Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, December 18, 2017

Kuih seri muka

Asalamualaikum dan salam pagi isnin buat kawan2 semua
semuga sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya...

pagi ni kak rose nak tepek kuih seri muka yang dah selalu sangat buatnya... dan dah berkali jugak buat entry dalam dapo maya kak rose ni... tak pe la kan... sendiri buat, sendiri makan dan jugak sendiri tepek kat dapo maya ni... tak cilok gamba dan entry orang lain...😜😜😜. meh kak rose kongsikan resepinya sekali lagi..

Lapisan Bawah:

  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
  • Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Sunday, December 17, 2017

Jom sarapan...

Selamat pagi dan salam hujung minggu kengkawan...
breakfast apa pagi ni agaknya ya?
nak tiru orang malas cam kak rose punya bekpes tak?

 most of the day, ni la bekpes kak rose.. nescafe o kosong tak enter frame lak!

 kalau rajin dan ade leftover lauk, boleh jugak buat lempeng pekak cam ni kan..

 beger daging ni boleh terus skip lunch...

dan yang ni memang once in a blue moon lah nak rajin buat nasik goreng cam ni... brunch!

Friday, December 15, 2017

Thursday, December 14, 2017

Roti jala n kuah durian

 suka sangat dengan kuah santan durian yang lemak manis kaw kaw ni... makan roti jala sikit jer pas tu menghirup kuah ni sampai puas... tak cukup roti jala, esok pagi tu panaskan kuah belen tu, cicah pulak dengan roti gardenia... bertambah2 lah lemak yang berlumba2 nak menepek kat badan yang dah memang kembang semangkuk ni...  resepi roti jala yang memang jadi keeper ni ..

Roti Jala

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning
 
Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak


Bahan-bahan untuk Kuah Durian:
 
1 cawan isi durian.
2 cawan air.
1/2 cawan santan pekat.
gula melaka secukup rasa-terpulang pada selera masing-masing. (kak rose guna gula putih je)
1 helai daun pandan.
Cara-caranya:
Satukan semua bahan-bahan diatas  kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
Siap untuk dihidangkan.

Wednesday, December 13, 2017

Tq MBSA

tq mbsa bagi tong sampah baru kaler biru!

Tuesday, December 12, 2017

Puff sadin ranguppp!

 Asalamualaikum dan berjumpa lagi kat dapo maya kak rose ni... maaf lah wahai dapo, asik terbiar jer this lately. sebenarnya tuan tanah sibuk dengan urusan kawan yang kematian suami pada hari khamis lepas... sebelum ni, kak rose selalu menemaninya bertunggu di hospital. tapi setelah admitted dan bertarung nyawa selama empat bulan her husband pergi dijemput Ilahi. Al-Fatihah buat arwah Pak Jali. dan selepas pengekebumiannya, kak rose sibuk pulak sediakan makanan untuk jiran2 yang datang untuk majlis tahlil dan doa dirumahnya di subang jaya... itulah sebab dapo maya kak rose terbiar sepi tak berasap!

 dan puff ni kak rose buat bebehari lepas... cukuplah untuk minum petang kami, guna ready made kulit puff, senang keja kan... cuma kena sediakan inti sadin tu lah kan.. kak rose kongsikan resepi inti sadin tu kat sini ya. resepi asal dari CMG.... tapi ikutlah selera memasing nak letak inti apa pun boleh... kita yang buat dia kan!

BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya

 BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair 
 Sedikit serbuk lada hitam, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2.  Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

Friday, December 8, 2017

Apam solo

 dapat resepi ni dari kawan sekolah dulu duluuuu.... tengok macam sedap jer, so meh la kita mencuba buatnya... lembut gebus gebas dengan manis inti didalamnya.. meh kak rose kongsikan resepinya kat sini, terima kasih ya.

 resepi pun cnp dari whatApps jer...

 lemak manis dengan inti kelapa didalamya

resepi yang simple dan mudah buatnya... yg penting sedap, gitu!