Lanai Kijang
Wednesday, October 7, 2020
Tuesday, October 6, 2020
Mee goreng sedap
Asalamualaikum dan salam selasa..
muga kita semua sentiasa dalam di lindungi dari pendemic corona virus yang kes baru nya semakin meningkat setiap hari...
Monday, October 5, 2020
Kuih ketayap
Bahan-bahan untuk kulit:
*1 biji telur
*2 cawan tepung gandum
*1/2 sudu teh garam
*2 1/2 cawan air
*1 sudu besar air pandan
*sedikit pewarna hijau
minyak untuk mendadar
Cara-cara
Blend semua bahan yg bertanda *.
Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
Angkat. Masukkan inti dan gulung.
Siap dihidang.
1 biji kelapa parut
setengah ketul gula kabung
3 sudu gula pasir
setengah cawan air
2 helai daun pandan
Caranya: Masak air bersama kedua dua gula dan daun pandan sehingga hancur. Kemudian masukkan kelapa. Gaul sehingga kelapa sedikit kering dan berminyak.
Angkat dan sejukkan.
Sunday, October 4, 2020
Asik nak makan jer....
bila ada tukang makan lagi... tukang masak pun ada sikit rajin lah..
nasik putih serve dengan kari ayam, udang kertas goreng rangup dan sayur pak choy+carrot
nasi putih lagi... dengan ayam masak asam pedas, telor goreng a la thai dan potongkan timun jer
bila ada nasik lebih, nasi goreng lah penyelesaiannya... gorengkan pop corn chicken dan potongkan timun jepun...Alhamdulillah happy tummy
Saturday, October 3, 2020
Bila ada tukang makan...
masak dengan apa yang ada dalam fridge je..
so semalam kak rose buat kan sambal tempe campur ikan bilis ni... sikit cam ni pun boleh sampai dinner kami makan... mudah jugak lah kerja, sekali masak boleh berulang makan... petang pulak kak rose tambah dengan telor goreng a la thai yang sedap tu...
tukang masak ni memang kalau boleh masak untuk sekali hidang jer... tu yang masak macam main2.. semuanya sikit2 jer sbb cuma untuk kami berdua jer
chicken pop corn untuk lauk pun boleh lah kan... Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan.
Friday, October 2, 2020
Kuih cara berlauk
Asalamualaikum dan salam jumaat, penghulu segala hari...
dengan kes baharu yang sangat tinggi, lebih baiklah kita berhati2 dalam segala hal terutama dalam penjagaan dan mengikuti sop seperti yang diarahkan... lebih baik tinggal dirumah kalau tiada apa yang sangat perlu dilakukan di luar.. #kitabelummenang #kitajagakita. semuga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari pendemik ini... Aamiin
jom kak rose kongsikan resepi kuih cara berlauk ni...
Bahan untuk Inti
200g daging cincang
1 biji bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pes
sedikit minyak untuk masak
sedikit daun bawang dan daun sup dipotong halus
sedikit garam dan gula
Bahan untuk batter :
1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan santan
1 1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telur
Cara-cara membuat kuih cara berlauk:
1. untuk batter kuih cara, masukkan semua bahan dan gaul sebati. Jangan terlalu cair. ketepikan
2. untuk inti, panaskan minyak, tumis bawangputih yang ditumbuk,
masukkan pes serbuk kari sehingga naik minyak. masukkan daging dan gaul
sebati.
3. masukkan bawang, daun bawang dan garam. gaul sebati. masak hingga kering kuahnya.
4. panaskan acuan kuih cara di atas dapur, sapukan minyak pada acuan,
masukkan batter kuih cara. kemudian masukkan inti kedalam batter kuih
cara tersebut. hias dengan cili merah dan daun sup.
5. biarkan 7-8 minit atau sehingga kuih masak.
Thursday, October 1, 2020
Oktober dah?...
Selamat datang Oktober... semuga ia semanis buah anggur dan strawberry ni..
fresh n sheedappp...
puas dapat makan yang gemuk gemuk cam ni kan...
sweet sapphire table grapes namanya eh? tax tau la.. yang penting sangat manis n juicy..
bila dah stat makan tak leh nak stop pulak nya...





















