyak2, tapi tukang makan nya hanya dua orang jer, so memang sellau jer terover ripe lah pisang ni..nak buat kek atau muffin pun tukang makan pun tak de, so kita buat la yang paling mudah dan pasti termakan lah... ni lah lempeng pisang comel2 lagi.. walaupun menguji kesabaran tapi berbaloi lah bila habis hidangan minum petang kami ni..
resepi asal kak rose dapat dari geng healthy eating group, cuma guna 2 bahan je yaitu pisang masak ranum dan telor, tapi yang pastinya kak rose dah derhakakan resepinya 🙏... tambah garam dan sedikit tepung no sugar lah sebab pisang berangan ni dah memang sedia manissss... Alhamdulillah, terima kasih yang kongsikan resepinya ya..