Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, March 7, 2021

Buat lagiii...

 sarapan sihat? sarapan sedap lah kalau buat kak rose ni

sarapan sihat dan simple tu adalah dari tuan asal resepi ni... tapi sampai kat kak rose dah jadi tak sihat lah gamaknya... yang penting sedap lah lah dan sangat mengenyangkan.
resepi asal nya cuma pisang dan telor jer untuk lempeng ni, tapi kak rose dah tambahkan tepung dan sedikit garam dalam tu.. so sesapa yang nak eat clean ataupun nak healthy bteakfast tu jangna lah ikut macam kak rose ya...
buah2 tu pun memang tak digalakkan lah untuk yang nak eat clean kan... sebabnya mangga tu tersangat lah manissssnya, so tak  elok untuk yang nak diet kan. untuk kak rose, buah apa yang ada dalam stok jer la... tak de nya nak diet2, sendiri mau ingat lah kan!
 

Saturday, March 6, 2021

Saya suka makan buah..

 Sapa suka sarapan dengan buah, kita boleh geng lah 😁😁

sebenarnya buah ni sampingan jer pun... yang mesti nya pagi2 mesti nak makan roti bakar dan nescafe o kosong tu... dah jadi macam addicted pulaknya. kalau tak dapat minum nescafe tu kepala jadi neng nong sepanjang hari lah dibuatnya. so disamping buah roti bakar tu mesti lah adakan...mana daya nak makan buah... dan selalunya kak rose sarapan selepas balik dari ber lenggang mak limah tu lah...
since biasanya memang seminggu sekali jer g buat marketing, so stok buah ni kena lah beli banyak2 dan macam2 jenisnya... suka makan campur2 cenggini...
jambu air tu beli kat pasar malam, sangat fresh, manissss dan juicy... sedap sangat lah pada kak rose yang memang suka buah ni. kadang tu tak sempat nak potong2, basuh2 terus ngap sebiji sebiji gitu... ishhhh!!! sambil menaip pun boleh menjejeh ailio!
 

actually semua tu reward untuk achievement ni... pepagi kak rose selalu jalan laju brisk walk kat taman kawasan rumah ni... target memang lah nak capai hingga 10 ribu step setiap hari, tapi kak rose buat berselang hari lah, hari2 biasa tu cuma berjalan antara 6k steps saja dan balik rumah kena lah top up tenaga kan... jom sarapan..

dan achievement terakhir untuk minggu ini... seminggu dua kali lah target nak capai hingga 10 ribu langkah tu... Alhamdulillah tercapai jugak lah kiranya kan. sepatutnya berselang hari, tapi sebab hari rabu dan khamis kak rose ada hal dan tak dapat buat, so isnin dan jumaat pun ok la kan..semuga terus istiqamah untuk keeping fit ni..


Friday, March 5, 2021

Bubur kacang durian

Bila ada durian macam2 resepi nak dicuba... tal lah tasa berdosa sangat nak makan durian tu cam tu jer kan. sebenarnya dah puas lah tu makan durian dan bakinya tu yang kak rose buat bubur kacang hijau ni.. dapat jugak lah tapau untuk kawan setaman ni... dapat lah sama2 merasa bubur kacang durian ni.. sedap sangat bubur ni apa lagi dapat pulak durian yang memang isi dia tebal dengan biji yang kemet je... tapi kena berhati2 lah untuk yang ada sejarah gula dalam darah tu tinggi ya... jom tengok resepi bubur kacang durian ni...
Bahan-Bahan

  • 2 cawan kacang hijau - rendam 1 jam
  • Air secukupnya utk merebus kcng hijau
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 1 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 helai daun pandan - belah dan simpul
  • 1 sudu kecil garam
  • Isi durian secukupnya.
Cara-Cara
  1. Rebus kacang hijau bersama air, garam dan masukkan 1 sudu besar minyak masak (*biar cepat empuk).
  2. Bila kacang telah empuk dan kembang, masukkan gula pasir.
  3. Masukkan pula gula melaka yg di racik. Kacau hingga gula larut dan sebati.
  4. Masukkan isi durian....masukkan pula santan cair ke dalam periuk bersama daun pandan. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
  5. Setelah siap bolehlah di hidangkan.


 

Thursday, March 4, 2021

Sayur cacamarba saya!

sesekali masak, semua sayur yang ada terus bagi masuk semua sekali lah.. kalau dibiarkan nanti agaknya minggu depan pulak lah nak masaknya, tu pun kalau tak tapau jer tiap kali nak makan... tapi masa membeli tu macam lah rajin sangat nak masak nya tu kan... selalu en asben memang pesan, biar ada stok, bila2 nak masak semua dah ada... tapinya... tukang makan seminggu sekali baru ada dirumah. camner tu. ni lah jadinya sayur semua taruh, gitu!
apa pun, sedap jer walau pun sangat lah cacamarba nya sayur kak rose ni.. meratah jer pun ok.
 

Wednesday, March 3, 2021

muga terus subur lah...



pokok pudina, serai dan daun pandan semuanya tinggal pasu jer... kerana covid ker? entah lah!
 

Tuesday, March 2, 2021

Ayam goreng kunyit

 Asalamualaikum dan salam selasa... hari ke 350 sejak PKP pertama kali diperkenalkan tahun lalu

semuga wabak covid akan segera berakhir dengan adanya vaccine yang mula diberikan kepada semua... tapi ia nya mengambil masa yang panjang untuk dapat melaksanakan hingga 80% dari jumlah penduduk negara bagi membolehkan rentas negeri buat kita semua.... sebenarnya kami rakyat dah terlalu lama terkurung dek perlaksanaan pkp dan waht not... tapi masih juga ramai yang engkar sop hingga menyukarkan rancangan untuk flatten the curve the pandemic ni. apa lah daya kita... ikut jer lah arahan dan berharap semuga wabak segera berakhir..dan kita semua boleh lah hidup bebas macam sebelum ini dan bebas juga nak balik kampung bertemu sanak saudara... Insya Allah
dan waktu yang banyak masa duduk dirumah, tukang masak akan bersilat didapo bila tukang makan semua balik dihujung minggu..walaupun masak yang simple2 macam ni, tetap buat kami semua happy bila dapat berkumpul kan...Ayam goreng kunyit permintaan dari en asben yang nak makan ni.
 

Monday, March 1, 2021

Spaghetti goreng simple dimple

simple sangat nak masak spaghetti goreng ni... sejak pandai tengok ig kawan2 yang amalkan eat clean ni macam2 menu simple tapi sedap dan mengenyangkan kita boleh try... tapi ya lah derang tu nak berdiet tapi yang tukang masak ni nak makan yang sedap2 jer... so pepandai lah nak mengadjust resepi tu ikut tekak sendiri la kan.. boleh gitu? kita yang buat dia kan, so ikut lah kata hati, janji sedap ditekak sendiri.
dan spaghetti goreng ni kak rose digandingkan dengan pure lemon apple juice, konon konon nak jugak lah rasa sedikit eat clean tu. tak lah rasa berdosa sangat kerana menderhaka dengan resepi spaghetti ni. Apa pun yang penting sedap lah sesekali kengkonon eat clean nih!